
Segera teliti aspek keselamatan aktiviti selam skuba
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TRAGEDI membabitkan aktiviti selam skuba di Pulau Tioman baru-baru ini wajar membuka ruang kepada penelitian serius terhadap aspek keselamatan industri pelancongan selam skuba negara. (Berita Harian, 08:43)
Read the reporting
1 report
Segera teliti aspek keselamatan aktiviti selam skuba
TRAGEDI membabitkan aktiviti selam skuba di Pulau Tioman baru-baru ini wajar membuka ruang kepada penelitian serius terhadap aspek keselamatan industri pelancongan selam skuba negara.
Dua kematian membabitkan aktiviti selam skuba rekreasi di destinasi sama dalam tempoh kurang sebulan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi Tioman antara destinasi pelancongan marin terkenal negara.
Pada 30 September lalu, seorang pelancong meninggal dunia ketika menyertai aktiviti selam skuba berhampiran Kampung Salang, Pulau Tioman. Sebelum itu, pada 12 September, seorang lagi pelancong asing meninggal dunia selepas menjalani aktiviti menyelam di Tioman.
Dua insiden lemas dalam tempoh singkat di lokasi sama seharusnya menjadi isyarat jelas kepada pihak berkuasa supaya aspek keselamatan aktiviti selam skuba diteliti secara menyeluruh dan segera.
Kita tidak seharusnya membuat kesimpulan awal atau menuding jari kepada mana-mana pihak sebelum siasatan lengkap dijalankan. Namun, keadaan ini tidak boleh dibiarkan tanpa jawapan jelas.
Pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan bersama yang menyeluruh, telus dan bebas terhadap kedua-dua kejadian bagi menentukan punca sebenar serta mengenal pasti sebarang kelemahan dalam pengurusan keselamatan aktiviti selam skuba di Tioman.
Siasatan tidak boleh terhenti pada penentuan punca kematian semata-mata. Setiap aspek operasi perlu diperiksa secara terperinci, termasuk status lesen pusat selam, kelayakan dan tauliah pengajar serta penyelia, pematuhan prosedur operasi, nisbah petugas dengan peserta, keadaan peralatan dan keberkesanan prosedur kecemasan.
Status pembaharuan lesen dan sijil profesional, termasuk Emergency First Response (EFR), juga perlu disahkan. Jika terdapat lesen atau sijil tamat tempoh, kelemahan pengawasan, ketidakpatuhan prosedur atau kekurangan dari sudut latihan kecemasan, perkara itu perlu dinyatakan secara jelas dalam hasil siasatan.
Semak, teliti prosedur kecemasan
Pada masa sama, pihak berkuasa perlu meneliti sama ada bilangan pengajar atau penyelia bertugas bersesuaian dengan jumlah peserta.
Keadaan dan rekod penyelenggaraan peralatan juga perlu diperiksa, selain faktor cuaca, arus laut, tahap pengalaman peserta dan keadaan kesihatan mungkin mempengaruhi keselamatan ketika aktiviti dijalankan.
Lebih penting, prosedur kecemasan perlu disemak dengan teliti. Pihak berkuasa perlu menentukan sama ada prosedur itu benar-benar difahami, dilatih dan dilaksanakan ketika kecemasan berlaku.
Keupayaan mengesan masalah, mengeluarkan peserta dari dalam air, memberikan bantuan awal dan mendapatkan rawatan perubatan segera boleh menentukan perbezaan antara hidup dengan mati.
Jika siasatan mendapati wujud pelanggaran peraturan atau kecuaian, tindakan sewajarnya mesti diambil. Pada masa sama, sebarang kelemahan perlu diperbaiki segera supaya tragedi sama tidak berulang.
Industri selam skuba perlu mempunyai mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan benar-benar berkesan, bukan hanya bergantung pada pematuhan di atas kertas.
Pulau Tioman mempunyai reputasi sebagai destinasi pelancongan marin bertaraf antarabangsa. Reputasi itu perlu dipertahankan bukan hanya melalui keindahan alam dan jumlah pelancong, tetapi juga melalui tahap keselamatan yang diyakini.
Dalam soal keselamatan manusia, tiada ruang untuk kompromi. Keluarga mangsa berhak mendapat jawapan dan paling penting aktiviti selam skuba di Tioman benar-benar dikendalikan mengikut standard keselamatan sepatutnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.