
Richardson digugurkan daripada skuad Britain
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Richardson digugurkan daripada skuad Britain
Shanghai: Pelumba trek Britain, Matthew Richardson, digugurkan daripada skuad negara itu bagi menghadapi Kejohanan Dunia Berbasikal Trek di Shanghai, China, minggu ini, menurut British Cycling, semalam.
Richardson, pemenang pingat Olimpik yang bertukar kesetiaan daripada Australia kepada Britain selepas Sukan Olimpik Paris 2024, sebelum ini disenaraikan dalam skuad bagi kejohanan yang berlangsung dari 14 hingga 18 Oktober ini.
"British Cycling mengesahkan Matt Richardson digugurkan daripada skuad Pasukan Berbasikal Great Britain bagi menghadapi Kejohanan Dunia Berbasikal Trek Tissot UCI 2026 di Shanghai, China," kata jurucakap badan induk itu dalam kenyataan kepada Reuters.
Bagaimanapun, British Cycling tidak memberikan alasan berhubung pengguguran Richardson daripada skuad berkenaan.
Akhbar The Times melaporkan Richardson digugurkan ketika siasatan dijalankan berhubung dakwaan "hantaran dan tingkah laku berunsur diskriminasi".
Reuters tidak dapat mengesahkan dakwaan itu secara bebas dan sudah menghubungi agensi pengurusan Richardson, Rocket Sports, bagi mendapatkan ulasan daripada pelumba berkenaan.
Richardson sebelum ini mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan ketika acara keirin Siri Dunia di Jepun, sekali gus menyebabkannya terlepas peluang membuat penampilan sulung yang dinanti-nantikan bersama England pada Sukan Komanwel di Glasgow, Julai lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.