Malaysian Attention Engine
Live wire
55Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera52Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut51Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda47Muslim man nabbed for allegedly participating in non-Islamic ritual43General : Refugees Who Entered Malaysia After January 2023 Not Eligible For DPP - Saifuddin Nasution42Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak41Business : Young People Recorded 65.9 Million BNPL Transactions Worth RM5.4 Bln In First Half Of 202640Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes39World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda37Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Aaron-Wooi Yik benam Hoki-Kobayashi37BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Remaja ambil pil penenang akibat buli siber

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 09:00 MYTLatest activity 14 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

KUANTAN – Penceramah motivasi mendedahkan terdapat remaja yang mengambil pil penenang bagi meredakan tekanan emosi selepas menjadi mangsa buli siber.Raja Shamri Raja Husin berkata, perkara tersebut diketahui hasil pengakuan mangsa selain perkongsian doktor, kaunselor serta peserta program motivasi yang pernah dikendalikannya.Beliau yang pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah menengah turut mempunyai pengalaman membantu pelajar berdepan masalah keluarga serta gangguan dalam talian."Berdasarkan pengalaman sendiri, ramai pelajar tampil secara peribadi melua (Sinar Harian, 09:00)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Remaja ambil pil penenang akibat buli siber

By NIK AMIRULMUMIN NIK MIN · 14 Oct, 09:00 MYT

KUANTAN – Penceramah motivasi mendedahkan terdapat remaja yang mengambil pil penenang bagi meredakan tekanan emosi selepas menjadi mangsa buli siber.Raja Shamri Raja Husin berkata, perkara tersebut diketahui hasil pengakuan mangsa selain perkongsian doktor, kaunselor serta peserta program motivasi yang pernah dikendalikannya.Beliau yang pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah menengah turut mempunyai pengalaman membantu pelajar berdepan masalah keluarga serta gangguan dalam talian."Berdasarkan pengalaman sendiri, ramai pelajar tampil secara peribadi meluahkan tekanan emosi yang dihadapi akibat buli siber kebelakangan ini."Keadaan itu menunjukkan betapa serius kesannya apabila mangsa berdepan tekanan berpanjangan sehingga mencari cara untuk mengurangkan keresahan dan beban perasaan," katanya kepada Sinar Harian.Menurut Raja Shamri, perubahan ketara dapat dilihat menerusi program motivasi yang dikendalikannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.Katanya, jika dahulu peserta lebih banyak bertanyakan teknik, tip dan rahsia kejayaan, kini semakin ramai mendekatinya selepas program untuk berkongsi masalah secara peribadi."Kadang-kadang selepas ceramah di sekolah atau institusi pendidikan, ada pelajar datang atau menghubungi saya untuk meluahkan perasaan."Dari situ kita tahu ada yang berdepan tekanan akibat dihina kerana rupa paras, pencapaian akademik, penyebaran gambar mengaibkan, masalah peribadi serta ugutan," katanya.Beliau berkata, perkara yang dianggap remeh oleh pelaku boleh meninggalkan kesan besar apabila kelemahan atau hal peribadi seseorang dijadikan bahan untuk memalukan mangsa."Bagi saya, masalah ini serius apabila ada remaja mengambil pil penenang kerana tekanan emosi berkaitan buli siber."Kita bimbang mereka mengambil tindakan sendiri kerana rata-rata pelajar yang ditemui mengaku tidak pernah bercerita kepada sesiapa termasuk ibu bapa kerana takut dimarahi," ujarnya.Raja Shamri yang juga pengasas Yayasan Raja Shamri dan The 3rd Force berkata, pendekatan terbuka serta mesra membantu remaja berasa lebih selamat untuk berkongsi masalah tanpa takut dihukum atau dipersalahkan.Menurutnya, pengalaman lebih 20 tahun dalam latihan minda positif dan ceramah motivasi menunjukkan isu berkenaan tidak wajar dilihat semata-mata sebagai masalah penggunaan media sosial."Masalah sebenar bukan teknologi, tetapi manusia di belakangnya yang guna teknologi untuk menyakiti orang lain," katanya.Dalam usaha memperkukuh keselamatan digital masyarakat, khususnya golongan remaja dan pelajar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat melaksanakan Kempen Internet Selamat.Kempen tersebut memberi penekanan kepada aspek perlindungan data peribadi, keselamatan akaun dalam talian, pengesanan penipuan siber serta pengendalian isu-isu seperti buli siber.Melalui pelbagai program pendidikan, ceramah, bengkel dan aktiviti kesedaran di institusi pendidikan, kempen itu turut menekankan sikap menghormati hak serta perasaan orang lain ketika berinteraksi dalam talian.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:00
Latest 10:36 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
14 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.