
'Saya ikut naluri'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua bulan suaminya gagal dihubungi susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal, Hani Othman sekali lagi ke negara itu bagi meneruskan usaha mencari Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa atau lebih dikenali sebagai Loe. (Berita Harian, 23:02)
Read the reporting
1 report
'Saya ikut naluri'
KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua bulan suaminya gagal dihubungi susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal, Hani Othman sekali lagi ke negara itu bagi meneruskan usaha mencari Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa atau lebih dikenali sebagai Loe.
Hani sebelum ini berangkat ke Kathmandu pada 28 Ogos lalu, dua hari selepas suaminya dilaporkan hilang, atas inisiatif sendiri bagi mendapatkan perkembangan secara langsung mengenai operasi pencarian.
Kini, Hani kembali ke Nepal dengan merancang melakukan pencarian di sekitar Trishuli, Dhunche dan Syabrubesi menggunakan kereta.
Katanya, beliau melakukan pencarian bersama seorang lagi waris mangsa, namun mereka bergerak secara berasingan di kawasan berbeza.
"Saya di Nepal sekarang. Saya bersama seorang waris mangsa keturunan India, tetapi kami berpecah. Dia buat carian di sekitar Timure (daerah Rasuwa) menaiki helikopter.
"Kami (dapat) bantuan dari sahabat di Nepal. Kami juga berhubung dengan pihak polis di sana," katanya kepada BH, hari ini.
Ditanya sebab kembali ke Nepal, Hani berkata, beliau sendiri tidak pasti apa yang mendorongnya untuk berbuat demikian, sebaliknya hanya mengikut naluri.
Beliau juga belum dapat memastikan tempoh berada di Nepal bagi meneruskan usaha pencarian itu.
"Saya cuma ikut naluri dan tak pasti akan berada di sini (Nepal) berapa lama," katanya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen di Facebook, Hani menjelaskan beliau bukan ke Nepal untuk melakukan aktiviti pendakian, sebaliknya bagi meneruskan usaha pencarian berdasarkan maklumat yang dikumpulkan waris mangsa.
Beliau berkata, sebelum berangkat ke Nepal, beliau dan waris lain sudah membuat kajian berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, selain mengambil kira pengalaman serta kenalannya di negara itu.
"Saya bukan pergi mendaki. Ini kereta yang saya guna. Sebelum datang ke sini, saya dan waris lain sudah membuat kajian berdasarkan segala maklumat yang dikumpulkan.
"Saya datang ke sini mewakili mereka yang lain kerana saya mempunyai pengalaman tambahan dan kenalan di Nepal," katanya.
Sebelum ini, Hani dilaporkan berlepas ke Kathmandu atas inisiatif sendiri bagi mendapatkan perkembangan secara langsung mengenai operasi mencari suaminya dan anggota kumpulan berkenaan yang masih gagal dihubungi.
Sepanjang berada di sana sebelum ini, Hani aktif berkongsi perkembangan usaha mengesan suaminya dan rakyat Malaysia lain, termasuk mengunjungi hospital bagi proses pengecaman mayat.
Mohd Fakhrul Munir dilaporkan hilang selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kumpulannya ketika menyertai ekspedisi pendakian ke Everest Base Camp (EBC) melalui laluan Tibet, dipercayai terjejas akibat banjir dan tanah runtuh ketika berada di lembah Rasuwa.
Sebelum dilaporkan hilang, Mohd Fakhrul Munir menerusi hantaran di media sosial pada 2 Ogos lalu berkongsi pandangan peribadinya mengenai risiko pendakian gunung ekstrem serta impak tragedi di Broad Peak yang dikaitkan dengan insiden taufan di Gunung Everest pada 1996.
Seramai 54 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan bencana yang berlaku pada 26 Ogos lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian23:02
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
