Malaysian Attention Engine
Live wire
50Upah RM1,000 jadikan pelancong warga India keldai dadah50Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu45Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM45General : Former Unit Trust, PRS Consultant Charged With Dealing In Securities Without Licence42Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ39King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period37World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia3680 peratus pendeposit TH belum cukup simpanan minimum RM15,00036Cheng Hoe tak peduli pendapat 'orang luar'36Pengarah syarikat didakwa pecah amanah lebih RM101,00035Sekolah di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar ditangguh – JPNPP35Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan
NewConfirmedupdated 21 h ago

Pesawat dadah: Polis buru penyewa jet peribadi ke Laos

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
8
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 14:09 MYTLatest activity 8 Oct, 16:30BMconfidence 69%

What happened

Pesawat dadah: Polis buru penyewa jet peribadi ke Laos (Google News Malaysia (BM), 14:09)

Read the reporting

1 report
Photo: astroawani.com
astroawani.com·News·BM·2 min read

Kes dadah di Laos: Pemilik syarikat penerbangan persendirian ditahan

8 Oct, 16:30 MYT

Ringkasan AI

  • Pemilik syarikat penerbangan persendirian ditahan di Subang bagi membantu siasatan rampasan 521kg dadah di Lapangan Terbang Luang Prabang, Laos.
  • Syarikat penerbangan suspek menawarkan perkhidmatan sewaan jet persendirian dan pesawat disewakan dengan bayaran RM208,000 untuk kes ini.
  • Tiga lagi individu turut ditahan, manakala 13 suspek termasuk rakyat Malaysia, Singapura dan Filipina ditahan pihak berkuasa Laos.

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat penerbangan persendirian ditahan pada Rabu, bagi membantu siasatan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Lapangan Terbang Luang Prabang Laos.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki tempatan berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Menurutnya, siasatan mendapati syarikat penerbangan suspek menawarkan perkhidmatan penerbangan di Malaysia.

"Individu ini juga merupakan pemilik pesawat yang ditahan pihak berkuasa di Laos.

"Hasil siasatan mendapati syarikat penerbangan ini mempunyai dua pesawat seumpamanya yang turut menawarkan perkhidmatan sewaan pesawat persendirian (private jet) kepada sesiapa sahaja yang membuat tempahan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut," katanya dalam kenyataan, di sini pada Khamis.

Hussein berkata, bagi kes ini pesawat disewakan dengan bayaran RM208,000.

Tambahnya, JSJN Bukit Aman sedang mengenal pasti individu yang membuat tempahan penyewaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan tiga lagi individu turut ditahan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut.

"Kesemua tangkapan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau," ujarnya.

Tegasnya, dadah ialah musuh nombor satu negara dan orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222.

Pada 1 Oktober lalu, polis Laos merampas 521kg dadah jenis kristal disyaki methamphetamine dalam sebuah jet persendirian yang tiba dari Subang.

Siasatan kemudian mendapati pesawat itu berlepas dari Subang tanpa membawa muatan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos kira-kira jam 11.30 pagi.

Kira-kira pukul 1.30 tengah hari, dua kenderaan tiba membawa 23 beg yang kemudiannya dipindahkan ke dalam pesawat terbabit.

Susulan kejadian itu, seramai 13 individu termasuk seorang warganegara Malaysia, rakyat Singapura dan Filipina, telah ditahan oleh pihak berkuasa Laos bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah rentas negara berkenaan.

Text and pictures from astroawani.com, shown with attribution.Read at astroawani.com

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 11NEWnow08:0009:0010:0011:0012:0013:00
Latest 13:35 MYT
8New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Google News Malaysia (BM)) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
8 Oct, 14:09 MYT
Origin confidence 90% · 140 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    14:09

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.