Peningkatan Aktiviti Ketenteraan AS-Filipina Di Pulau Balabac: MINDEF Jamin Kedaulatan Sabah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Peningkatan Aktiviti Ketenteraan AS-Filipina Di Pulau Balabac: MINDEF Jamin Kedaulatan Sabah (Google News Malaysia (BM), 14:03)
Read the reporting
1 reportPeningkatan Aktiviti Ketenteraan AS-Filipina Di Pulau Balabac: MINDEF Jamin Kedaulatan Sabah
AM > BERITA
08/10/2026 06:47 PM
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kementerian Pertahanan memberikan jaminan kedaulatan dan keselamatan Sabah berada dalam keadaan terpelihara meskipun terdapat peningkatan aktiviti tentera Amerika Syarikat (AS) dan Filipina di Pulau Balabac, yang terletak berhampiran sempadan negara.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kementerian sentiasa memantau perkembangan pertahanan dan sebarang peningkatan aktiviti ketenteraan negara asing serta menilai implikasi terhadap keselamatan dan kepentingan strategik negara.
Beliau berkata meskipun secara asasnya Malaysia menghormati hak kedaulatan negara jiran untuk menjalin kerjasama memperkukuh sistem pertahanan mereka, aspek pertahanan negara tetap dipastikan kekal kukuh, kredibel dan berkeupayaan menghadapi sebarang perubahan keselamatan persekitaran.
"Sehubungan dengan itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dan akan terus memperkukuh kesiapsiagaan di Sabah, khususnya di kawasan utara meliputi Kudat, Pulau Banggi, dan juga Pulau Balambangan (yang terletak berhampiran dengan Pulau Balabac, Filipina).”
"Ini dilakukan menerusi pengukuhan kawalan sempadan, pengawasan darat, maritim dan udara serta peningkatan keupayaan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) dan juga Maritime Domain Awareness (MDA) melalui penggunaan radar dan dron serta aset pemantauan maritim dan udara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ewon Benedick (GRS-Penampang) yang ingin tahu langkah Kementerian Pertahanan di wilayah utara Sabah susulan pembangunan kemudahan ketenteraan Amerika-Filipina di Pulau Balabac yang terletak hanya 50 km dari kawasan pesisiran pantai negara di Sabah.
Adly berkata pihaknya juga berusaha untuk memperkukuh pertahanan melalui konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) melalui pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society (WOGOS) dengan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan Negeri Sabah serta agensi berkaitan.
"Di samping itu, kita berusaha memperkukuh kerjasama pertahanan dengan negara-negara sahabat melalui perkongsian maklumat, latihan, dan juga eksesais serta program literasi pertahanan," katanya.
Selain memperkukuh keupayaan pertahanan negara, beliau berkata Malaysia turut menggunakan pendekatan diplomasi untuk memastikan keseimbangan strategik di Asia Tenggara dengan ASEAN sebagai platform utama.
"Dan perkara ini kita berikan penekanan untuk menegakkan pendirian Malaysia bahawa ASEAN harus kekal berkecuali dan tidak berpihak agar negara-negara di rantau ini tidak didesak untuk memilih mana-mana kuasa besar dunia," katanya.
Dalam pada itu, Adly berkata penstrukturan dan perancangan domain pertahanan negara di Sabah dirangka bagi jangka panjang hingga 2050 merangkumi perolehan pelbagai aset baharu seperti Kapal Misi Pesisir (LMS), pesawat pejuang ringan FA-50M, serta Kapal Tempur Pesisir (LCS).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial : Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial TikTok : @bernamaofficial
KATA KUNCI
BERITA BERKAITAN
LAGI BERITA
Why it is over
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News Malaysia (BM)) source
- StateOver
single source and no mention for 24h
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)14:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
