Malaysian Attention Engine
Live wire
53Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis50General : MCMC Looks Into Confusing Viral Information On Budget 202747Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok45Lelaki Rohingya direman 7 hari kes jumpa 2 guni tulang manusia45Pemohon pelarian masuk Malaysia sebelum UNHCR buat keputusan45General : MyDigital ID Not Powered By Third-party Blockchain Technology41General : Just Leadership Key To Ummah's Continuity - Perlis Raja Muda38Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM36Kedah police: Motorcycle theft allegation believed to have led to teen’s torture death36SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG35Indonesia tidak akan isytihar kebakaran hutan sebagai bencana nasional buat masa ini35Stop making excuses and apologise for haze, Johor Pakatan tells Indonesia
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Sering menangis sendirian di dalam kereta, fikir anak hidap leukemia - Pemandu ambulans

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 09:35 MYTLatest activity 13 Oct, 09:35BMconfidence 60%

What happened

KANGAR: Saban hari berdepan detik cemas membawa pesakit ke hospital, namun seorang pemandu ambulans sama sekali tidak menyangka dia diuji apabila anak perempuannya disahkan menghidap kanser darah (leukemia). (Berita Harian, 09:35)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Sering menangis sendirian di dalam kereta, fikir anak hidap leukemia - Pemandu ambulans

By Noor Sara Mohamad Hanif · 13 Oct, 09:35 MYT

KANGAR: Saban hari berdepan detik cemas membawa pesakit ke hospital, namun seorang pemandu ambulans sama sekali tidak menyangka dia diuji apabila anak perempuannya disahkan menghidap kanser darah (leukemia).

Muhammad Nur Hafiz Shuid, 41, yang bertugas di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini berkata, anak bongsunya, Nur Iman Sumayyah, 3, disahkan menghidap penyakit kronik itu pada Mei lalu.

Bapa kepada tiga anak itu mengakui, pada awalnya, dia terkejut menerima perkhabaran berkenaan, apatah lagi kanak-kanak itu sebelum ini aktif serta tidak pernah mempunyai sebarang masalah kesihatan.

"Bohong jika saya katakan saya tidak sedih, adakalanya saya termenung dan menangis bersendirian di dalam kereta. Namun, apabila melihat semangatnya yang masih cuba untuk aktif, saya dan isteri mendapat kekuatan baharu untuk terus tabah.

"Semuanya bermula apabila dia diserang demam pada penghujung April. Selepas tiga hari, dia dibawa ke unit kecemasan dan ditahan di wad HTF selama dua minggu sebelum doktor mendapati bacaan platlet serta sel darah putihnya tidak normal," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini.

Muhammad Nur Hafiz berkata, anaknya kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, untuk ujian pengambilan sampel sumsum tulang belakang.

Katanya, keputusan mengesahkan kanak-kanak itu menghidap leukemia, namun mereka bersyukur kerana ia dapat dikesan awal pada tahap 85 peratus dan sel kanser belum merebak ke bahagian otak.

Bercerita mengenai cabaran perubatan, beliau membelanjakan hampir RM3,000 sebulan bagi kos logistik untuk berulang-alik memandu ke HSB empat kali sebulan serta keperluan rawatan anak bongsunya itu, selain terpaksa membahagikan masa menguruskan dua lagi anaknya yang masih bersekolah.

"Buat masa ini kami belum menerima sebarang bantuan bulanan tetap, namun amat bersyukur dengan sumbangan rakan-rakan serta bantuan awal daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Iman kini melalui fasa rawatan kemoterapi secara berjadual selepas kemopot dipasang. Kesan daripada rawatan dan ubat-ubatan, rambutnya mula gugur, berat badan meningkat, malah emosi serta selera makannya juga tidak menentu," katanya.

Ibu, Wan Nur Iman Hidayah Wan Rodzi, 29, berkata hatinya tersentuh dan sedih apabila melihat anaknya itu kini hanya mampu memerhatikan kanak-kanak lain bermain dari dalam rumah.

"Sebelum sakit, dia sangat aktif, sampaikan anak biawak pun dia berani tangkap. Dia juga sudah pandai mengayuh basikal. Sekarang dia sering beritahu teringin hendak kayuh basikal lagi, tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

"Bagaimanapun, kami mampu menarik nafas lega apabila sel kansernya dilaporkan menurun ke tahap satu peratus selepas melalui beberapa fasa rawatan. Saya amat mengharapkan dia kembali sihat dan aktif seperti sediakala," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Muhammad Nur Hafiz di talian 017-300 7728.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 09:44 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 09:35 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.