
PRN Melaka: MIC tanding satu kerusi, tumpu berkempen seluruh negeri
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JOHOR BAHRU: MIC komited menggerakkan seluruh jentera parti bagi memastikan kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang. (Utusan Malaysia, 13:20)
Read the reporting
1 report
PRN Melaka: MIC tanding satu kerusi, tumpu berkempen seluruh negeri
JOHOR BAHRU: MIC komited menggerakkan seluruh jentera parti bagi memastikan kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang.
Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata, walaupun parti itu hanya meletakkan calon di satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kempen secara menyeluruh akan diteruskan di kawasan-kawasan lain bagi membantu rakan komponen BN.
Menurutnya, siri perbincangan strategik kini giat dijalankan bagi menyusun perancangan gerak kerja kerana sokongan padu daripada masyarakat India disifatkan amat penting.
Mengambil kira keputusan di PRN Negeri Sembilan sebelum ini, beliau menjelaskan bahawa walaupun MIC tewas di dua kerusi DUN yang ditandingi, parti itu tetap mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan memperoleh kira-kira 49 peratus sokongan pengundi India.
“Walaupun kita tidak mempunyai wakil Parlimen atau wakil DUN, serta bergerak tanpa bantuan kerajaan negeri dan peruntukan rasmi, kita masih mampu meraih sokongan hampir 49 peratus daripada pengundi India.
“Ini bukan sesuatu yang mudah dicapai tanpa penerimaan akar umbi,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen MIC Negeri Johor di Hotel Berjaya Waterfront, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Vigneswaran membayangkan situasi di PRN Melaka dijangka lebih memihak kepada BN memandangkan negeri berkenaan kini berada di bawah pentadbiran kerajaan BN, selain disokong barisan wakil rakyat serta ahli majlis tempatan yang aktif.
“Faktor pentadbiran kerajaan negeri itu diyakini dapat memberi kelebihan untuk memudahkan gerak kerja parti.
“Ini sekali gus meraih sokongan pengundi India yang lebih kukuh demi mencerahkan peluang kemenangan MIC dan BN di negeri Melaka,” ujarnya. – UTUSAN
The post PRN Melaka: MIC tanding satu kerusi, tumpu berkempen seluruh negeri appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.