Malaysian Attention Engine
Live wire
57Jerebu: Keputusan tutup sekolah berdasarkan penilaian semasa, nasihat MetMalaysia, KKM - Fadhlina51Banjir Nepal: Keluarga 54 rakyat Malaysia mohon moratorium enam bulan46Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda45Sijil kelahiran lama masih sah, cabutan baharu boleh diperoleh pada RM5 - KP JPN43IMF says AI investment keeps global growth around 3%42General : Only Registered Intermediaries Can Handle Customer Transactions From Jan 1 - JPJ39Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching37Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok36Pedro, Endrick, Engku Shakir kembali perkuat Star City FC36Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus36Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202735General : DBKL, PDRM Study Second Command Centre To Access 10,000 CCTVs Across Capital
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Pemasangan sistem telematik kenderaan perdagangan berperingkat - Anthony

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 13:13 MYTLatest activity 12 Oct, 13:13BMconfidence 60%

What happened

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pemasangan sistem telematik pada kenderaan perdagangan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan sebelum diwajibkan dalam tempoh yang munasabah.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaksanaan itu akan memberi tempoh peralihan yang mencukupi kepada pengusaha kenderaan perdagangan.Beliau berkata, tempoh peralihan itu akan disertai langkah galakan sebelum pemasangan sistem berkenaan diwajibkan sepenuhnya."Pemasangan sistem telematik pada kenderaan perdagangan ini telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, tetapi (Sinar Harian, 13:13)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Pemasangan sistem telematik kenderaan perdagangan berperingkat - Anthony

By NORAFIDAH ASSAN · 12 Oct, 13:13 MYT

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pemasangan sistem telematik pada kenderaan perdagangan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan sebelum diwajibkan dalam tempoh yang munasabah.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaksanaan itu akan memberi tempoh peralihan yang mencukupi kepada pengusaha kenderaan perdagangan.Beliau berkata, tempoh peralihan itu akan disertai langkah galakan sebelum pemasangan sistem berkenaan diwajibkan sepenuhnya."Pemasangan sistem telematik pada kenderaan perdagangan ini telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, tetapi saya nak perjelaskan bahawa ini akan dilaksanakan secara berperingkat, bukan tahun depan kita terus wajibkan."Kita akan berikan tempoh peralihan yang secukupnya kepada pengusaha-pengusaha kenderaan perdagangan. Jadi bermula tahun depan secara beransur-ansur kita bagi tempoh peralihan, galakan dan sebagainya tetapi akan diwajibkan dalam satu tempoh yang munasabah," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar susulan Belanjawan 2027 di sini pada Isnin.Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2027 memaklumkan, kerajaan akan mewajibkan pemasangan sistem telematik pada kenderaan perdagangan bagi memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko.Sistem itu turut akan dihubungkan dengan alat pengesan alkohol bagi memastikan pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol sebelum memulakan perjalanan.Pelaksanaan secara sukarela akan dijalankan sehingga 2027, sementara kerajaan membangunkan pangkalan data pemandu bagi memperkukuh penguatkuasaan.Mengulas lanjut, Anthony berkata, beberapa penyedia sistem telematik telah dikenal pasti dan diaudit oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan sistem yang ditawarkan memenuhi piawaian ditetapkan.Beliau berkata, sistem telematik berkenaan ditawarkan oleh syarikat swasta dan bukan disediakan oleh kerajaan, selain terdapat pelbagai pilihan sistem di pasaran yang boleh dipilih oleh pengusaha kenderaan perdagangan."Sistem ini berfungsi seperti kamera papan pemuka (dashcam) yang dilengkapi perisian untuk merekod dan memantau tingkah laku pemandu, termasuk pergerakan mata, cara membrek dan pecutan ketika memandu."Sistem itu turut mempunyai ciri ujian nafas dan pemantauan denyutan nadi bagi membantu mengesan kemungkinan pemandu berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol."Jadi, mengapa kita nak ke arah itu? Sebab kemalangan-kemalangan kita lihat ini yang melibatkan kenderaan berat, banyak yang melibatkan pemandu di bawah pengaruh dadah," katanya.Menurutnya, pengusaha kenderaan perdagangan boleh memilih penyedia sistem telematik yang telah memenuhi piawaian ditetapkan JPJ, manakala pelaksanaan secara wajib akan diperincikan secara berperingkat.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:0015:0016:00
Latest 16:15 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
12 Oct, 13:13 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    13:13

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pemasangan sistem telematik kenderaan perdagangan berperingkat - Anthony · Malaysian Attention Engine