Malaysian Attention Engine
Live wire
55Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda55Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera48Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut47Aaron-Wooi Yik benam Hoki-Kobayashi46Muslim man nabbed for allegedly participating in non-Islamic ritual45Anak bayar tanggung kos kediaman ibubapa perlu dapat pelepasan cukai44General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line42General : Refugees Who Entered Malaysia After January 2023 Not Eligible For DPP - Saifuddin Nasution42Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan42Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak41Business : Young People Recorded 65.9 Million BNPL Transactions Worth RM5.4 Bln In First Half Of 202639BNM, SC gesa orang ramai berwaspada terhadap video ‘deepfake’ menyamar pegawai kanan
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Reformasi Parlimen isyarat kerajaan berani semak kuasa sendiri

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 08:12 MYTLatest activity 14 Oct, 08:12BMconfidence 60%

What happened

REFORMASI paling bermakna bukanlah memperluas kuasa pemerintah, tetapi memperkukuh institusi untuk menyemak dan membatasi kuasa berkenaan. (Berita Harian, 08:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·4 min read

Reformasi Parlimen isyarat kerajaan berani semak kuasa sendiri

By Datuk Dr Ahmad Husaini Abdul Rahman · 14 Oct, 08:12 MYT

REFORMASI paling bermakna bukanlah memperluas kuasa pemerintah, tetapi memperkukuh institusi untuk menyemak dan membatasi kuasa berkenaan.

Dalam sejarah pembangunan demokrasi, terdapat perubahan bersifat pentadbiran, tetapi lebih penting adalah membawa makna besar kepada struktur serta falsafah pemerintahan.

Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (Akta 869) pada 1 Oktober lalu, antara perkembangan penting dalam perjalanan reformasi institusi Malaysia.

Setelah lebih tiga dekad, Perkhidmatan Parlimen diwujudkan semula secara berasingan daripada Perkhidmatan Awam Persekutuan. Hakikatnya, reformasi ini menyentuh persoalan bagaimana kuasa negara diagihkan, dilaksanakan dan dipertanggungjawabkan kepada rakyat. Antara dimensi paling signifikan ialah kesediaan kerajaan memperkukuh institusi yang mempunyai tanggungjawab menyemak tindakan kerajaan sendiri.

Secara tradisinya, mana-mana kerajaan mempunyai kecenderungan mengekalkan ruang kawalan pentadbiran dan politik bagi memudahkan pelaksanaan dasar serta keputusan eksekutif. Namun, reformasi institusi Parlimen membawa pendekatan berbeza. Kerajaan memilih untuk memperkukuh kapasiti institusi legislatif, meningkatkan profesionalisme perkhidmatannya dan menyediakan ruang lebih berkesan penelitian terhadap dasar, perundangan serta perbelanjaan awam.

Apabila Parlimen mempunyai kapasiti penyelidikan dan sokongan profesional lebih kukuh, Ahli Parlimen berupaya meneliti dasar kerajaan lebih mendalam, mengemukakan persoalan berdasarkan fakta serta menilai keberkesanan penggunaan sumber awam lebih sistematik.

Jawatankuasa Parlimen pula berpotensi memainkan peranan lebih berkesan dalam penelitian dasar, pemantauan pelaksanaan program kerajaan dan pengukuhan akauntabiliti pentadbiran. Ini bermakna tindakan eksekutif akan berhadapan proses semakan lebih teliti dan berasaskan maklumat. Ia tidak seharusnya dilihat sebagai kelemahan kerajaan, tetapi mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap prinsip demokrasi dan keupayaan institusi negara.

Keberanian sebenar dalam reformasi bukan sekadar menuntut perubahan ketika berada di luar kekuasaan, tetapi kesanggupan melaksanakan perubahan membatasi kuasa sendiri apabila diberikan amanah memerintah. Demokrasi berparlimen berkesan memerlukan hubungan institusi seimbang antara badan eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Prinsip pengasingan kuasa tidak bermaksud ketiga-tiga cabang beroperasi terasing sepenuhnya, sebaliknya menuntut pembahagian fungsi dan kewujudan mekanisme semak dan imbang berkesan bagi mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan.

Dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia, hubungan antara eksekutif dengan legislatif rapat kerana kerajaan dibentuk berdasarkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Oleh itu, kekuatan institusi Parlimen tidak boleh bergantung semata-mata kepada perbahasan politik atau proses pengundian dalam Dewan. Parlimen memerlukan keupayaan institusi tersendiri, merangkumi penyelidikan dasar, analisis perundangan, sokongan kepada jawatankuasa, pembangunan kepakaran pegawai serta sistem pentadbiran profesional dan berintegriti.

Melalui reformasi Perkhidmatan Parlimen, asas membangunkan kapasiti sedemikian dapat diperkukuh. Bagaimanapun, pengasingan pentadbiran tidak harus disalahertikan sebagai kebebasan mutlak daripada kerangka Perlembagaan dan undang-undang.

