Malaysian Attention Engine
Live wire
51'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS44Pemilik rumah sewa jadi mangsa pelombongan Bitcoin berdepan tuntutan TNB ratusan ribu ringgit36Cubaan keluar Malaysia ikut laluan tikus gagal, 10 PATI ditahan ketika berehat di hotel36General : Watsons Malaysia's 888th Branch Enters MBOR As Largest Health And Beauty Retail Store35Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun35Over 1,800kg of invasive fish hauled from Ampang Hilir Lake Park35General : Hajiji Urges Sabah Districts to Develop Unique Tourism Products35Keluarga 3 rakyat Malaysia mangsa banjir Nepal terima bantuan 'one off' RM6,50034Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau34Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram34TDM semak semula SOP susulan kes anggota ditahan bersama pistol, peluru34‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

‘Saya warga Jepun, tren Malaysia menarik, tingkap retak bukan masalah besar’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 16:22 MYTLatest activity 17 Oct, 16:22BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Keadaan tingkap sebuah tren yang kelihatan retak mencuri perhatian seorang warga Jepun sehingga perkongsiannya di media sosial meraih perhatian rakyat Malaysia. (Kosmo!, 16:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

‘Saya warga Jepun, tren Malaysia menarik, tingkap retak bukan masalah besar’

By KOSMO! · 17 Oct, 16:22 MYT

PETALING JAYA – Keadaan tingkap sebuah tren yang kelihatan retak mencuri perhatian seorang warga Jepun sehingga perkongsiannya di media sosial meraih perhatian rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @thaifood_yum, dia meluahkan rasa hairan selepas melihat keadaan tingkap tren berkenaan ketika menggunakan perkhidmatan kereta api di Malaysia.

“Sebagai orang Jepun, kereta api Malaysia sangat menarik. Saya belajar bahawa tingkap retak bukanlah satu masalah besar,” tulisnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, tingkap pada salah sebuah gerabak yang kelihatan mempunyai kesan retakan yang ketara.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan sebahagian mereka mendakwa kerosakan sedemikian dipercayai berpunca daripada perbuatan individu tidak bertanggungjawab membaling batu ke arah tren.

Pengguna @nexus_carspots mendakwa terdapat individu yang membaling batu ketika kereta api sedang melalui sesuatu kawasan.

“Individu tidak bertanggungjawab membaling batu ketika kereta api sedang lalu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @sponge.duck mendakwa tingkap berkenaan masih selamat kerana menggunakan beberapa lapisan kaca.

“Ia selamat, terdapat tiga lapisan kaca. Ada kanak-kanak di sesetengah kawasan luar bandar yang suka bermain dan membaling batu ke arah tingkap,” dakwanya.

Sementara itu, @emyyy25 mendakwa tingkap yang diganti baharu juga berdepan risiko mengalami kerosakan sama sekiranya perbuatan membaling batu terus berlaku.

“Mereka tukar kepada tingkap baharu, kemudian ada kanak-kanak membaling batu. Mereka tukar sekali lagi, kemudian batu dibaling lagi dan lagi,” katanya.

Ada juga pengguna tren berseloroh, tingkap pecah tidak mendatangkan masalah kepada mereka asalkan selamat tiba ke destinasi.

“Ya, kami tidak begitu kisah selagi kami dapat sampai ke destinasi dengan selamat,” @fatimahakhir96.

“Saya sudah melihat keadaan seperti ini sejak 2018. Mungkin mereka sudah penat membaiki kerosakan yang berlaku sama ada secara tidak sengaja atau disengajakan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya warga Jepun, tren Malaysia menarik, tingkap retak bukan masalah besar’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow17:0018:0019:00
Latest 19:17 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
17 Oct, 16:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    16:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

‘Saya warga Jepun, tren Malaysia menarik, tingkap retak bukan masalah besar’ · Malaysian Attention Engine