Malaysian Attention Engine
Live wire
51'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS44Pemilik rumah sewa jadi mangsa pelombongan Bitcoin berdepan tuntutan TNB ratusan ribu ringgit36Cubaan keluar Malaysia ikut laluan tikus gagal, 10 PATI ditahan ketika berehat di hotel36General : Watsons Malaysia's 888th Branch Enters MBOR As Largest Health And Beauty Retail Store35Pang Ron-Pei Jing kejutkan gandingan Jepun35Over 1,800kg of invasive fish hauled from Ampang Hilir Lake Park35General : Hajiji Urges Sabah Districts to Develop Unique Tourism Products35Keluarga 3 rakyat Malaysia mangsa banjir Nepal terima bantuan 'one off' RM6,50034Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau34Mimpi ngeri pemilik rumah, penyewa guna kediaman lombong Bitcoin secara haram34TDM semak semula SOP susulan kes anggota ditahan bersama pistol, peluru34‘Walaupun banyak pangkalan haram digempur, masih ada laluan baharu’
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Season Optical catat sejarah dapat pengiktirafan ASEAN Records, Asia Records

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 15:40 MYTLatest activity 17 Oct, 15:40BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Syarikat peruncitan optik dari Johor, Season Optical mencatat sejarah apabila berjaya menjual sebanyak 1,111 cermin mata dalam tempoh tiga hari dan menerima pengiktirafan daripada ASEAN Records dan ASIA Records. (Berita Harian, 15:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Season Optical catat sejarah dapat pengiktirafan ASEAN Records, Asia Records

By Tuty Haryanti Ahmad Rodzi · 17 Oct, 15:40 MYT

KUALA LUMPUR: Syarikat peruncitan optik dari Johor, Season Optical mencatat sejarah apabila berjaya menjual sebanyak 1,111 cermin mata dalam tempoh tiga hari dan menerima pengiktirafan daripada ASEAN Records dan ASIA Records.

Pengiktirafan itu diberikan bagi pencapaian 'First Mart-Based Eyewear Chain to Surpass 1,000 Pairs Sold in a Three-Day Warehouse Sale with a Live Public Sales Tally'.

Rekod berkenaan yang disahkan secara rasmi pada 27 September lalu diperoleh menerusi jualan gudang yang berlangsung dari 25 September lalu di U Sentral, Masai.

Menerusi pencapaian itu, Season Optical menjadi rangkaian optik berasaskan pusat beli-belah pertama yang berjaya menjual lebih 1,000 cermin mata dalam tempoh tiga hari menerusi jualan gudang, dengan jumlah jualan direkod dan dipaparkan secara terbuka kepada orang ramai sepanjang acara berlangsung.

Pada Season Optical, angka 1,111 pasang cermin mata bukan sekadar satu rekod jualan, malah mencerminkan permintaan sebenar pasaran terhadap cermin mata berkualiti, penjagaan penglihatan serta produk yang ditawarkan pada harga berpatutan.

Pencapaian itu juga menjadi satu permulaan baharu bagi Season Optical untuk memperkenalkan lebih dekat jenama optik tempatan yang bermula di Johor ini kepada masyarakat, di samping mengetengahkan prinsip yang dipegang sejak penubuhannya.

Season Optical ditubuhkan pada 2015 dan sejak awal penubuhannya, syarikat itu berpegang pada satu kepercayaan yang cukup mudah iaitu penglihatan yang baik tidak seharusnya menjadi satu keistimewaan.

Cermin mata bukan sekadar satu barangan pengguna, malah bagi kanak-kanak, penglihatan yang baik penting dalam proses pembelajaran dan perkembangan mereka.

Bagi golongan dewasa pula, penglihatan yang jelas memberi kesan kepada pekerjaan dan kehidupan seharian.

Pada masa sama, bagi sebahagian keluarga, faktor harga turut memainkan peranan besar dalam menentukan sama ada mereka mampu mendapatkan cermin mata dan penjagaan penglihatan yang sesuai pada masanya.

