Malaysian Attention Engine
Live wire
44World : Trump Says Russia To Supply Diesel Fuel To American, Global Markets42Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM38Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’35'Pemilik serah tanah kepada warga asing'34Coventry crush Newcastle to climb out of relegation zone33Man United, Tottenham terdesak menang32Football: Soccer-UK PM Burnham to release details of dealings with Manchester City31Perkukuh strategi kurangkan risiko kebergantungan E&E31Sport : Arctic Open: Aaron-Roy King Reach Final, Zii Jia Bows Out31Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi31Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia
NewConfirmedupdated 57 min ago

Ronaldo’s Al Nassr match delayed after missile threat near Riyadh

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
29
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 06:04 MYTLatest activity 13 Oct, 06:35ENBMconfidence 57%

What happened

Cristiano Ronaldo (right) celebrates after scoring Al-Nassr’s second goal against Neftchi Fergana in their Asian Champions League match at Al-Awwal Park in Riyadh. (AFP pic) RIYADH: Cristiano Ronaldo’s Al Nassr saw their Asian Champions League match against Neftchi Fergana delayed by an hour on Monday after the Saudi-led military coalition said it had intercepted a missile fired by the Houthis towards Riyadh. (Free Malaysia Today, 06:04)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Ronaldo bantu Al-Nassr cipta kemenangan dalam aksi tertangguh

By REUTERS · 13 Oct, 06:35 MYT

RIYADH: Cristiano Ronaldo meneruskan sentuhan berbisa apabila membantu Al-Nassr menewaskan wakil Uzbekistan, Neftchi, 3-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), meskipun perlawanan tertangguh kira-kira sejam akibat amaran keselamatan, awal pagi tadi.

Sepak mula di Riyadh terpaksa ditangguhkan selepas pihak Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan amaran keselamatan 15 minit sebelum perlawanan dijadualkan bermula.

Situasi itu berlaku ketika Arab Saudi berdepan ancaman peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan Houthi berpangkalan di Yaman sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Bagaimanapun, gangguan berkenaan tidak menjejaskan rentak Al-Nassr apabila Angelo membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi rembatan yang terkena pemain lawan sebelum bola menerjah gawang.

Ronaldo kemudian menggandakan kelebihan pasukannya sembilan minit selepas itu menerusi penyudah menarik.

Penyerang Portugal berusia 41 tahun itu menyudahkan gerakan yang dimulakan Sadio Mane menerusi hantaran lambung dari sebelah kiri, sebelum Aiman Yahya melorongkan bola ke arahnya menggunakan dada.

Ronaldo kemudian melepaskan rembatan yang menerjah penjuru bawah gawang untuk meletakkan Al-Nassr selesa di hadapan.

Neftchi merapatkan jurang menerusi Alisher Odilov enam minit selepas memasuki babak kedua, namun peluang pasukan dari Uzbekistan itu untuk bangkit semakin sukar selepas Ikromjon Alibaev dilayangkan kad merah pada minit ke-65 akibat mengasari Mohamed Simakan.

Al-Nassr kemudian mengesahkan kemenangan apabila Anvarjon Gofurov menerjah gawang sendiri pada minit ke-78.

Sementara itu, juara bertahan, Al-Ahli, meraih kemenangan pertama dalam kempen baharu selepas menewaskan wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Wasl, 3-1.

Roger Ibanez meletakkan Al-Ahli di hadapan menerusi tandukan pada minit ke-20, namun Pedro Malheiro menyamakan kedudukan pada minit ketiga masa kecederaan babak pertama.

Al-Ahli kembali menguasai permainan menerusi jaringan Trincao pada minit ke-58 sebelum Feras Al-Brikan melengkapkan kemenangan dengan gol pada minit ke-91.

Trincao berkata pasukannya berjaya meningkatkan prestasi pada babak kedua selepas mencipta beberapa peluang dalam separuh masa pertama.

"Kami turut mencipta peluang pada babak pertama, tetapi berjaya menjaringkan gol pada babak kedua dan saya fikir itulah perbezaannya.

"Dari segi fizikal, kami sedikit lebih baik dan itu menjadi kunci untuk mengubah permainan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow07:00
Latest 07:26 MYT
29New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Berita Harian) source
  3. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
13 Oct, 06:04 MYT
Origin confidence 90% · 30 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    06:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.