
Pengunjung tergolek, kerusi medan selera rosak
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Isu kerusi dan meja rosak di sebuah medan selera di sini mencetuskan kebimbangan orang ramai apabila seorang wanita warga emas terjatuh akibat keadaan kerusi berkenaan. (Kosmo!, 12:40)
Read the reporting
1 report
Pengunjung tergolek, kerusi medan selera rosak
PETALING JAYA – Isu kerusi dan meja rosak di sebuah medan selera di sini mencetuskan kebimbangan orang ramai apabila seorang wanita warga emas terjatuh akibat keadaan kerusi berkenaan.
Menerusi satu hantaran tular di Threads, seorang pengguna mendakwa aduan mengenai kerusi yang rosak dan tercabut sudah dibuat berpuluh-puluh kali, namun masalah itu masih belum diselesaikan oleh pihak berkuasa.
Menurut Shazaazln, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku, malah beberapa pengunjung termasuk seorang bayi didakwa pernah terjatuh akibat masalah sama.
“Berpuluh-puluh kali buat aduan tentang kerusi banyak sangat tercabut dan terlalu ramai dah yang jatuh sebab kerusi, tapi sikit pun tak nak dengar, tak nak ambil tahu dan tak nak betulkan balik,” katanya.
Sehubungan itu, dia merayu orang ramai berkongsi semula video kejadian berkenaan supaya mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan berkenaan dan tindakan pembaikan dapat dilakukan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menggesa pihak berwajib supaya selesaikan masalah tersebut.
“Kena bayar sewa tiap-tiap bulan tapi maintenance hauk. Salah sikit laju saman,” kata Amr_fhn.
“Tak pratikal langsung kerusi meja jenis ni. Senang tercabut, kedudukan tak selesa. Harap pihak berkuasa keluarkan idea baru,” kata Irbosmilas.
“Medan selera begini biasanya tak diselenggara dengan baik .. percayalah, bawah meja tu kadang anak lipas berlambak .. aku ni kat kedai amik inisiatif sendiri dan dua tiga hari sekali sembur racun serangga dan buat alas meja sendiri,” kata Mrpokwan. – KOSMO! ONLINE
The post Pengunjung tergolek, kerusi medan selera rosak appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.