
Perang Iran dorong Filipina beralih kepada tenaga solar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MANILA: Penggunaan tenaga solar di Filipina melonjak susulan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran yang mencetuskan kenaikan harga tenaga global, mendorong semakin ramai pemilik rumah beralih kepada sumber tenaga alternatif bagi mengurangkan bil elektrik. (Utusan Malaysia, 14:33)
Read the reporting
1 report
Perang Iran dorong Filipina beralih kepada tenaga solar
MANILA: Penggunaan tenaga solar di Filipina melonjak susulan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran yang mencetuskan kenaikan harga tenaga global, mendorong semakin ramai pemilik rumah beralih kepada sumber tenaga alternatif bagi mengurangkan bil elektrik.
Perkembangan itu berlaku ketika Filipina berdepan antara kos elektrik tertinggi di Asia Tenggara, malah sebelum konflik berkenaan tercetus. Kos elektrik negara itu setanding dengan Singapura, yang mempunyai purata pendapatan lebih 10 kali ganda lebih tinggi.
Laporan badan pemikir tenaga, Ember, menganggarkan jumlah panel solar yang dipasang di atas bumbung bangunan di Filipina hampir berganda sejak awal 2025.
Lonjakan permintaan itu turut menyumbang kepada import panel solar bernilai AS$407 juta (RM1.6 bilion) dari China antara Mac hingga Mei, berdasarkan data perdagangan kerajaan negara itu.
China merupakan pengeluar utama panel solar dunia, manakala Filipina muncul sebagai pasaran luar negara tunggal terbesar bagi produk berkenaan dalam tempoh itu.
Belanda mencatatkan jumlah pembelian lebih tinggi berbanding Filipina, namun sebahagian besar panel yang diimport negara Eropah itu diagihkan semula ke negara lain di rantau berkenaan.
Kenaikan harga elektrik susulan konflik di Asia Barat mendorong isi rumah menilai semula kos pemasangan panel solar sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan tenaga dalam jangka panjang.
Bagi sesetengah isi rumah, pelaburan awal pemasangan sistem solar boleh mencecah AS$5,000 (kira-kira RM20,000), namun penjimatan bil elektrik dalam tempoh beberapa tahun berpotensi membantu mendapatkan semula kos berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif pembekal tenaga solar Solarmaxx, Lexus Grepo, berkata peningkatan permintaan itu dapat dilihat apabila pelanggan terpaksa menunggu sehingga 30 hari berikutan penghantaran panel solar yang tidak dapat memenuhi keperluan pasaran.
“Pada Mac, kami menerima 40 projek, hampir tiga kali ganda jumlah pelanggan bulanan biasa. Sejak itu, kami memasang antara 25 hingga 30 sistem solar setiap bulan,” katanya.
Grepo menjangkakan permintaan akan terus meningkat walaupun ketegangan di Asia Barat reda dan laluan perkapalan bagi bekalan tenaga kembali dibuka.
“Saya fikir orang ramai kini menyedari dunia ini tidak menentu, justeru mereka perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Rakyat Filipina kini melihat bahawa mereka tidak semestinya perlu bergantung sepenuhnya kepada pasaran tenaga global,” katanya.
Filipina, antara segelintir negara di rantau ini yang tidak memberikan subsidi elektrik, bergantung pada arang batu dan gas import untuk membekalkan lebih 70 peratus daripada campuran penjanaan elektriknya.
Nilai mata wang peso yang merosot ke paras terendah dalam sejarah, iaitu melebihi 63 peso bagi setiap dolar AS, turut meningkatkan kos import bahan api berkenaan.- AL JAZEERA
The post Perang Iran dorong Filipina beralih kepada tenaga solar appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:33
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.