Malaysian Attention Engine
Live wire
55Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM12548Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46Boleh kritik tapi biar beradab, bertanggungjawab - MCMC46Tiga lelaki ditahan, curi motosikal44Isu derma Najib: Jangan buli mahasiswa kerana berani bersuara – Wan Fauzuldin44Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara38Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif36Zahid nasihat ADUN BN jangan campur tangan urusan DKU, institusi diraja35Perjalanan pulang terakhir... 2 beranak maut kenderaan dihempap kontena35Agong berkenan terima watikah pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia35World : 550,000 Take Part France Protests, 400 Arrested: Minister
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Seram, konflik anak muda dalam Kacau

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 09:07 MYTLatest activity 19 Oct, 09:07BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Pengarah Muzzamer Rahman tampil dengan pertaruhan berani menerusi filem seram terbaharu, Kacau yang diadaptasi daripada novel laris karya Ariff Adly. (Berita Harian, 09:07)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·4 min read

Seram, konflik anak muda dalam Kacau

By Serimah Mohd Sallehuddin · 19 Oct, 09:07 MYT

KUALA LUMPUR: Pengarah Muzzamer Rahman tampil dengan pertaruhan berani menerusi filem seram terbaharu, Kacau yang diadaptasi daripada novel laris karya Ariff Adly.

Tidak sekadar bergantung kepada elemen kejutan atau kemunculan hantu klise, naskhah itu turut meneroka dimensi berbeza dengan menyelami konflik dalaman serta kegelisahan generasi muda yang berdepan fasa peralihan kehidupan.

Muzzamer berkata, premis penceritaan Kacau berakar umbi daripada isu pengasingan sosial di bandar atau 'urban isolation' yang semakin dekat dengan kehidupan golongan remaja masa kini.

"Kisah anak muda ini sebenarnya hanya lapisan luaran. Terasnya adalah ketakutan mereka untuk melangkah ke alam dewasa.

"Mereka berada dalam fasa peralihan yang getir, sebaik sahaja menamatkan pengajian diploma dan bersedia memasuki alam pekerjaan.

"Zaman bermain sudah berakhir dan mereka terpaksa menempuh fasa kehidupan lebih serius. Peralihan itulah yang sebenarnya amat ditakuti anak muda.

"Elemen bermain-main mereka masih kuat, sebab itu tagline filem ini ialah 'Kalah Mati, Adat Permainan'," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran treler dan poster filem itu di sini, baru-baru ini.

Mengulas cabaran membawa karya novel ke layar perak, Muzzamer yang sebelum ini mengarahkan filem Prebet Sapu mengakui prestasi kutipan filem adaptasi di pawagam tempatan sukar dijangka, dengan ada yang mencatat kejayaan dan sebaliknya.

Bagaimanapun, beliau optimis terhadap potensi Kacau berdasarkan sambutan luar biasa terhadap novel berkenaan yang mencetuskan fenomena dalam kalangan pembaca ketika diterbitkan sekitar 2015 dan 2016.

"Kami berani membawa Kacau ke pawagam kerana ini bukan novel biasa, sebaliknya karya terlaris yang mempunyai pengikut tersendiri.

"Ketika diterbitkan sekitar 2015 dan 2016, impaknya sangat luar biasa hingga menjadi bualan serta tular dalam kalangan pembaca.

"Kami percaya naskhah ini sudah mempunyai kelompok pembaca setia kerana Ariff Adly juga mempunyai pengikut tersendiri," katanya.

Selain kekuatan novel itu, faktor keterikatan emosi dengan elemen misteri yang mendasari penceritaan turut mendorong Muzzamer memilih karya berkenaan untuk diadaptasi.

"Elemen dalam novel ini sangat dekat dengan saya. Bukanlah bermaksud saya gemar bermain Spirit of the Coin, tetapi seawal usia tujuh tahun lagi saya sudah mengenali permainan itu menerusi pembacaan dan cerita yang didengar.

"Kami sedar anak muda hari ini mungkin tidak pernah mendengar mengenai permainan misteri itu.

"Jadi, apabila diadaptasi ke layar perak, saya sebagai generasi milenial berpeluang mengimbau nostalgia lama, selain menyuntik elemen segar kepada generasi baharu menerusi kekuatan visual dan pemilihan barisan pelakon," katanya.

Muzzamer yakin gabungan elemen nostalgia dan pendekatan sinematik yang sesuai dengan cita rasa semasa mampu menarik perhatian penonton.

