Malaysian Attention Engine
Live wire
50Upah RM1,000 jadikan pelancong warga India keldai dadah50Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu45Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM45General : Former Unit Trust, PRS Consultant Charged With Dealing In Securities Without Licence42Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ39King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period37World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia3680 peratus pendeposit TH belum cukup simpanan minimum RM15,00036Cheng Hoe tak peduli pendapat 'orang luar'36Pengarah syarikat didakwa pecah amanah lebih RM101,00035Sekolah di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar ditangguh – JPNPP35Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan
NewUnconfirmedupdated 9 h ago

Pelakon veteran India Nana Patekar meninggal dunia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
14
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 04:29 MYTLatest activity 9 Oct, 04:29BMconfidence 60%

What happened

NEW DELHI: Pelakon veteran India, Nana Patekar, meninggal dunia pada usia 75 tahun dipercayai akibat serangan jantung selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Goa, awal pagi tadi. (Berita Harian, 04:29)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Pelakon veteran India Nana Patekar meninggal dunia

By Susunan Farihad Shalla Mahmud · 9 Oct, 04:29 MYT

NEW DELHI: Pelakon veteran India, Nana Patekar, meninggal dunia pada usia 75 tahun dipercayai akibat serangan jantung selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya di Goa, awal pagi tadi.

Berita kematian pelakon yang terkenal dengan lakonan penuh intensiti itu disahkan anaknya, Malhar Patekar, kepada BBC Marathi.

Patekar, antara wajah paling dikenali dalam industri perfileman India, meninggalkan legasi besar menerusi pelbagai watak kompleks dan sering beremosi selain pernah meraih tiga Anugerah Filem Kebangsaan.

Beliau turut dikenali sebagai antara tokoh penting dalam industri perfileman serta teater berbahasa Marathi dan Hindi.

Menurut laporan berkenaan, Patekar ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya di Goa pada awal pagi Khamis sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Doktor Shekhar Salkar dari Manipal Hospital Goa dilaporkan berkata, usaha menyelamatkan pelakon itu dilakukan selama kira-kira 45 minit menerusi bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun gagal.

"Walaupun CPR berterusan selama 45 minit, beliau tidak dapat diselamatkan," katanya kepada agensi berita ANI.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, turut menyampaikan ucapan takziah dengan mengenang sumbangan dan keupayaan Nana menghidupkan pelbagai watak di layar perak.

Modi menerusi platform X berkata, watak lakonan Nana akan terus terpahat dalam ingatan beberapa generasi selain menyifatkan pemergiannya sebagai kehilangan besar kepada dunia seni.

Bintang Bollywood, Akshay Kumar, yang pernah bergandingan dengan Nana menerusi filem komedi Welcome, turut mengenang Allahyarham sebagai pelakon istimewa yang mampu memukau penonton menerusi suara, intensiti dan kejujurannya.

Nana memulakan kerjaya menerusi filem Gaman pada 1978 sebelum terus muncul dalam beberapa filem menerusi watak kecil.

Bagaimanapun, lakonannya yang penuh intensiti sukar dilupakan sehingga beliau mendapat perhatian menerusi filem Parinda pada 1989.

Wataknya sebagai gangster bernama Anna dalam filem itu melonjakkan namanya di seluruh India, selain membolehkan beliau meraih Anugerah Filem Kebangsaan dan Anugerah Filmfare.

Selepas itu, Nana terus mencipta nama menerusi pelbagai watak sepanjang dekad 1990-an, sekali gus membuktikan keupayaan lakonannya yang luas dan penguasaan terhadap dunia seni.

Dialog daripada filem lakonannya yang disampaikan menerusi suara garau dan tersendiri turut menjadi ikutan, manakala gaya lakonannya sering ditiru pelawak profesional sehingga hari ini.

Nana turut menerima pujian menerusi watak Major Chauhan dalam filem Prahaar, yang turut diarahkan beliau.

Wataknya dalam Tirangaa sebagai wira patriotik dan Krantiveer sebagai Pratap Narayan Tilak turut mendapat pengiktirafan.

Ketika pengkritik menyangka Nana hanya sesuai melakonkan watak lantang dan agresif, beliau membuktikan sebaliknya menerusi filem Khamoshi apabila membawa watak seorang individu yang tidak boleh mendengar dan bertutur.

Pada 2010, pengarah Prakash Jha menerusi filem Rajneeti pula menampilkan sisi berbeza Nana apabila beliau melakonkan watak ahli politik yang bijak dan penuh strategi.

Sepanjang kerjayanya, Nana tidak hanya membawa watak gangster atau anggota polis, sebaliknya membuktikan keupayaan menghidupkan karakter berbeza dengan sama berkesan.

Selain berlakon, beliau turut terbabit sebagai pengarah dan penulis.

Tiga Anugerah Filem Kebangsaan yang dimenanginya menerusi Parinda, Krantiveer dan Agni Sakshi menjadi bukti terhadap sumbangan serta kepelbagaian bakatnya dalam industri.

Sebelum menceburi dunia filem, Nana terlebih dahulu aktif dalam teater dan mengembangkan gaya penyampaian dialog yang tersendiri.

Antara pementasan terkenal yang pernah dibintanginya termasuk Purush dan Hamidabai Chi Kothi.

Walaupun sudah berjaya dalam filem, Nana terus aktif dalam dunia teater sepanjang kerjayanya.

Di luar bidang seni, beliau dilaporkan turut dikenali kerana lantang menyuarakan pandangan terhadap isu semasa, termasuk mengkritik kerajaan, menteri dan dasar yang diperkenalkan.

Pada 2015, Nana bersama pelakon Makarand Anaspure dilaporkan menubuhkan Naam Foundation yang memberi tumpuan kepada kebajikan petani dan usaha pemuliharaan sumber air di Maharashtra. - BBC Marathi

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 19NEWnow08:0009:0010:0011:0012:0013:00
Latest 13:30 MYT
14New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 04:29 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    04:29

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.