Autonomi fungsi kepada Parlimen

Autonomi institusi perlu seiring dengan akauntabiliti, disiplin kewangan dan tadbir urus yang baik. Perlu difahami, reformasi Perkhidmatan Parlimen tidak bermaksud institusi legislatif bebas sepenuhnya daripada mekanisme kawalan dan pertanggungjawaban negara. Sebaliknya, reformasi ini memperkenal pendekatan pentadbiran memberikan autonomi fungsi kepada Parlimen dalam lingkungan kerangka perundangan berkuat kuasa.

Dalam konteks ini, model pentadbiran hibrid dapat mengimbangi autonomi institusi dengan keperluan penyelarasan dalam sistem pentadbiran negara.

Peruntukan kewangan kerajaan, tatacara pengurusan kewangan serta mekanisme pengauditan kekal menjadi komponen penting dalam memastikan sumber awam diurus secara berhemat dan bertanggungjawab. Pada masa sama, pengurusan sumber manusia dan pembangunan kompetensi warga Parlimen perlu berteraskan merit, profesionalisme, neutraliti dan integriti.

Reformasi berjaya mesti menghasilkan budaya kerja lebih baik, keputusan lebih berkualiti dan penyampaian perkhidmatan lebih berkesan. Antara cabaran utama dalam pembangunan demokrasi ialah kecenderungan mengukur kekuatan negara berdasarkan kewibawaan seseorang pemimpin.

Kestabilan demokrasi tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada keperibadian atau kebijaksanaan ahli politik. Pemimpin datang dan pergi, manakala kerajaan bertukar mengikut mandat rakyat. Namun, institusi negara perlu terus berfungsi secara konsisten, profesional dan berlandaskan Perlembagaan.

Institusi kuat tidak seharusnya bergantung kepada siapa memegang kuasa, tetapi kepada sistem memastikan kuasa sentiasa tertakluk kepada undang-undang dan pertanggungjawaban.

Parlimen bukan sekadar tempat menggubal undang-undang atau medan perbahasan antara kerajaan dengan pembangkang, tetapi ia institusi perwakilan rakyat yang penting dalam memastikan dasar negara, penggunaan kewangan awam dan tindakan kerajaan sentiasa tertakluk kepada penelitian demokratik.

Pengembalian Perkhidmatan Parlimen juga wajar dilihat dalam kerangka reformasi institusi negara lebih luas. Ia bukan titik akhir kepada agenda pembaharuan. Sebaliknya, ia boleh menjadi asas penting dalam membuktikan autonomi institusi mampu dilaksanakan secara teratur tanpa menjejaskan disiplin pentadbiran dan akauntabiliti kewangan.

Kejayaan reformasi ini berpotensi membina keyakinan untuk melaksanakan pembaharuan institusi lebih menyeluruh pada masa hadapan. Bagi warga Parlimen, pengembalian Perkhidmatan Parlimen bukan sekadar perubahan kedudukan pentadbiran, tetapi suatu amanah untuk membuktikan institusi legislatif mampu membangunkan budaya perkhidmatan lebih profesional, berintegriti, neutral dan berprestasi tinggi. Warga Parlimen perlu bersedia meningkatkan kompetensi, memperkukuh penguasaan ilmu, mengamalkan budaya kerja berasaskan prestasi serta menjunjung prinsip ketidakberpihakan dalam melaksanakan tugas. Perkhidmatan Parlimen mesti berupaya memberikan sokongan profesional berkualiti kepada institusi legislatif tanpa dipengaruhi kepentingan politik kepartian.

Reformasi ini tidak seharusnya menjadi alasan mewujudkan birokrasi lebih kompleks atau budaya pentadbiran kurang responsif. Sebaliknya, perubahan struktur mesti disertai transformasi pemikiran, kepimpinan dan budaya organisasi. Lebih besar autonomi diberikan, lebih tinggi standard akauntabiliti perlu dipenuhi. Akhirnya, reformasi institusi Parlimen membawa satu mesej penting mengenai masa depan demokrasi Malaysia.

Keberanian politik tidak seharusnya dinilai semata-mata melalui kemampuan kerajaan mempertahankan kuasanya, tetapi kesediaan membangunkan institusi yang mampu menyemak, mempersoalkan dan mempertanggungjawabkan tindakannya sendiri. Reformasi tulen tidak bertujuan memastikan mana-mana individu atau parti terus berkuasa. Sebaliknya, memastikan kuasa sentiasa mempunyai batas dan setiap pihak diberikan amanah memerintah bersedia untuk dipertanggungjawabkan.

Justeru, pengembalian Perkhidmatan Parlimen selepas lebih tiga dekad bukan sekadar mencatat satu lagi peristiwa dalam sejarah pentadbiran negara. Ia membawa harapan untuk membina Parlimen lebih berwibawa, sistem semak dan imbang lebih berkesan serta demokrasi lebih matang.

Penulis ialah Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia

Semua artikel penulis tamu adalah pendapat peribadi, bukan pendirian rasmi BH

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:0010:0011:00
Latest 11:16 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
14 Oct, 08:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Reformasi Parlimen isyarat kerajaan berani semak kuasa sendiri · Malaysian Attention Engine