Malaysian Attention Engine
Live wire
58Jerebu: Syarikat terlibat ‘slash and burn’ perlu dikenakan tindakan – Syed Saddiq50Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok48Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie45Pelajar MRSM ikuti latihan di Media Prima45Haze: Negri schools, educational institutions to close tomorrow44Syed Saddiq urges Asean pressure, financial squeeze on firms linked to haze44MRSM Bintang Media adalah 'game changer' bantu tingkatkan kualiti pelajar - Dr Asyraf Wajdi43Alam Flora Worker Harassed In Viral Video Holds Valid Passport, Work Permit43Penerbangan Senai-Jeddah dibatalkan, keluarga reda42Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS42Jangan terima tawaran bawa barang ke luar negara, elak dijerat sindiket - Mohd Shuhaily41Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

SAFM minta pelepasan cukai kos pemandulan, vaksinasi haiwan jalanan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 15:09 MYTLatest activity 13 Oct, 15:09BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) meminta pelepasan cukai kos pengambilan haiwan angkat dari pusat perlindungan haiwan berdaftar diperluas kepada bayaran pemandulan dan vaksinasi haiwan jalanan. (Berita Harian, 15:09)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

SAFM minta pelepasan cukai kos pemandulan, vaksinasi haiwan jalanan

By Saadiah Ismail · 13 Oct, 15:09 MYT

KUALA LUMPUR: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) meminta pelepasan cukai kos pengambilan haiwan angkat dari pusat perlindungan haiwan berdaftar diperluas kepada bayaran pemandulan dan vaksinasi haiwan jalanan.

Presiden, Kalaivanan Ravichandran, berkata ini kerana usaha mengawal populasi haiwan jalanan menerusi pemandulan, vaksinasi dan rawatan secara terancang kini menjadi keperluan amat mendesak.

Beliau berkata, bagaimanapun pelepasan cukai diumumkan dalam Belanjawan 2027 itu tidak termasuk program pemandulan dan vaksinasi.

Katanya, pelepasan cukai itu hanya dapat membantu pembayar cukai yang layak untuk mengambil dan menjaga haiwan peliharaan, namun bukan untuk mengawal haiwan terbiar ini.

"Tekanan awam berhubung isu ini berada pada tahap amat tinggi dengan data Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menunjukkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menerima kira-kira 37,500 aduan berkaitan anjing terbiar pada 2024 dan 44,231 pada 2025, peningkatan hampir 18 peratus.

"Jumlah tangkapan turut meningkat daripada 66,264 kepada 77,573 bagi tempoh sama.

"Walaupun menangkap atau menyelamatkan haiwan ini diperlukan, tetapi ia tidak akan pernah mencukupi sekiranya pembiakan tanpa kawalan dan pembuangan haiwan terus berlarutan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, SAFM menghargai usaha kerajaan untuk pelepasan cukai bagi pemandulan dan suntikan vaksin haiwan peliharaan di bawah Belanjawan 2027 sebagai langkah pencegahan serta pemilikan haiwan yang bertanggungjawab.

Beliau berkata, SAFM turut memohon garis panduan kelayakan yang jelas bagi pusat perlindungan berdaftar dan penyedia perkhidmatan veterinar, termasuk bagaimana urusan pengambilan haiwan angkat yang sah menerusi kendalian organisasi bukan kerajaan (NGO) boleh layak mendapat insentif itu.

"Kami amat menghargai langkah bermakna ini dan berharap ia menjadi permulaan kepada tindakan kebangsaan lebih luas.

"Kejayaan tidak sepatutnya dinilai hanya daripada berapa banyak haiwan ditangkap atau diselamatkan hari ini, tetapi berapa banyak kelahiran haiwan tidak diingini dapat dicerminkan di jalanan kita pada hari akan datang," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:00
Latest 17:06 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 15:09 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:09

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

SAFM minta pelepasan cukai kos pemandulan, vaksinasi haiwan jalanan · Malaysian Attention Engine