"Kombinasi yang kami pilih ini sukar untuk gagal. Bukanlah bermaksud kami mendabik dada, tetapi kami yakin elemen yang diterapkan sudah memenuhi apa yang diinginkan penonton hari ini," katanya.

Beliau turut menjelaskan gaya penulisan Ariff Adly yang banyak bermain dengan manipulasi ruang dan waktu, selain rentak penceritaan pantas, diterjemahkan ke format filem dengan beberapa penyesuaian.

Bagi menghormati karya asal, Muzzamer mengekalkan kira-kira 60 hingga 80 peratus jalan cerita novel, namun, menyusun semula kronologi penceritaan bagi memastikan ketegangan dapat dikekalkan sepanjang tayangan.

Dalam aspek pemilihan pelakon, Muzzamer mengakui cabaran terbesar adalah mencari individu tepat untuk menghidupkan watak utama, Jimi.

Beliau sengaja mengelak pemilihan pelakon remaja yang memiliki fizikal terlalu sasa atau sado, imej yang sering dikaitkan dengan watak hero dalam filem tempatan.

"Antara yang paling sukar ialah watak utama itu sendiri, iaitu Jimi. Kami mahukan karakter yang mampu menggalas peranan utama, tetapi tidak mahu fizikal yang terlalu 'heroic'.

"Banyak hero remaja sekarang bertubuh sasa. Kami mengelak kriteria itu kerana ini cerita hantu.

"Kami mahu apabila hero bertemu hantu, penonton tertanya-tanya sama ada dia mampu mengatasinya atau tidak," katanya.

Kebuntuan mencari pelakon utama akhirnya terlerai selepas Muzzamer menemui Idan Aedan yang disifatkannya sesuai untuk membawa watak Jimi.

"Selepas menemui Idan, barulah kami mencari pelakon lain bagi membina dinamik kumpulan.

"Idan berperanan sebagai ketua yang menghubungkan wataknya dengan Fimie Don serta karakter lain. Malah, jurang usia antara pelakon dalam kumpulan itu dapat diseimbangkan dengan baik menerusi watak Jimi," katanya.

Bagi melengkapkan barisan watak utama, Fimie Don diberi kepercayaan membawa watak Mat, Sadiq M Jamil sebagai Fik, manakala Arfie Shah menggalas watak Ajim yang menepati ciri fizikal lebih tegap dan dominan.

Menariknya, Kacau turut menerapkan elemen metafizik, pergerakan cakerawala serta sains ruang dan masa yang jarang diterokai dalam sinema seram tempatan. Pendekatan itu diharap memberikan pengalaman berbeza kepada penonton, dengan sentuhan yang mengingatkan kepada siri antarabangsa seperti Stranger Things dan karya filem studio A24.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran, Muzzamer berkata, kru produksi tidak berdepan sebarang kejadian aneh, sebaliknya, beberapa pelakon mendakwa mengalami gangguan ketika menginap di sebuah inap desa di Kulim, Kedah, pada hari terakhir penggambaran.

"Kru tiada masalah, tetapi pelakon sahaja yang diganggu ketika berada di inap desa.

"Kebetulan, ketika itu satu pekan Kulim sedang heboh dengan kejadian misteri apabila pintu dan pagar dikatakan bergegar, seperti yang tular di media sosial," katanya.

Filem Kacau mengisahkan sekumpulan anak muda terdiri daripada Jimi, Ajim, Amat, Wanie, Fiq, Syira dan Syida yang terjebak dalam permainan ritual menyerupai Spirit of the Coin atau permainan syiling.

Bagaimanapun, permainan yang pada awalnya dilakukan sekadar untuk mencuba sesuatu yang baharu bertukar menjadi pengalaman mengerikan apabila mereka mula berdepan gangguan ghaib di luar jangkaan.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila rentetan kejadian misteri mula mengancam keselamatan mereka, malah membawa kepada kematian.

Filem terbitan Le Mediator Studio itu dijadualkan menemui penonton di 80 pawagam seluruh negara mulai 12 November.

Selain Idan, Fimie dan Sadiq, filem Kacau turut dibintangi Kerisyah Kemal, Arfie Shah, Nurel Baharin dan Evanatie Sannie.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:00
Latest 10:10 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 09:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Seram, konflik anak muda dalam Kacau
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.