Malaysian Attention Engine
Live wire
52Motorsport: Motor racing-Red Bull extend F1 boss Mekies' contract through 203135DayOne secures additional RM15b financing for Johor data centre expansion34General : Health Workers' Protection, Welfare Feature In 2027 Budget Debate32World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix31Guardrails needed on use of GLCs, GLICs for govt spending, say ex-Umno leaders31Indonesia’s haze spikes Singapore pollution, shuts East Timor schools29Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara29Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas29KJ wants govt to take firmer stance with Indonesia over haze28Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan28Isu pembatalan perolehan peluru berpandu, kerajaan sedia ke mahkamah27Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM
OverUnconfirmedupdated 6 d ago

Pulau Balabac : Malaysia perkukuh pertahanan Sabah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
5
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 18:49 MYTLatest activity 8 Oct, 18:49BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Malaysia terus memperkukuh penyelarasan aset dan maklumat pertahanan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan Sabah terus terpelihara susulan peningkatan keupayaan ketenteraan Filipina di Pulau Balabac. (Google News Malaysia (BM), 18:49)

Read the reporting

1 report
Photo: berita.rtm.gov.my
berita.rtm.gov.my·News·BM·2 min read

Pulau Balabac : Malaysia perkukuh pertahanan Sabah

8 Oct, 18:49 MYT

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Malaysia terus memperkukuh penyelarasan aset dan maklumat pertahanan bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan Sabah terus terpelihara susulan peningkatan keupayaan ketenteraan Filipina di Pulau Balabac.

  • Penyelarasan antara agensi keselamatan diperkuat bagi mengenal pasti dan menanggani ancaman terhadap kawasan kepulauan Sabah.
  • Angkatan tentera bersama mengkoordinasikan aset dan maklumat untuk mengatasi ancaman tradisional serta bukan tradisional.
  • Kerjasama dengan MKN dan Majlis Keselamatan Wilayah Sabah dipertingkatkan, dan keselamatan negara melibatkan tanggungjawab semua rakyat.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, penyelarasan antara agensi keselamatan turut diperkukuh bagi memastikan sebarang ancaman terhadap kawasan kepulauan Sabah dapat dikenal pasti dan ditangani secara menyeluruh.

Beliau berkata, cabaran keselamatan di sempadan Sabah bukan hanya melibatkan aspek ketenteraan, malah turut merangkumi ancaman bukan tradisional.

“Kita ada angkatan tentera bersama yang mengkoordinasikan semua aset dan maklumat untuk memastikan keselamatan kita di Sabah serta ancaman, sama ada secara tradisional ataupun bukan tradisional, sentiasa dapat kita atasi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sik di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Adly berkata penyelarasan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Keselamatan Wilayah Sabah turut diberi perhatian, khususnya di kawasan seperti Pulau Banggi.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan semua pihak mempunyai kefahaman yang jelas mengenai ancaman keselamatan di kawasan berkenaan.

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Penampang, beliau berkata, usaha menjaga keselamatan dan kedaulatan negara bukan hanya menjadi tanggungjawab anggota keselamatan, sebaliknya memerlukan penglibatan seluruh rakyat.

“Rakyat keseluruhannya di Sabah, termasuk di kawasan-kawasan kepulauan itu, tahu apa yang mereka lakukan, apa kesan dan ancamannya kepada Sabah dan kepada Malaysia secara keseluruhan.

“Dalam Kertas Putih Pertahanan Negara kita, keselamatan negara kita melibatkan seluruh warga negara. Semua bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

Perkembangan di Pulau Balabac sebelum ini mendapat perhatian Malaysia berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan Sabah.

Kementerian Pertahanan turut memaklumkan bahawa perkembangan pertahanan dan peningkatan aktiviti ketenteraan negara asing sentiasa dipantau serta dinilai dari sudut implikasinya terhadap keselamatan dan kepentingan strategik negara.

Why it is over

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. State
    Over

    single source and no mention for 24h

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
8 Oct, 18:49 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    18:49

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pulau Balabac : Malaysia perkukuh pertahanan Sabah · Malaysian Attention Engine