
‘Sel kanser merebak ke otak, kami harap keajaiban’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KLUANG – Hati ibu bapa mana yang tidak luluh apabila dimaklumkan anak kecil mereka yang menghidap kanser mata tahap empat kini mempunyai peluang untuk sembuh yang sangat tipis selepas sel kanser berkenaan merebak hingga ke otak. (Kosmo!, 09:25)
Read the reporting
1 report
‘Sel kanser merebak ke otak, kami harap keajaiban’
KLUANG – Hati ibu bapa mana yang tidak luluh apabila dimaklumkan anak kecil mereka yang menghidap kanser mata tahap empat kini mempunyai peluang untuk sembuh yang sangat tipis selepas sel kanser berkenaan merebak hingga ke otak.
Itu kenyataan pahit yang terpaksa diterima Muhamad Syukri Abdul Samad, 35, dan isterinya, Noraini A. Wahab, 31, apabila dimaklumkan bahawa mereka juga perlu membawa pulang ke rumah anak bongsu mereka, Mohamad Danish Fayyadh, yang kini berusia setahun lima bulan.
Danish mula diserang kanser mata ketika berusia empat bulan sebelum penyakit itu semakin serius dan kini berada pada tahap keempat.
Muhamad Syukri berkata, mereka sekeluarga hanya mampu berserah kepada Allah selepas dimaklumkan peluang untuk anaknya pulih seperti sedia kala kini semakin sukar.
“Doktor menyuruh kami membawa Danish pulang kerana peluang untuk dia sembuh sangat tipis. Kami hanya mampu berserah kepada Allah tentang usianya.
“Sel kanser itu sudah merebak hingga ke otak. Jika diteruskan dengan rawatan kemoterapi, ia dikatakan tidak lagi mampu membantu menyembuhkannya,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Menurutnya, buat masa ini, mereka hanya mendapatkan ubat daripada Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, sebagai persediaan sekiranya Danish mengalami serangan sawan, muntah atau keadaan lain yang memerlukan rawatan segera.
Katanya, sebagai ibu bapa, mereka masih menyimpan harapan agar berlaku keajaiban buat anak kecil itu, meskipun terpaksa menerima hakikat bahawa peluang untuknya sembuh semakin tipis.
“Kami hanya mengharapkan doa orang ramai dan keajaiban daripada Allah supaya Danish dapat hidup lebih lama.
“Kalau boleh, kami mahu dia sembuh dan kembali sihat seperti kanak-kanak lain seusianya,” katanya ketika menerima sumbangan barangan dapur dan keperluan harian daripada Pasaraya Econsave Kluang menerusi usaha Kelab D’ Kluang di kediaman keluarganya di Taman Sri Jaya, di sini.
Sementara itu, Pengerusi Kelab D’ Kluang, Md Norhalim Md Amin berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai penderitaan keluarga berkenaan menerusi laporan Kosmo! pada Khamis lalu.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Muhamad Syukri di talian 014-913 3958.
The post ‘Sel kanser merebak ke otak, kami harap keajaiban’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.