Malaysian Attention Engine
Live wire
41Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM40Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas40Pergaduhan libat 5 lelaki bersejata di Taman Medan Jaya bukan isu perkauman - Polis37General : RON97, Unsubsidised RON95 Down 5 Sen, Diesel Down 10 Sen From Oct 1536Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis36Indonesia’s haze spikes Singapore pollution, shuts East Timor schools33Aryna Sabalenka terus merudum, tersingkir di Wuhan30FIFA rancang dana pembangunan RM25.95 bilion30Politics : Melaka Polls: PH Candidate List Discussions More Than 95 Per Cent Complete - Fahmi30General : Malay Rulers Urge Outsiders Not To Politicise Negeri Sembilan Throne Dispute29Singapura tambah S$30 juta perkukuh kapasiti keselamatan siber ASEAN29Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Sekolah tutup kerana jerebu, Cikgu Alif sanggup mengajar di rumah 15 anak muridnya

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 21:54 MYTLatest activity 14 Oct, 21:54BMconfidence 60%

What happened

Sekolah tutup kerana jerebu, Cikgu Alif sanggup mengajar di rumah 15 anak muridnya (Harian Metro, 21:54)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Sekolah tutup kerana jerebu, Cikgu Alif sanggup mengajar di rumah 15 anak muridnya

By Redzuan Muharam · 14 Oct, 21:54 MYT

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Tangkak: Penutupan sekolah akibat jerebu bukan halangan untuk Mohammad Alif Rahman atau Cikgu Alif mengajar dan membimbing anak didiknya yang terdiri dalam kalangan murid Pemulihan Khas.

Sebaliknya, Cikgu Alif, 40, iaitu guru Pemulihan Khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Mas, di sini mengambil inisiatif ke rumah 15 muridnya walaupun menetap di Jasin, Melaka.

Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas Cikgu Alif berkongsi video di media sosial baru-baru ini yang menunjukkannya mengendalikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di rumah murid.

Berkongsi kisah itu, Cikgu Alif berkata, apa dilakukannya bukan sesuatu yang asing baginya kerana pernah melakukan inisiatif sama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya percaya, setiap guru ada cara dan pendekatan mereka dalam mendidik anak murid ketika musim jerebu ini atau sewaktu penutupan sekolah.

"Tapi saya pilih pendekatan ini kerana kenal anak murid dah rapat dengan keluarga mereka... mereka tinggal di dalam kampung jadi sukar mendapatkan akses Internet jika buat kelas secara dalam talian.

"Jadi, biarlah saya yang datang ke rumah mereka bagi memudahkan proses PdPR dan memastikan mereka tidak ketinggalan," katanya kepada Harian Metro.

Cikgu Alif berkata, apa dilakukannya itu sudah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir iaitu guru besar sekolah, Aizah Ghazali yang banyak memberi inspirasi kepadanya.

Menurut Cikgu Alif, dia juga sudah berhubung dengan ibu bapa murid sebelum datang ke rumah bagi mendapat persetujuan dan rata-ratanya menyambut baik usahanya.

"Saya sudah maklumkan inisiatif ini kepada emak ayah murid pada Jumaat lalu sebelum mulakan inisiatif minggu ini.

"Sebelum datang, saya akan maklumkan kepada mereka dan luangkan masa dalam 15 minit di setiap rumah.

"Ikut kelapangan mereka juga kerana jika tak dapat datang pada sebelah pagi, saya akan hadir sebelah petang.

"Saya faham privasi keluarga jadi kebiasaannya, akan minta mengajar murid di luar rumah saja tapi ada ibu bapa sediakan tempat. Hakikatnya, saya bukan datang untuk makan atau minum tapi ikhlas membantu murid," katanya yang juga bapa kepada empat cahaya mata.

Menurut Cikgu Alif, apa dilakukannya itu memberi kepuasan buatnya malah kunjungan ke rumah murid sebagai pendekatan terbaik buat anak didiknya.

"Ini ikhtiar saya buat anak didik dan esok pun akan masuk ke perkampungan Orang Asli untuk berjumpa dan mengajar mereka secara bersemuka.

"Diharap tiada pihak yang salah faham kerana bukan niat saya untuk menunjuk jauh sekali anggap diri ini lebih baik.

"Lagipun, jika bukan waktu jerebu, saya selalu ke rumah murid, ajak mereka keluar makan dan pernah pergi buka puasa bersama.

"Cuma apa yang saya kongsikan baru-baru ini adalah rutin mengajar dalam tempoh sekarang dan cebisan perjuangan sebagai guru Pemulihan Khas yang mungkin tak ramai nampak," katanya yang pernah merangkul Anugerah Guru Inspirasi Daerah Tangkak pada tahun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow22:00
Latest 22:33 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 21:54 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    21:54

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.