Oleh sebab itu, Season Optical sentiasa berusaha mencari keseimbangan antara kualiti dan harga yang berpatutan, supaya pengguna daripada pelbagai latar belakang dan kemampuan kewangan mempunyai pilihan yang sesuai dengan keperluan masing-masing.

Sejak penubuhannya, Season Optical telah menawarkan pakej cermin mata mampu milik bermula serendah RM28, di samping menyediakan pelbagai jenama terkenal serta produk dalam segmen lebih premium bagi memenuhi keperluan, cita rasa dan bajet pengguna yang berbeza.

Bermula di Johor pada 2015, Season Optical terus mengembangkan perniagaannya di Malaysia, namun prinsip untuk memastikan lebih ramai orang mampu mendapatkan penglihatan yang baik kekal menjadi asas kepada perjalanan syarikat sehingga hari ini.

Selain perniagaan peruncitan, Season Optical turut memperluaskan usaha berkaitan penjagaan penglihatan di peringkat komuniti menerusi pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan program kemasyarakatan.

Syarikat itu memberi tumpuan kepada kanak-kanak serta golongan yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cermin mata dan penjagaan penglihatan berkualiti.

Season Optical turut bekerjasama dengan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dalam melaksanakan pelbagai inisiatif penjagaan penglihatan untuk komuniti di Johor, termasuk menyediakan cermin mata kepada pelajar yang memerlukan.

Bagi Season Optical, perkembangan perniagaan dan kesejahteraan komuniti bukanlah dua perkara yang berasingan.

Sokongan berterusan daripada pelanggan selama ini membolehkan syarikat terus berkembang, di samping memberikan Season Optical lebih banyak peluang dan sumber untuk memperluaskan usaha penjagaan penglihatan kepada lebih ramai golongan yang memerlukan.

Pengasas Bersama Season Optical, Sally Loh, berkata jualan sebanyak 1,111 pasang cermin mata bagi mereka bukan sekadar satu angka jualan.

Katanya, walaupun rekod itu adalah milik Season Optical, tetapi pada masa sama ia juga milik pelanggan, komuniti dan rakyat Johor yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka.

"Kami bermula dari Johor dengan kepercayaan bahawa penglihatan yang baik tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang hanya mampu dinikmati oleh segelintir pihak kerana faktor harga.

"Kami berharap pencapaian ini dapat membantu lebih ramai mengenali Season Optical, selain membuka lebih banyak peluang untuk orang ramai mendapatkan cermin mata berkualiti dan penjagaan penglihatan pada harga yang berpatutan," katanya.

Bagi Season Optical, pengiktirafan berganda daripada ASEAN Records dan ASIA Records bukan sekadar satu lagi pencapaian dalam perjalanan perkembangan syarikat, malah menjadi satu platform untuk membawa mesej dan prinsip jenama kepada khalayak yang lebih luas.

Pada masa akan datang, syarikat itu akan terus memperluaskan perniagaan dan rangkaian perkhidmatannya di Malaysia, di samping meneruskan usaha penjagaan penglihatan dalam komuniti supaya lebih banyak keluarga dan kanak-kanak mempunyai akses yang lebih mudah kepada cermin mata serta penjagaan penglihatan yang sesuai, berkualiti dan pada harga yang mampu dimiliki.

Season Optical turut berharap, pertumbuhan berterusan syarikat akan sentiasa bergerak seiring dengan prinsip yang menjadi asas penubuhannya iaitu 'Menjadikan penglihatan yang baik lebih mudah dimiliki oleh semua'.

Untuk maklumat lanjut layari https://SeasonOpticalGroup.com/

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:0018:0019:00
Latest 19:17 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 15:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Season Optical catat sejarah dapat pengiktirafan ASEAN Records, Asia Records · Malaysian Attention Engine