
Sayur terbantut musim jerebu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Pengusaha tanaman sayuran di negara ini bimbang situasi jerebu yang berlarutan lebih dua bulan boleh menjejaskan pertumbuhan serta produktiviti hasil pertanian seperti sayur-sayuran. (Kosmo!, 08:55)
Read the reporting
1 report
Sayur terbantut musim jerebu
PETALING JAYA – Pengusaha tanaman sayuran di negara ini bimbang situasi jerebu yang berlarutan lebih dua bulan boleh menjejaskan pertumbuhan serta produktiviti hasil pertanian seperti sayur-sayuran.
Presiden Persatuan Penanam Sayur Malaysia, Lim Ser Kwee berkata, tanaman sayuran dihasilkan petani berisiko mengalami pertumbuhan terbantut jika cahaya matahari diterima tidak mencukupi untuk tempoh yang panjang.
SER KWEE
Menurutnya, ini seterusnya akan menjejaskan saiz, perkembangan daun dan hasil pengeluaran, namun kerosakan sebenar perlu dinilai berdasarkan keadaan di kawasan penanaman masing-masing.
“Jika pertumbuhan tanaman menjadi perlahan atau hasil pengeluaran menurun, tempoh penanaman mungkin menjadi lebih panjang dan meningkatkan kos operasi petani.
“Sekiranya kualiti hasil turut terjejas, pendapatan petani juga berisiko menurun, sedangkan kos baja, tenaga kerja, air dan pengangkutan masih perlu ditanggung,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Beliau turut bimbang terhadap kesegaran dan kualiti tanaman sekiranya pencemaran udara bertambah buruk, selain khuatir dengan tempoh jerebu berlarutan lebih lama.
“Jerebu mengurangkan jumlah cahaya matahari yang sampai kepada tanaman dan kemudian, mengurangkan proses fotosintesis tumbuhan tersebut.
“Ini boleh menyebabkan pertumbuhan menjadi lebih perlahan terutamanya bagi tanaman yang memerlukan cahaya matahari mencukupi.
“Selain itu, sesetengah tanaman mungkin mengalami pertumbuhan kurang baik dan kualiti hasil juga menurun. Bagaimanapun, kita tidak boleh kata semua sayur terjejas dengan tahap sama,” katanya.
Ujarnya, pengusaha dan petani perlu memantau keadaan tanaman dengan memastikan pengairan mencukupi, melakukan pemeriksaan daun serta pertumbuhan tanaman secara berkala.
Mengulas lanjut, Ser Kwee meminta pihak berkuasa untuk terus memantau tahap pencemaran udara dan memberikan nasihat dan panduan sesuai kepada petani sekiranya keadaan jerebu berlarutan.
“Bagi pihak persatuan, kami berharap isu jerebu ini diberi perhatian kerana sektor sayur-sayuran merupakan sebahagian penting daripada bekalan makanan negara.
“Jika keadaan ini berpanjangan, ia boleh menambah tekanan kepada petani tempatan yang berdepan dengan kos pengeluaran tinggi,” katanya. -KOSMO! ONLINE
The post Sayur terbantut musim jerebu appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!08:55
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.