
'Saya bukan 'susu', tiada tarikh luput jadi pengacara' - Pak Nil
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Saya bukan 'susu', tiada tarikh luput jadi pengacara' - Pak Nil (Harian Metro, 17:19)
Read the reporting
1 report
'Saya bukan 'susu', tiada tarikh luput jadi pengacara' - Pak Nil
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi, 64, tidak meletakkan harapan untuk menang apabila tercalon dalam senarai Top 5 kategori Penyampai Radio Lelaki Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2026.
Dalam kategori itu, Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil bersaing dengan barisan calon iaitu Tyzo Xander (Ikim FM), Suffian Amrin (Ikim FM), Mohd Azlan Omar (Radio Klasik) dan Sharaad Kuttan (BFM).
Aznil yang juga penyampai radio Kool FM menerusi segmen Pagi On Point : Duit Belanja RM50 berkata, dia juga tidak akan berasa ralat jika tidak memenangi kategori berkenaan.
"Sebenarnya, saya pun tak tahu kenapa tercalon dalam kategori itu sebab itu kalau tak menang pun, saya tak ralat sebab seharusnya dikalahkan.
"Apa gunanya saya ada ramai anak didik yang menjadi pengacara dan penyampai, tapi tidak mahu mengatasi rekod saya?
"Sudah pasti, saya mengalu-alukan anak didik saya dalam bidang pengacaraan untuk kalahkan saya dalam mana-mana anugerah berprestij," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya sampai bila dia akan mengacara, kata Aznil, dia menyifatkan dirinya tiada tarikh luput dalam bidang pengacaraan sejak berkecimpung dalam dunia penyiaran lebih empat dekad lalu.
"Saya pernah cakap saya bukan 'susu' sebab saya tak ada tarikh luput. Selagi saya boleh mengajar hos baru dan khidmat saya masih diperlukan di TV dan bidang penyiaran, saya akan terus buat kerja ini.
"Sebab ia adalah kerja yang saya suka. Lagi satu kalau kita buat benda yang kita suka itu adalah 'ubat'.
"Antara rahsia saya kekal sihat ialah terus bekerja dan hati saya sentiasa bersemangat serta otak sentiasa berfikir," katanya.
Sementara itu, selepas 21 tahun, Aznil akan kembali dengan gandingan baharu bersama dengan anak didiknya Sherry Al Hadad sebagai pengacara pada malam kemuncak ASK2026 pada 24 Oktober ini.
Selain Sherry, antara personaliti TV yang menjadi anak didiknya ialah Hefny Sahad, Dahlia Syazwan, Hazeman Huzir dan pembaca berita Luqman Hariz.
Kali terakhir, Aznil tampil sebagai pengacara anugerah berprestij itu ialah ketika berganding bersama Raja Azura pada malam kemuncak ASK2005.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro17:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.