
OSK Property, AVETA tawar motosikal Peugeot percuma
Only social or community posts, or a single source.
What happened
OSK Property, AVETA tawar motosikal Peugeot percuma (Harian Metro, 16:30)
Read the reporting
1 report
OSK Property, AVETA tawar motosikal Peugeot percuma
lizamridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: AVETA Malaysia bekerjasama dengan OSK Property menawarkan peluang kepada pembeli hartanah memenangi sebuah motosikal Peugeot, selain baucar motosikal bernilai RM500 untuk pelanggan sedia ada OSK Property.
Kempen yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 November 2026 itu terbuka kepada pembeli unit di projek hartanah OSK Property terpilih sepanjang tempoh berkenaan, dengan pemenang ditentukan menerusi cabutan bertuah.
Pelanggan sedia ada OSK Property pula layak menerima baucar RM500 apabila membeli motosikal AVETA atau Peugeot yang memenuhi syarat kempen.
Kempen itu membabitkan lapan projek hartanah di wilayah tengah dan utara, termasuk OSK Mori Park di Shah Alam, OSK Shorea Park di Puchong, OSK HANA Hills di Taman Melawati, OSK Rawang, OSK Iringan Bayu di Seremban, OSK Harbour Place di Butterworth, serta OSK Yarra Park dan OSK Taman Lang Aman di Sungai Petani.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, beberapa acara akan diadakan di galeri jualan OSK Property terpilih sepanjang Oktober dan November, membolehkan pengunjung melihat rangkaian motosikal edaran syarikat itu dengan lebih dekat.
Pengunjung turut berpeluang menjalani sesi tunggang uji empat model Peugeot, iaitu XP400 GT, Django Classic, Django Café Racer dan Speedfight 4+ pada acara berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Peugeot Motorcycles turut menganjurkan kempen Big Bang Gold VIP Ticket sehingga 31 Disember 2026, yang menawarkan peluang kepada pelanggan memenangi tiket Gold VIP ke Big Bang World Tour pada Januari 2027 dengan dua pemenang akan dipilih menerusi kempen itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.