Malaysian Attention Engine
Live wire
52‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’5012 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah39World : OIC Foreign Ministers Discuss Regional Crises, Cooperation At Baghdad Meeting39Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati minggu depan38Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf36Gajah didakwa musnahkan tanaman, pekebun rugi lebih RM100,00035Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating35Around 550,000 people take part in protests across France, about 400 arrested: minister35World : Man City Edge Ipswich 3-2 As Liverpool Come From Behind To Beat 9-man Brentford35General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am35'Masih terbayang adik terbaring atas jalan, saya terkejut dan menangis' - Abang mangsa maut dirempuh lori
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

PROTON S70 i-GT 1.5 tawar mobiliti selesa dengan ciri terkini

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 06:37 MYTLatest activity 18 Oct, 06:37BMconfidence 60%

What happened

PROTON S70 i-GT 1.5 tawar mobiliti selesa dengan ciri terkini (Harian Metro, 06:37)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

PROTON S70 i-GT 1.5 tawar mobiliti selesa dengan ciri terkini

By Lizam Ridzuan · 18 Oct, 06:37 MYT

lizamridzuan@hmetro.com.my

Untuk penawaran kenderaan yang lebih selesa dan dilengkapi teknologi moden. Itulah antara perkara yang menjadi keutamaan pengguna di Malaysia selain faktor harga.

Untuk itu, PROTON S70 i-GT 1.5 yang ditawarkan dalam dua varian, Lite dan Prime, hadir sebagai pilihan sedan yang menggabungkan reka bentuk menarik, kemudahan praktikal dan pengalaman pemanduan selesa pada harga lebih mampu milik.

Baru-baru ini, penulis berpeluang menguji PROTON S70 i-GT 1.5 menerusi sesi pandu uji media ke dari Shah Alam ke Sekinchan, Selangor, bagi menilai keupayaannya dalam penggunaan harian dan perjalanan jarak sederhana.

Dari segi luaran, model ini mengekalkan reka bentuk moden seperti varian turbo, termasuk gril hadapan lebar, lampu utama bergaya dan bampar berprofil kemas.

Perbezaan lebih ketara terletak pada kemasan tertentu, namun penampilannya masih tampak matang dan sporty.

Garisan badan di bahagian sisi memberikan profil sedan yang kemas, manakala reka bentuk belakang melengkapkan penampilan keseluruhan meskipun tanpa lampu bar merentasi but.

Secara visual, model ini masih mengekalkan karakter premium yang menjadi antara tarikan utama S70.

Memasuki kabin, susun atur papan pemuka moden memberikan suasana kemas dan praktikal. Kemasan dalaman serta reka bentuk tempat duduk turut menyumbang kepada keselesaan, sesuai untuk kegunaan harian mahupun perjalanan lebih jauh.

Ruang kabin menjadi antara kelebihan utama PROTON S70 i-GT 1.5, khususnya bagi penumpang belakang yang memerlukan ruang kaki dan bahu mencukupi.

Ruang bagasi yang luas turut praktikal untuk membawa barangan ketika pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga.

Dari segi teknologi, kelengkapan yang ditawarkan mengikut varian membantu memenuhi keperluan pengguna moden. Sistem infotainmen bersaiz 8 inci dilengkapi sokongan Android Auto, manakala fungsi Apple CarPlay masih dalam proses mendapatkan kelulusan. Kemudahan sambungan telefon pintar turut menjadikan penggunaan lebih praktikal.

Paparan meter pemandu menggabungkan elemen digital dan analog, memberikan maklumat pemanduan dalam susun atur yang mudah dibaca. Pendekatan ini mengekalkan fungsi asas yang diperlukan tanpa menjadikan ruang pemandu terlalu kompleks.

Bagi rangkaian kuasa, PROTON S70 i-GT 1.5 menggunakan enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi yang dipadankan dengan transmisi CVT. Kombinasi ini menawarkan karakter pemanduan lebih bersahaja, khususnya bagi pengguna yang mengutamakan kelancaran ketika bergerak dalam trafik bandar.

Sepanjang perjalanan ke Sekinchan, enjin berkenaan memberikan respons yang sesuai untuk pemanduan santai. Bagaimanapun, ketika memerlukan pecutan tambahan, terutama untuk memotong kenderaan di jalan persekutuan, pemandu perlu merancang pergerakan dengan lebih teliti berbanding varian turbo.

Transmisi CVT pula menyalurkan kuasa secara lancar tanpa pertukaran gear yang ketara. Ketika bergerak dari keadaan berhenti, penyaluran kuasa juga terasa lebih lancar tanpa kelewatan respons yang ketara.

Aspek pengendalian turut diberikan perhatian menerusi talaan suspensi yang mengutamakan kestabilan dan kawalan. Kereta mudah dikendalikan, manakala suspensi membantu menyerap ketidaksempurnaan permukaan jalan untuk memberikan perjalanan lebih selesa.

Untuk aspek keselamatan, PROTON S70 i-GT 1.5 dilengkapi enam beg udara bagi membantu melindungi pemandu dan penumpang sekiranya berlaku perlanggaran.

Model itu turut dilengkapi sistem radar sisi belakang yang merangkumi lima fungsi, iaitu pengesanan titik buta (BSD), bantuan pertukaran lorong (LCA), amaran trafik lintasan belakang (RCTA), amaran ketika pintu dibuka (DOW) dan amaran pelanggaran dari belakang (RCW).

Ia termasuk sistem brek antikunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan sistem kawalan cengkaman (TCS).

Sepanjang pandu uji, keselesaan kabin menjadi antara aspek penting bagi sebuah sedan yang digunakan untuk perjalanan harian dan jarak sederhana. Gabungan ruang dalaman, kedudukan pemanduan dan tahap kesenyapan kabin membantu menjadikan perjalanan lebih menyenangkan.

Secara keseluruhan, PROTON S70 i-GT 1.5 Lite dan Prime menawarkan pilihan kepada pengguna yang mahukan sedan moden dengan reka bentuk menarik, ruang praktikal dan pemanduan selesa.

Pada harga bermula RM56,800 bagi varian Lite dan RM59,800 bagi Prime, model ini berpotensi menarik pembeli yang mengutamakan nilai pemilikan serta kemudahan penggunaan harian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow07:0008:00
Latest 08:34 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 06:37 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.