Malaysian Attention Engine
Live wire
53Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM511MDB reaches settlement with Deutsche Bank in US$1.1bil suit49General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting49Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie46Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar43Raja Perlis ziarah Tun M di IJN, ramai lega lihat semakin sihat42MyKomuter50 pass for unlimited KTM rides could land by Dec 1, Loke says41Loke announces Khazanah to restore KL Railway Station and KTMB HQ, hopes to see end of asset sale claims40Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202740Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching40Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah
NewConfirmedupdated 4 h ago

Pelakon yang berhasrat untuk sambung pengajian perlu ada perancangan yang betul – Janna Nick

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 14:00 MYTLatest activity 12 Oct, 14:00BMconfidence 80%

What happened

PETALING JAYA: Pelakon, Janna Nick menasihatkan golongan artis yang berhasrat melanjutkan pengajian supaya membuat perancangan rapi sebelum mengambil keputusan untuk kembali bergelar pelajar. (Utusan Malaysia, 14:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Pelakon yang berhasrat untuk sambung pengajian perlu ada perancangan yang betul – Janna Nick

By . FATIN NURAIN MUSTAFA KAMAL · 12 Oct, 14:00 MYT

PETALING JAYA: Pelakon, Janna Nick menasihatkan golongan artis yang berhasrat melanjutkan pengajian supaya membuat perancangan rapi sebelum mengambil keputusan untuk kembali bergelar pelajar.

Menurut Janna, keinginan untuk menambah ilmu merupakan sesuatu yang baik, namun setiap individu perlu mengambil kira kemampuan serta komitmen masing-masing bagi memastikan perancangan tersebut berjalan dengan lancar.

“Kalau ada pelakon yang berhasrat untuk menyambung pengajian, pada saya boleh tanamkan niat itu. Tetapi perlu ada perancangan yang betul, termasuk dari segi kewangan dan sebagainya.

“Paling penting, kena banyak berdoa. Kalau Allah izinkan perkara itu terjadi, ia akan terjadi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Janna, kejayaan yang diperolehnya sepanjang melanjutkan pengajian di luar negara juga tidak dianggap sebagai hasil usaha sendiri semata-mata, sebaliknya turut bergantung kepada ketentuan Allah SWT.

“Kalau kita betul-betul mahukan sesuatu, kita kena panjatkan doa kerana apa sahaja kejayaan yang diperoleh akhirnya bukan disebabkan kuasa atau usaha saya sendiri. Kita hanya menjalani perjalanan itu, tetapi yang menentukan segala-galanya adalah Allah SWT,” jelasnya.

Dalam pada itu, Janna memahami kebimbangan sesetengah artis untuk berehat daripada kerjaya seni bagi menyambung pengajian kerana khuatir populariti yang dibina selama ini akan merosot.

Bagaimanapun, dia berpandangan perkara tersebut bergantung kepada matlamat dan keutamaan setiap individu dalam menentukan hala tuju kerjaya masing-masing.

“Bagi saya, populariti adalah sesuatu yang sementara. Sebab itu saya katakan semuanya memerlukan perancangan.

“Kalau seseorang pelakon itu masih mahu mengekalkan momentum popularitinya, mungkin boleh mengikuti pengajian secara pendidikan jarak jauh (PJJ) sambil terus bekerja.

“Walaupun bukan mudah, mereka perlu cuba bahagikan masa. Semuanya bergantung kepada matlamat masing-masing,” katanya.

Berkongsi pengalaman sendiri, Janna mengakui bukan mudah untuk kembali menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran selepas lebih sedekad memberikan tumpuan kepada kerjaya seni.

“Cabaran saya adalah kerana sudah lama meninggalkan persekitaran pembelajaran. Saya sudah bekerja lebih sedekad, kemudian tiba-tiba kembali belajar.

“Jadi, untuk mendapatkan semula momentum belajar itu agak sukar apatah lagi di sana pembelajarannya sepenuhnya menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi selepas memasuki semester kedua dan ketiga, semuanya menjadi lebih mudah untuk saya,” ujarnya.

Terdahulu, Janna memaklumkan dia telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Seni Pembikinan Filem di United Kingdom (UK) dengan cemerlang.

Susulan itu, Janna turut berkongsi perancangannya untuk memperlahankan kerjaya lakonan demi kekal fokus kerja di belakang tabir sebagai pengarah dan menghasilkan karya yang mampu mengangkat mutu industri perfileman tanah air ke aras yang lebih baik.

The post Pelakon yang berhasrat untuk sambung pengajian perlu ada perancangan yang betul – Janna Nick appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow
Latest 14:34 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
12 Oct, 14:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    14:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.