
'Masih terbayang adik terbaring atas jalan, saya terkejut dan menangis' - Abang mangsa maut dirempuh lori
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
'Masih terbayang adik terbaring atas jalan, saya terkejut dan menangis' - Abang mangsa maut dirempuh lori (Google News Malaysia (BM), 07:58)
Read the reporting
1 report
'Masih terbayang adik terbaring atas jalan, saya terkejut dan menangis' - Abang mangsa maut dirempuh lori
KUALA TERENGGANU: "Saya terkejut dan menangis tengok adik terbaring atas jalan, masih terbayang-bayang lagi kejadian itu," kata Muhammad Idham Najmi Mohd Asizol, 14, abang kepada Muhammad Atihff Zriqqiz, 8, yang maut dirempuh lori ketika mengambil bola, semalam.
Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tengku Ismail itu tidak menyangka rutin bermain bola di halaman rumah setiap petang berakhir tragedi ragut nyawa adiknya.
Katanya, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan seorang lagi adiknya, Muhammad Ammar Najwan, 12, bermain bola di kawasan berpagar di halaman rumah kira-kira jam 3 petang.
"Selepas kira-kira 15 minit bermain, bola yang ditendang terpelanting keluar dari kawasan rumah ke seberang jalan.
"Adik kemudian berlari keluar untuk mengambil bola sebelum dirempuh lori yang melalui jalan kampung itu," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), malam tadi.
Katanya, lebih menyedihkan, kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri, malah dia terkejut dan hanya mampu menangis melihat adiknya terbaring di atas jalan.
"Selepas ini, tak seronok lagi nak bermain bola kerana adik sudah tiada selain masih terkenang kejadian itu," katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Asizol Wahab, berkata kejadian berlaku ketika dia baharu 15 minit keluar untuk bekerja.
Dia yang bekerja sebagai penghantar barang syarikat kurier, berkata sebelum kejadian dia sempat makan bersama arwah sebelum keluar untuk menghantar barang di sekitar kawasan kampung jam 3 petang.
"Selepas 15 minit kemudian, isteri telefon beritahu anak dilanggar lori di hadapan rumah. Saya bergegas pulang dan mendapati arwah terbaring kaku di atas jalan," katanya.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Keluarga Haji Idris di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, di sini, jam 1.30 pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Ikan itu dikatakan tiba-tiba berlari ke jalan raya untuk mengambil bola sebelum dilanggar lori, di Jalan Surau Cik Man, Kampung Surau Haji Daud.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)07:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.