Malaysian Attention Engine
Live wire
61Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB53Polis bongkar makmal dadah sintetik RM18.19 juta di Masai dan Permas Jaya52Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia49KESUMA sedia garis panduan gaji permulaan berdasarkan MASCO48Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM47Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki44‘Saya pemandu Myvi tu, tapi bukan salah saya’44Lelaki warga emas ditemukan maut, suspek kurang siuman ditahan44'I don't want to see you!': Tuanku Muhriz dresses down N Sembilan MB over throne dispute43Ibu maut nahas ketika hantar anak ke sekolah41PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang40Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pegawai Pertanian Kemaman diiktiraf FAO 100 Women Heroes di Itali

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 14:51 MYTLatest activity 16 Oct, 14:51BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA– Pegawai Pertanian Daerah Kemaman, Nur Shazwani Mohd. Salleh mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih sebagai salah seorang penerima pengiktirafan antarabangsa FAO 100 Women Heroes in Agrifood Systems and Rural Development 2026. (Kosmo!, 14:51)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

Pegawai Pertanian Kemaman diiktiraf FAO 100 Women Heroes di Itali

By KOSMO! · 16 Oct, 14:51 MYT

PETALING JAYA– Pegawai Pertanian Daerah Kemaman, Nur Shazwani Mohd. Salleh mengharumkan nama Malaysia apabila terpilih sebagai salah seorang penerima pengiktirafan antarabangsa FAO 100 Women Heroes in Agrifood Systems and Rural Development 2026.

Pengiktirafan itu diberikan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan disampaikan dalam satu majlis di Itali, semalam.

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dalam kenyataan memaklumkan, Nur Shazwani disenaraikan sebagai wakil Malaysia dalam senarai rasmi 100 wanita yang diiktiraf atas sumbangan mereka dalam sektor pertanian, sistem agromakanan dan pembangunan luar bandar.

Inisiatif global itu diperkenalkan sempena Tahun Antarabangsa Wanita Peladang 2026 bagi mengiktiraf peranan wanita dalam memperkukuh sektor pertanian di seluruh dunia.

Menurut FAO, sebanyak 609 pencalonan diterima daripada 131 negara anggota sebelum proses penilaian dilaksanakan bagi memilih penerima pengiktirafan berkenaan.

Pemilihan itu melalui beberapa peringkat termasuk semakan kelayakan, penilaian pengurusan kanan dan dua pusingan perbincangan sebelum senarai akhir dimuktamadkan.

Pengiktirafan berkenaan turut menonjolkan sumbangan wanita dalam memperkukuh keselamatan makanan, memperluas akses pasaran, memelihara pengetahuan tradisional serta mewujudkan peluang ekonomi kepada komuniti luar bandar.

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu turut mengucapkan tahniah atas pencapaian Nur Shazwani dan berharap kejayaan itu menjadi inspirasi kepada warga pertanian untuk terus memperkasa sektor agromakanan negara.- KOSMO! ONLINE

The post Pegawai Pertanian Kemaman diiktiraf FAO 100 Women Heroes di Itali appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:00
Latest 17:16 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
16 Oct, 14:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    14:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pegawai Pertanian Kemaman diiktiraf FAO 100 Women Heroes di Itali · Malaysian Attention Engine