Malaysian Attention Engine
Live wire
56General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November54Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare48'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M46Cedera digigit kucing peliharaan dilindungi skim LINDUNG 24 Jam46Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City45Business : Malaysia Must Plan Data Centre Growth To Attract Quality Investments - Anwar45Scammer impersonates Raja Muda’s bodyguard to dupe public over luxury car, land deals: Selangor Palace45DBKL senarai hitam warga tempatan beri lesen perniagaan kepada warga asing - Hannah41Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Rezeki di sebalik langkah pendaki

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 11:33 MYTLatest activity 19 Oct, 11:33BMconfidence 60%

What happened

PERJALANAN menawan puncak gunung bukan sekadar menguji ketahanan fizikal dan mental, sebaliknya turut membuka ruang mengenali kehidupan masyarakat sekitarnya. (Berita Harian, 11:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·6 min read

Rezeki di sebalik langkah pendaki

By Nazura Ngah · 19 Oct, 11:33 MYT

PERJALANAN menawan puncak gunung bukan sekadar menguji ketahanan fizikal dan mental, sebaliknya turut membuka ruang mengenali kehidupan masyarakat sekitarnya.

Di sebalik laluan mencabar dan panorama memukau, terselit kisah penduduk yang menjadikan kehadiran pendaki antara sumber rezeki.

Gambaran itu dapat dilihat ketika menjejaki Gunung Merbabu dan Gunung Prau di Jawa Tengah, Indonesia. Dua destinasi yang bukan sahaja memikat pendaki dengan keindahan alamnya, tetapi turut memperlihatkan sisi kehidupan masyarakat di kaki gunung.

Hermawan antara sosok yang menjadikan kesibukan pendaki mengejar puncak sebagai sebahagian mata pencarian. Berpengalaman sebagai penunjuk arah sejak 2018, rutin bapa kepada seorang anak berusia lapan tahun itu bergerak mengikut rentak pelancongan.

Lelaki berusia 32 tahun itu antara komuniti yang memanfaatkan dunia pendakian, 'pejuang rupiah' yang sentiasa bersedia menawarkan perkhidmatan kepada kelompok pendaki.

Begitu juga penunggang ojek (motosikal gunung), mereka turut menawarkan perkhidmatan membawa pendaki lelah untuk tiba di satu-satu 'check point' dengan bayaran sangat minimum.

Bagi operasi ojek, penyelaras memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan lebih terancang dan tersusun, sekali gus menjaga keselamatan penunggang serta pelancong.

Bayaran dikenakan tidak mahal berbanding risiko dengan laluan sempit, berliku, tanjakan dan pastinya 'mengerikan' apabila perlu melewati lereng gunung.

Ojek main peranan penting

Misalnya dari 'basecamp' atau kem pangkalan (inap desa yang menempatkan pendaki sebelum misi bermula) ke pintu rimba Gunung Merbabu, hanya 10,000 rupiah bersamaan RM2.30 bagi perjalanan sekitar tiga minit dan perkhidmatan ini tersedia dari jam 8 pagi hingga 7 malam.

Berbeza di Gunung Prau yang menyediakan perkhidmatan ojek 24 jam sehari. Kadar bayaran juga berbeza kerana jaraknya sedikit jauh, yakni antara 25,000 hingga 40,000 rupiah (antara RM5.70 hingga RM9.15) bagi perjalanan dari basecamp ke pos ojek atau ke pos dua.

Menurut Hermawan perkhidmatan ojek mula rancak sejak tujuh tahun kebelakangan ini dan pendapatan bulanan penunggang ojek mampu mencecah hingga tujuh juta rupiah (RM1,600) ketika musim kunjungan ramai.

April hingga September antara tempoh paling sibuk buat mereka. Ketika itulah deruman enjin motosikal seolah-olah menjadi sebahagian daripada suasana di kaki gunung. Jika Yamaha dan Honda menjadi pilihan penunggang ojek di Gunung Merbabu, bunyi enjin Honda Vario pula kerap memecah kesunyian awal pagi di Gunung Prau.

Secara keseluruhannya, kira-kira 20 peratus daripada jumlah pengunjung ke dua gunung itu membabitkan pelancong antarabangsa dengan majoritinya dari Malaysia.

Sesekali ia turut menarik minat pelancong dari Singapura, Brunei, Sepanyol dan Australia, sekali gus mencerminkan daya tarikan destinasi berkenaan dalam kalangan pengunjung dari pelbagai negara.

Apabila gunung kembali lengang, sebahagian penunjuk arah, porter mahupun penunggang ojek beralih kepada kegiatan pertanian dengan mengusahakan tanaman antaranya kentang, bawang dan kubis, malah tembakau.

Prau, mengejar pagi dalam kesejukan Dieng

Penulis dan 11 rakan pendaki berpeluang menelusuri laluan pendakian Gunung Merbabu melalui Suwanting, di Kecamatan Sawangan/Banyuroto, Kabupaten Magelang, awal Oktober yang diuruskan MORU (Malaysian Outdoor Recreation United), selaku penganjur pendakian.

Keterujaan memulakan pengembaraan itu sedikit terganggu apabila beberapa hari sebelum berlepas ke Yogyakarta, muncul perkongsian dalam kumpulan WhatsApp mengenai aktiviti letusan Gunung Merapi. Berita itu sempat mencetuskan kebimbangan, apatah lagi kedua-dua gunung terletak dalam wilayah yang sama.

Mujur, laluan pendakian Gunung Merbabu yang dirancang tidak berada dalam zon larangan Gunung Merapi sedikit sebanyak meredakan kegusaran kami.

