
Penipuan e-dagang, pinjaman tidak wujud di Negeri Sembilan meningkat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SEREMBAN: Kes penipuan e-dagang dan pinjaman tidak wujud di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak 24 dan 11 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. (Utusan Malaysia, 17:19)
Read the reporting
2 reports
Penipuan e-dagang, pinjaman tidak wujud di Negeri Sembilan meningkat
SEREMBAN: Kes penipuan e-dagang dan pinjaman tidak wujud di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan masing-masing sebanyak 24 dan 11 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kes penipuan e-dagang meningkat kepada 828 kes berbanding 667 kes tahun lalu, manakala kes pinjaman tidak wujud bertambah kepada 404 kes berbanding 365 kes dalam tempoh sama.
Bagaimanapun, katanya, jumlah keseluruhan jenayah dalam talian di negeri ini menurun sebanyak 10 peratus kepada 2,539 kes berbanding 2,807 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
“Jumlah kerugian akibat jenayah berkenaan turut berkurangan sebanyak 46 peratus kepada RM39.86 juta berbanding RM73.44 juta tahun lalu dipengaruhi pelaksanaan program kesedaran, penguatkuasaan serta kerjasama strategik.
“Namun, kerugian paling tinggi direkodkan pada tahun ini melibatkan kes penipuan telekomunikasi sebanyak RM18.92 juta diikuti, penipuan pelaburan 12.44 juta, dan e-dagang RM4 juta,” katanya kepada pemberita hari ini.
Selain itu, Alzafny berkata, kes penipuan telekomunikasi mengalami penurunan sebanyak 28 peratus kepada 784 kes berbanding 1,095 kes tahun lalu.
“Kes penipuan kewangan elektronik turut menurun 30 peratus kepada 188 kes, manakala kes love scam berkurangan tiga peratus kepada 37 kes dan penipuan pelaburan menurun 20 peratus kepada 298 kes,” katanya.
“Walaupun jumlah keseluruhan kes dan kerugian menunjukkan penurunan, orang ramai perlu terus berwaspada, khususnya ketika melakukan urusan pembelian dalam talian dan menerima tawaran pinjaman,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, tempoh reman 38 suspek warga asing yang ditahan pada 12 Oktober lalu di sebuah pusat peranginan terbiar di Mantin, Nilai, bagi membantu siasatan kes sindiket penipuan dalam talian yang dipercayai menyasarkan warga China dilanjutkan sehingga 1 November ini.
“Reman diteruskan di bawah Akta Imigresen 1959/63 bagi menyiasat kesahihan pasport suspek memandangkan terdapat pasport yang mencurigakan dan ada antara mereka tidak memiliki pasport,” katanya. – UTUSAN
The post Penipuan e-dagang, pinjaman tidak wujud di Negeri Sembilan meningkat appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Malay Mail, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.