
Pusat Kawalan Operasi APM digerak 24 jam hadapi Monsun Timur Laut
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Pusat Kawalan Operasi APM digerak 24 jam hadapi Monsun Timur Laut (Google News Malaysia (BM), 19:23)
Read the reporting
2 reports
Pusat Kawalan Operasi APM digerak 24 jam hadapi Monsun Timur Laut
KLUANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) menerusi pengoperasian Pusat Kawalan Operasi (PKO) selama 24 jam.
Ia bagi memastikan penyelarasan tindakan kecemasan dan bantuan bencana dapat dilaksanakan dengan segera.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman, berkata langkah itu turut disokong pemantapan sistem komunikasi dan koordinasi bersama agensi dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana pelbagai peringkat bagi menghadapi risiko banjir, kepala air dan tanah runtuh.
Beliau berkata, komunikasi antara zon termasuk selatan, timur dan tengah akan diperkemas bagi memastikan kerjasama berkesan, sekali gus membolehkan anggota dari zon lain digerakkan untuk membantu kawasan terjejas akibat bencana.
"Dengan adanya komunikasi yang baik antara zon, tambahan pegawai dan anggota akan digerakkan bagi membantu lebih 12,000 anggota yang disiapsiagakan menghadapi MTL 2026/2027.
"Memang kita akan kerahkan pasukan bantuan mengikut zon yang ada dan turut mengadakan kerjasama antara zon bagi melaksanakan latihan serta membantu antara satu sama lain ketika bencana," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Jalinan Strategik APM Bersama Media Zon Selatan 2026 di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) di sini, hari ini.
Ghazali berkata, APM turut memperkukuh tahap kesiapsiagaan melalui peningkatan kecekapan anggota, penyelenggaraan dan penambahan aset serta logistik bagi memastikan kelancaran operasi menyelamat sepanjang MTL.
Sementara itu, beliau menyambut baik pengumuman kenaikan kadar elaun sukarelawan APM menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Ghazali berkata, kenaikan itu membabitkan elaun anggota daripada RM8 kepada RM9, manakala elaun pegawai meningkat daripada RM9.80 kepada RM10.80.
"Walaupun kenaikan ini nampak kecil, namun ia akan memberikan semangat dan galakan kepada petugas untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara," katanya. – BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 5 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)19:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Malay Mail
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.