
Polis Jerman siasat lelaki guna robot raba remaja
Only social or community posts, or a single source.
What happened
COLOGNE: Pihak berkuasa Jerman menyiasat dakwaan gangguan seksual selepas sebuah robot yang dikawal dua lelaki didakwa meraba punggung seorang remaja perempuan berusia 16 tahun serta melakukan aksi tidak senonoh terhadapnya. (Utusan Malaysia, 22:06)
Read the reporting
1 report
Polis Jerman siasat lelaki guna robot raba remaja
COLOGNE: Pihak berkuasa Jerman menyiasat dakwaan gangguan seksual selepas sebuah robot yang dikawal dua lelaki didakwa meraba punggung seorang remaja perempuan berusia 16 tahun serta melakukan aksi tidak senonoh terhadapnya.
Polis di Cologne memulakan siasatan susulan kejadian minggu lalu yang membabitkan dua suspek lelaki berusia 16 dan 19 tahun.
Kedua-duanya didakwa merakam insiden itu sebelum menyiarkannya secara langsung di platform dalam talian sambil memberikan ulasan.
Jurucakap Polis Cologne, Christoph Bermel, berkata kedua-dua suspek belum didakwa secara rasmi. Penyiasat kini meneliti sama ada pergerakan robot itu dikawal secara langsung atau diprogramkan terlebih dahulu.
Beliau mengakui pihak polis belum pernah berdepan kejadian seumpama itu sebelum ini.
“Kami belum pernah berdepan fenomena seperti ini,” katanya kepada agensi berita Associated Press (AP), sambil menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang baharu bagi pihak berkuasa.
Menurut kenyataan polis pada Isnin, pasukan kecemasan yang dikerahkan ke lokasi kejadian berhampiran sebuah restoran fondue menemukan robot berkenaan di dalam but sebuah kenderaan.
Pihak berkuasa kemudian menyita robot itu serta telefon bimbit milik kedua-dua suspek untuk membantu siasatan.
Polis Cologne turut memuat naik foto robot berwarna merah dan emas itu menerusi Facebook. Robot setinggi kira-kira 120 sentimeter itu dilihat memakai baju singlet putih, seluar sukan hitam, rantai emas, cermin mata hitam dan misai palsu.
Beberapa video yang tular di internet menunjukkan dua lelaki berkenaan mengiringi robot itu menghampiri sekumpulan wanita di kawasan perumahan yang meriah pada waktu malam.
Robot itu kemudian dilihat melanggar seorang wanita dan memeluk beberapa wanita lain.
Dalam rakaman berkenaan, salah seorang lelaki terbabit berulang kali menjerit ke arah robot itu sebelum menariknya ke belakang selepas ia melakukan aksi berunsur seksual, yang mencetuskan gelak tawa orang ramai di lokasi kejadian.
Dalam hantaran di Facebook pada Selasa, polis turut mengecam komen tidak wajar sesetengah pengguna media sosial dan memberi amaran bahawa tindakan berkongsi rakaman atau menjadikan insiden itu sebagai bahan jenaka boleh memburukkan lagi trauma yang dialami mangsa.- AP
The post Polis Jerman siasat lelaki guna robot raba remaja appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia22:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.