"Kalau masih ada letusan kuat pada 1 Oktober (hari penerbangan pergi), bimbang lapangan terbang Jogjakarta (Yogyakarta) tutup... semua akan 'delay'," kata Khairil Zaibuddin yang juga pengasas MORU.

Kebimbangan itu bukanlah tanpa asas. Pada 26 September, tepat jam 8.34 malam waktu tempatan, Gunung Merapi dilaporkan mengeluarkan aliran piroklastik yang meluncur sejauh kira-kira 2,000 meter ke arah selatan gunung, menuju ke kawasan hulu Sungai Kali Boyong di Sleman.

Kejadian itu merekodkan amplitud 48.66 milimeter selama 129.64 saat, tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Dengan maklumat berkenaan dan perancangan yang sudah dibuat, perancangan kami diteruskan mengikut jadual.

Pengembaraan pada hari kedua di tanah Jawa bermula dengan pergerakan dari Pesona Ketep di Magelang pada jam 8.30 pagi sebelum tiba di basecamp Kang Ichsanudin 20 minit kemudian. Dari situ, perjalanan diteruskan ke pintu rimba Gunung Merbabu sekitar jam 9.50 pagi sebelum pendakian bermula.

Perjalanan dari pintu rimba ke Pos 1 mengambil masa kira-kira sejam, diikuti sejam lagi menuju Pos 2 sebelum perjalanan diteruskan ke tapak perkhemahan dan tiba sekitar 3.15 petang. Laluan yang panjang itu menuntut pengurusan tenaga dan masa, selain rehat secukupnya sebelum meneruskan pendakian ke puncak.

Seawal jam 3.45 pagi, kami kembali mengatur langkah meneruskan perjalanan ke puncak. Dalam suasana dingin dan gelap, perjalanan terasa lebih mencabar.

Selepas kira-kira dua jam mendaki, penulis akhirnya tiba di puncak ketika cahaya matahari mula terik menyinari landskap pergunungan.

Pemandangan dari atas seolah-olah menjadi ganjaran kepada segala penat lelah sepanjang perjalanan. Saat itu, setiap langkah yang terasa berat sebelumnya amat berbaloi apabila dapat menikmati keindahan alam dari ketinggian 3,142 dari aras laut.

Tidak lama di puncak, kami kembali ke tapak perkhemahan sebelum memulakan perjalanan turun pada jam 10.45 pagi. Kami tiba di basecamp sekitar jam 1.30 tengah hari.

Pendakian semakin menarik

Namun, pengembaraan belum berakhir. Selepas menamatkan misi di Gunung Merbabu, kami perlu meneruskan perjalanan kira-kira tiga jam ke kaki Gunung Prau.

Perjalanan ke Gunung Prau membawa suasana berbeza. Kami tiba di basecamp di Dataran Tinggi Dieng ketika waktu hampir tengah malam. Dengan masa rehat terhad, kami mengambil kesempatan melepaskan lelah sebelum kembali bersiap untuk pendakian seterusnya.

Jam menunjukkan 3.30 pagi ketika kami memulakan perjalanan menyelusuri jalur pendakian Patak Banteng. Dalam suasana dinihari yang dingin, langkah diatur termasuk menapak ratusan anak tangga pada permulaan menuju ke kawasan lebih tinggi. Kira-kira dua jam kemudian, kami tiba di Pos 3.

Sarapan ringkas berupa kopi O, buah mata kucing dan roti menjadi pengalas perut sebelum perjalanan diteruskan ke puncak.

Walaupun jadual agak padat selepas pendakian di Gunung Merbabu, pengalaman menyusuri laluan Gunung Prau yang memperlihatkan Gunung Sindoro, Sumbing, Merbabu dan Merapi di puncak tetap memberikan kepuasan tersendiri.

Menariknya di puncak Gunung Prau, terdapat sebuah batu tanda yang menunjukkan sempadan lima kabupaten di Jawa Tengah iaitu Wonosobo, Temanggung, Kendal, Batang dan Banjarnegara.

Pendakian kali ini sekali lagi mengingatkan kami bahawa menawan gunung bukan hanya soal kekuatan fizikal, tetapi turut memerlukan disiplin, pengurusan masa dan perancangan yang teliti.

Selesai menikmati pengalaman di puncak pada ketinggian 2,590 meter dari aras laut, kami meneruskan perjalanan turun dan tiba di basecamp sekitar jam 8.30 pagi.

Meneruskan pengembaraan ke Gunung Cilik di Wonosobo, kami disambut pula dengan suasana yang lebih santai selepas beberapa hari menempuh laluan panjang, meredah kedinginan awal pagi dan memburu panorama matahari terbit.

Berbeza daripada Gunung Merbabu dan Gunung Prau, gunung yang lebih rendah ini boleh didaki dalam tempoh kurang 15 minit, namun panorama yang terbentang tetap mempesona. Kawasan sekitarnya turut menawarkan suasana 'glamping' untuk pengunjung berehat sambil menikmati kehijauan pergunungan.

Jika Gunung Merbabu dan Gunung Prau menguji ketahanan kaki serta semangat pendaki, Gunung Cilik pula melengkapkan perjalanan dengan pengalaman yang lebih santai, seolah-olah memberi ruang untuk kami memperlahankan langkah selepas beberapa hari mengejar puncak.

Tanpa perlu menempuh pendakian panjang, pengunjung boleh menghirup udara segar, merakam keindahan alam dan melepaskan lelah sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Jika Gunung Merbabu dan Gunung Prau memperkenalkan sisi kehidupan masyarakat yang mencari rezeki di sebalik industri pendakian, Gunung Cilik pula menjadi penutup manis kepada perjalanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:00
Latest 12:10 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 11:33 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Rezeki di sebalik langkah pendaki
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.