Malaysian Attention Engine
Live wire
53Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca51General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow50Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran47'Kita ada banyak kerja lain daripada nak atur khalwat' - Amirudin47'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS45General : Communications Ministry, MCMC To Study Expanding CoPA Metric To Key Economic Areas45Slain border agency officer’s remains to be buried in Tumpat tonight, says home minister4475 peratus tahanan 41 penjara terlibat kes dadah43PRN Sarawak mungkin diadakan Disember ini - Abdul Karim40Majlis Keselamatan PBB adakan pusingan keenam pungutan suara pilih Setiausaha Agung Baharu40Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial39PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewConfirmedupdated 1 h ago

Pelajar TVET bakal jalani latihan industri dengan jaminan pekerjaan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 14:25 MYTLatest activity 17 Oct, 14:43BMconfidence 80%

What happened

Pelajar TVET bakal jalani latihan industri dengan jaminan pekerjaan (Harian Metro, 14:25)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Pelajar TVET bakal jalani latihan industri dengan jaminan pekerjaan

By Fairul Asmaini Mohd Pilus · 17 Oct, 14:25 MYT

asmaini@mediaprima.com.my

Sungai Buloh: Kerajaan akan memulakan program latihan industri dengan jaminan pekerjaan bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, pihaknya sebelum ini sudah berkunjung ke Bangkok, Thailand serta Singapura bagi tujuan berkenaan.

"Kita ada persefahaman dan akan mulakan program latihan industri dengan jaminan pekerjaan.

"Kita akan tukar. E-Tech akan hantar pelajar kita ke sana dan kita akan ambil pelajar daripada mereka, antaranya Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Singapura," katanya kepada media selepas merasmikan Program MADANI Kita 2026 Sungai Buloh, Memaknai Harapan Rakyat di Kota Damansara, hari ini.

Menurut beliau, jika sesebuah syarikat memerlukan kemahiran pekerjaan daripada seseorang graduan, syarikat berkenaan akan memberinya pekerjaan sementara.

"Pekerja terbabit boleh mendapatkan latihan daripada E-Tech dan pada masa sama mendapat peluang pekerjaan itu.

"Selepas tamat latihan, pekerja terbabit akan terus diberikan pekerjaan tetap di syarikat itu dengan skala gaji mengikut kemahiran yang diperoleh," katanya.

Mengulas lanjut, Ramanan menegaskan bahawa persepsi kononnya graduan TVET masih sukar mendapat pekerjaan adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana, data terkini kebolehpasaran graduan TVET sudah mencapai 98 peratus, meningkat berbanding sekitar 95.5 peratus tahun lalu.

Kata beliau, ia membuktikan keberkesanan kerjasama strategik dengan industri dalam memastikan latihan diberikan relevan serta memenuhi keperluan pasaran kerja.

Sementara itu, Ramanan berkata, gaji pokok permulaan RM2,500 sebulan bagi graduan dan pekerja separa mahir yang bakal ditetapkan mengikut garis panduan akan dilaksanakan tanpa mengira wilayah atau lokaliti.

Kata beliau, penetapan itu penting bagi memastikan pekerja dinilai secara adil berdasarkan kelayakan, kemahiran dan keupayaan mereka, bukannya semata-mata berdasarkan negeri.

Katanya, perbezaan lokasi tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengetepikan nilai dan kelayakan seseorang pekerja, terutama apabila mereka mempunyai kemahiran serta tanggungjawab yang setara.

"Kalau kita lihat daripada sudut graduan, kita perlu berlaku adil. Sebagai contoh, seorang graduan yang mempunyai diploma atau ijazah serta kelayakan untuk bekerja sebagai pengurus kewangan, bagaimana kita hendak mengatakan bahawa dia yang bekerja di Kuala Lumpur patut menerima gaji RM8,000, sedangkan mereka yang melakukan pekerjaan sama di Perlis atau Terengganu hanya layak menerima RM2,500?

"Saya tidak boleh berbuat demikian. Mereka bekerja keras, belajar bersungguh-sungguh, memperoleh kelayakan dan mempunyai kemahiran. Kita perlu berlaku adil kepada mereka," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 36NEWnow15:00
Latest 15:30 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
17 Oct, 14:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    14:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.