Malaysian Attention Engine
Live wire
51'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS44Pemilik rumah sewa jadi mangsa pelombongan Bitcoin berdepan tuntutan TNB ratusan ribu ringgit36Cubaan keluar Malaysia ikut laluan tikus gagal, 10 PATI ditahan ketika berehat di hotel36General : Watsons Malaysia's 888th Branch Enters MBOR As Largest Health And Beauty Retail Store35Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun35Over 1,800kg of invasive fish hauled from Ampang Hilir Lake Park35General : Hajiji Urges Sabah Districts to Develop Unique Tourism Products35Keluarga 3 rakyat Malaysia mangsa banjir Nepal terima bantuan 'one off' RM6,50034Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau34Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram34TDM semak semula SOP susulan kes anggota ditahan bersama pistol, peluru34‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Pulau Carey dijangka jana RM4.7 bilion KDNK, 115,000 peluang Kerja

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 16:46 MYTLatest activity 17 Oct, 16:46BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM – Pembangunan Bandar Pelabuhan Maritim Nasional dan Zon Ekonomi Khas Pulau Carey berpotensi menyumbang sehingga RM4.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) serta mewujudkan kira-kira 115,000 peluang pekerjaan menjelang 2045.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembangunan strategik berkenaan diluluskan secara prinsip oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Oktober lalu.Menurutnya, pembangunan Pulau Carey berpotensi memperkukuh kedudukan Selangor dan Malaysia sebagai hab ma (Sinar Harian, 16:46)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Pulau Carey dijangka jana RM4.7 bilion KDNK, 115,000 peluang Kerja

By MUHAMMAD NABIL ALMA AZMAN · 17 Oct, 16:46 MYT

SHAH ALAM – Pembangunan Bandar Pelabuhan Maritim Nasional dan Zon Ekonomi Khas Pulau Carey berpotensi menyumbang sehingga RM4.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) serta mewujudkan kira-kira 115,000 peluang pekerjaan menjelang 2045.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembangunan strategik berkenaan diluluskan secara prinsip oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Oktober lalu.Menurutnya, pembangunan Pulau Carey berpotensi memperkukuh kedudukan Selangor dan Malaysia sebagai hab maritim serantau serta merangsang pertumbuhan ekonomi yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat."Pembangunan strategik Pulau Carey ini berpotensi memperkukuh kedudukan Selangor dan Malaysia sebagai hab maritim serantau, di samping merangsang pertumbuhan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat ketika Pelabuhan Klang kini telah berjaya menduduki tempat 10 teratas dunia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pelan induk pembangunan Pulau Carey memberi tumpuan kepada pembangunan Bandar Pelabuhan Maritim Nasional serta Zon Ekonomi Khas Pulau Carey atau Carey Islands Port Special Economic Zone (CIPSEZ).Katanya, pembangunan berkenaan melibatkan kawasan pelabuhan seluas 2,500 ekar dengan tambahan kapasiti pengendalian sebanyak 42 juta Unit Setara Dua Puluh Kaki (TEU) kontena dan 38 juta tan kargo konvensional."Menurut Lloyd’s List One Hundred Ports 2026, Pelabuhan Klang kini berada dalam kelompok 10 pelabuhan kontena tersibuk di dunia."Dengan pembangunan Terminal Ketiga di Pulau Carey, kerajaan Madani berhasrat untuk terus meningkatkan kapasiti, kecekapan dan daya saing pelabuhan negara, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab maritim utama di peringkat global," katanya.Kor Ming memberitahu, kawasan pembangunan itu turut mempunyai akses strategik melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jalan Pulau Carey, Persiaran Pulau Lumut, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).Kemudahan berkenaan penting bagi menyokong pergerakan barangan, aktiviti logistik serta hubungan antara kawasan pelabuhan dengan pusat ekonomi di sekitarnya.Pada masa sama, beliau menyarankan Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT), terutama Majlis Perbandaran Kuala Langat, menyelaraskan zon guna tanah berkaitan pembangunan Pulau Carey ke dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030."Penyelarasan perancangan guna tanah secara berfasa amat penting bagi memastikan pembangunan Pulau Carey dilaksanakan secara terancang, tersusun dan selaras dengan hala tuju pembangunan negeri serta keperluan infrastruktur dan persekitaran setempat," katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow18:0019:00
Latest 19:17 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
17 Oct, 16:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    16:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Pulau Carey dijangka jana RM4.7 bilion KDNK, 115,000 peluang Kerja · Malaysian Attention Engine