
Perketat SISPAA, elak fitnah terhadap guru
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu proses mengemuka aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM) diperketat kerana ketika ini saluran itu terdedah luas kepada eksploitasi, termasuk bagi memfitnah dan mencemarkan reputasi pendidik. (Berita Harian, 08:37)
Read the reporting
1 report
Perketat SISPAA, elak fitnah terhadap guru
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu proses mengemuka aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM) diperketat kerana ketika ini saluran itu terdedah luas kepada eksploitasi, termasuk bagi memfitnah dan mencemarkan reputasi pendidik.
Mengemuka syor berkenaan, kesatuan mewakili kira-kira 230,000 pendidik itu menegaskan SISPAA KPM perlu dirombak dengan mewajibkan pengesahan identiti pengadu serta tapisan integriti dakwaan sebelum siasatan terhadap guru dimulakan.
"Langkah ini bagi mengelakkan sistem itu disalahgunakan untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi pendidik. Majoriti ahli NUTP pernah diadukan melalui sistem ini," tegas Presiden NUTP, Aminuddin Awang.
Beliau menjelaskan demikian kepada BH bagi mengulas laporan akhbar ini Ahad lalu mengenai dilema dihadapi guru, sama ada mendidik atau melindungi diri.
BH melaporkan kebimbangan guru terhadap tindakan undang-undang dan aduan boleh menyebabkan mereka lebih mengutamakan perlindungan diri berbanding mendisiplinkan murid, sekali gus menjejaskan peranan sekolah sebagai institusi pembentukan sahsiah.
NUTP juga mendedahkan tindakan disiplin diambil guru terhadap murid kerana kesalahan di sekolah antara punca mereka berdepan siasatan KPM susulan aduan SISPAA, selain tindakan undang-undang daripada ibu bapa atau penjaga.
Terdapat kes guru berdepan laporan polis, notis tuntutan (LOD) atau saman sivil, termasuk mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, berkait kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan seperti mencubit atau memulas telinga bagi mendisiplin murid.
Keadaan itu menyebabkan ada guru takut dan murung kerana disiasat, menjadikan mereka terlalu berhati-hati untuk menegur atau mengambil tindakan disiplin terhadap murid, sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada tugas hakiki mengajar.
Mengenai kelemahan SISPAA KPM, Aminuddin berkata, kelemahan mekanisme pengesahan identiti boleh membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab membuat aduan menggunakan nama orang lain, sekali gus mendedahkan guru kepada siasatan berasaskan dakwaan yang belum dipastikan kesahihannya.
Tegas beliau, kewujudan ruangan nama dan maklumat peribadi dalam portal aduan berkenaan tidak memadai jika identiti sebenar pengadu masih belum disahkan.
"Sepatutnya setiap aduan perlu melalui tapisan awal yang teliti, termasuk temu bual dengan pengadu secara dalam talian atau bersemuka bagi mengesahkan identiti serta menilai asas dakwaan sebelum tindakan lanjut diambil terhadap guru.
"Kita tidak mahu sesiapa sahaja boleh buat aduan guna nama orang lain, kemudian guru yang diadukan terus berdepan siasatan, sedangkan identiti sebenar pengadu belum disahkan.
"SISPAA perlu ditambah baik, sahkan dahulu siapa yang buat aduan, teliti asas dakwaan dan pastikan aduan itu berintegriti. Jangan terus letak guru dalam keadaan tertekan hanya kerana laporan yang belum dipastikan kesahihannya," katanya.
Beliau berkata, tanpa tapisan berkesan, SISPAA yang diwujudkan sebagai saluran menyelesaikan masalah dan menambah baik perkhidmatan pendidikan berisiko dieksploitasi untuk mengemukakan tuduhan tidak berasas terhadap guru atau sekolah.
Lebih membimbangkan, kata Aminuddin, guru yang terpaksa berdepan siasatan akibat aduan meragukan boleh mengalami tekanan emosi serta menanggung kerosakan reputasi profesional walaupun dakwaan terhadap mereka belum dibuktikan.
Tanggung kesan aduan
Tegasnya lagi, cadangan memperketat prosedur aduan itu bukan bertujuan melindungi guru yang melakukan salah laku atau menyekat hak ibu bapa, murid dan orang awam membuat laporan.
"Ini bukan soal guru mahu lari daripada siasatan. Jika berlaku salah laku, siasat dan ambil tindakan ikut peraturan, tapi jangan sampai guru terpaksa tanggung kesan daripada aduan tanpa dapat disahkan siapa pengadu itu sendiri.
"Kita mahu siasatan yang adil, bukan sekadar terima aduan dan terus menggerakkan proses terhadap guru tanpa memastikan terlebih dahulu siapa yang buat dakwaan itu," katanya.
Beliau berkata, aduan yang identiti pengadu gagal disahkan atau mengandungi percanggahan fakta juga perlu diteliti terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat mengenai tindakan susulan.
"Pengesahan identiti dan penilaian awal terhadap asas aduan penting bagi memastikan tindakan diambil berlandaskan fakta tanpa jejas hak pengadu untuk mendapatkan penyelesaian atau hak guru untuk menerima proses yang adil," katanya.
BH turut menguji proses pendaftaran dan berjaya mendaftar akaun di portal SISPAA menggunakan nama samaran bersama nombor telefon, nombor MyKad dan alamat palsu.
Mereka yang berjaya mendaftar boleh terus mengakses sistem untuk mengemuka maklum balas, termasuk aduan tanpa pengesahan lanjut ketepatan maklumat peribadi dimasukkan ketika pendaftaran.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata, usaha memperkukuh SISPAA KPM perlu seiring cadangan memperkenal Akta Perlindungan Guru yang juga digesa agar dipercepat bagi melindungi pendidik yang bertugas secara profesional dan dengan niat baik, daripada tuduhan atau tindakan tidak berasas.
Katanya, perlindungan sedemikian tidak bermaksud guru kebal daripada tindakan disiplin atau undang-undang, sebaliknya memastikan mereka tidak dinafikan hak kepada proses yang adil.
"Jangan hanya pastikan orang yang buat aduan mempunyai saluran, tetapi mengabaikan hak guru diadukan. Kedua-dua pihak perlu dilindungi dan setiap dakwaan mesti dinilai secara adil.
"SISPAA perlu menjadi sistem yang jaga integriti aduan, bukan ruang yang boleh digunakan untuk aniaya guru. Sebab itu, tapisan yang berkesan, pengesahan identiti dan siasatan yang adil mesti menjadi keutamaan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.