
Residensi siswa mengubah dasar menjadi realiti
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ISU penginapan mahasiswa mungkin kelihatan seperti persoalan kebajikan kampus, tetapi hakikatnya ia berkait rapat dengan akses pendidikan, mobiliti sosial dan keadilan antara kelas. (Berita Harian, 00:04)
Read the reporting
1 report
Residensi siswa mengubah dasar menjadi realiti
ISU penginapan mahasiswa mungkin kelihatan seperti persoalan kebajikan kampus, tetapi hakikatnya ia berkait rapat dengan akses pendidikan, mobiliti sosial dan keadilan antara kelas.
Seorang mahasiswa memperoleh tempat di universiti awam (UA), tetapi terpaksa menanggung sewa tinggi, kos pengangkutan dan ketidakpastian tempat tinggal sebenarnya belum menikmati akses pendidikan benar-benar setara.
Atas sebab itu, keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap masalah penginapan mahasiswa wajar diberikan penghargaan.
Lebih penting, perhatian itu tidak berhenti pada kenyataan simpati, tetapi terus diterjemahkan kepada arahan dasar, pembabitan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan akhirnya pelaksanaan projek dalam tempoh yang pantas.
Masalah ini bukan baharu. Pada 31 Januari lalu, sebuah portal berita melaporkan mahasiswa terpaksa mempertaruhkan RM500 sebagai deposit rumah luar kampus kerana keputusan penempatan kolej kediaman yang lewat.
Pada 22 Ogos lalu, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan dakwaan mahasiswa yang menyifatkan kekurangan kolej kediaman sebagai kritikal khususnya di kawasan bandar seperti Universiti Malaya (UM).
Seorang pelajar memberitahu kos minimum penginapan dan pengangkutan boleh mencecah RM486 sebulan, manakala seorang lagi terpaksa bekerja sambilan empat hingga lima kali seminggu untuk menampung sewa dan kos perjalanan.
Masalah ini mempunyai kesan berantai. Sewa tinggi bukan sekadar mengurangkan wang poket. Ia memaksa mahasiswa bekerja lebih lama, tinggal jauh dari kampus, bergantung kepada e-hailing dan mengorbankan masa pembelajaran.
Pada tahap tertentu, krisis penginapan berubah daripada masalah logistik menjadi isu ketidaksamaan pendidikan.
Jelas, kebajikan pelajar tidak boleh dipisahkan daripada pencapaian akademik. Tempat tinggal stabil, selamat dan berdekatan dengan kampus mempengaruhi masa belajar, penyertaan dalam aktiviti akademik, jaringan sosial dan kesejahteraan psikologi.
Dalam kata lain, residensi siswa bukan kemudahan sampingan. Ia sebahagian daripada infrastruktur pendidikan menentukan sama ada akses ke universiti benar-benar boleh diterjemahkan kepada peluang untuk berjaya.
Menariknya, Perdana Menteri mengakui masalah itu lebih awal. Ketika meluncurkan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 pada 20 Januari lalu, beliau menyebut mahasiswa terus mengeluh kerana penginapan sukar diperoleh dan kediaman di sekitar bandar terlalu mahal.
Pada waktu itu beliau mengarahkan GLIC bekerjasama dengan universiti untuk membangunkan kemudahan penginapan, dengan sasaran awal menyediakan 5,000 tempat tambahan.
Ini menunjukkan projek dilihat hari ini bukan reaksi spontan. Ia berkembang daripada mengenal pasti masalah, arahan dasar dan pembentukan mekanisme pembiayaan lebih kreatif.
Langkah itu dimantapkan dalam Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu. Perdana Menteri mengumumkan Fasa 1 Residensi Mahasiswa UM untuk 10,000 mahasiswa, sementara Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur RM750 juta melalui Projek Vista Kampus bagi membina kediaman siswa di enam universiti terpilih termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Apa yang lebih mengesankan ialah enam hari kemudian, pada 15 Oktober, Perdana Menteri hadir melancarkan Projek Residensi Siswa UM.
Dalam ucapannya, beliau menjelaskan fasa pertama membabitkan 10,000 mahasiswa dengan perancangan keseluruhan sehingga 30,000 pelajar.
Masalah rakyat diberi keutamaan politik
Dalam bidang pentadbiran awam, jurang paling sukar biasa disaksikan bukan antara idea yang baik dengan idea buruk, tetapi antara pengumuman dengan pelaksanaan.
Perdana Menteri mahu semua agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), memberikan keutamaan dan mempercepatkan proses kelulusan.
Pendekatan ini turut memperkenalkan falsafah penting terhadap GLIC. Perdana Menteri menegaskan syarikat milik kerajaan tidak seharusnya dinilai melalui keuntungan semata-mata tetapi perlu berjalan bersama tanggungjawab sosial.
Dari sudut dasar awam, pendekatan ini munasabah. Apabila penawaran kolej kediaman tidak mencukupi, mahasiswa terpaksa memasuki pasaran sewa bandar dengan kuasa beli jauh lebih rendah.
Penggunaan tanah universiti bersama modal institusi seperti GLIC membolehkan negara menambah penawaran penginapan tanpa meletakkan keseluruhan beban kepada perbelanjaan kerajaan.
Pada masa sama, Perdana Menteri juga tidak mahu projek ini sekadar menjadi deretan blok konkrit. Beliau turut menekankan soal seni bina, budaya, persekitaran, kemudahan makan, rekreasi dan nilai manusiawi.
Satu lagi perkara harus dipuji ialah penekanannya terhadap ketelusan. Kos projek, kontraktor dan tempoh pelaksanaan mahu didedahkan supaya mahasiswa serta rakyat boleh menilai sendiri.
Keprihatinan kepada mahasiswa akhirnya mesti diukur melalui hasil. Jika 10,000 tempat baharu dapat disediakan dengan cepat, berkualiti, mampu bayar dan bebas ketirisan, model UM sewajarnya diperluaskan.
Apa yang berlaku antara 9 hingga 15 Oktober ini memberi satu mesej penting, iaitu kerajaan boleh bergerak pantas apabila masalah rakyat diberikan keutamaan politik.
Dalam isu perumahan mahasiswa ini, Perdana Menteri bukan sahaja mendengar keluhan. Beliau mengenal pasti masalah, menggerakkan institusi negara, mengumumkan penyelesaian dan terus menuntut pelaksanaannya dalam kadar yang segera.
Ia bukan sekadar menghasilkan dasar indah di atas kertas, tetapi menjadikannya terasa dalam kehidupan sebenar anak-anak muda.
Penulis ialah Penolong Naib Canselor, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA (UiTM)
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian00:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.