Malaysian Attention Engine
Live wire
47Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud47Malaysia condemns attack on Riyadh’s King Khalid International Airport that killed civilians, injured hundreds45Isteri Shuib bersuara, nafi kenal waktu Sarah masih hidup42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar42RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202740Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202740General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar40Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM39Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202736Bomba FC cipta sejarah juarai Piala Emas Raja-Raja35Proses naturalisasi Gallifuoco kini tunggu lampu hijau FAM35RM130 juta perkasa industri kreatif tempatan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Sesal beli kebun dihuni penunggu misteri

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 10:12 MYTLatest activity 11 Oct, 10:12BMconfidence 60%

What happened

PADA awalnya, Adam (bukan nama sebenar) menyangka pembelian sebidang tanah kebun di sebuah kampung di Negeri Sembilan menjadi antara keputusan terbaik dalam hidupnya. (Kosmo!, 10:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

Sesal beli kebun dihuni penunggu misteri

By GHAZALI ALIAS · 11 Oct, 10:12 MYT

PADA awalnya, Adam (bukan nama sebenar) menyangka pembelian sebidang tanah kebun di sebuah kampung di Negeri Sembilan menjadi antara keputusan terbaik dalam hidupnya.

Tanah yang terletak agak jauh daripada kesibukan bandar itu dirancang sebagai tempat persaraannya bersama keluarga.

Dia membayangkan, sebuah rumah sederhana dikelilingi pokok buah-buahan, halaman luas dan suasana kampung yang tenang untuk menghabiskan hari tua.

Namun, impian itu mula berubah sebaik sahaja Adam cuba membersihkan tanah berkenaan.

Menurut Adam, kebun tersebut sudah lama tidak diurus dan dipenuhi semak serta pokok yang tumbuh secara tidak terkawal.

“Beberapa batang pokok besar pula berada di kawasan yang dirancang untuk dibina rumah. Saya mengupah pekerja dan membawa masuk mesin pemotong serta jentera untuk membersihkan kawasan itu.

“Pada hari pertama, kerja berjalan seperti biasa, sebelum sebuah mesin tiba-tiba rosak ketika digunakan untuk menebang pokok,” katanya.

Tambah Adam, pada mulanya, kerosakan itu dianggap perkara biasa. Mesin itu diperiksa dan dibaiki sebelum kerja diteruskan.

Anehnya, apabila jentera tersebut kembali digunakan, ia sekali lagi mengalami masalah.

Kali ini bukan satu mesin, malah peralatan lain yang digunakan untuk membersihkan kebun turut mengalami kerosakan. Ia seolah-olah ada sesuatu yang tidak membenarkan pokok-pokok berkenaan disentuh.

Kata Adam, dia masih cuba berfikiran rasional. Baginya, mesin lama memang mudah rosak, manakala keadaan tanah yang tidak pernah dibersihkan mungkin menjadi puncanya.

Dia kemudian mendapatkan khidmat beberapa pekerja untuk mengemas kawasan tersebut secara manual.

Namun, kejadian yang berlaku selepas itu membuatkan keyakinannya mula goyah.

“Salah seorang pekerja yang menghabiskan masa membersihkan bahagian belakang kebun dikatakan mula berasa tidak sedap badan selepas pulang.

“Pada malam sama, dia mengalami demam panas. Keadaannya berlarutan sehingga beberapa hari.

“Menurut keluarganya, lelaki itu turut mengadu tubuhnya terasa berat serta sering terjaga daripada tidur kerana mendengar bunyi aneh,” ujarnya.

Kongsi Adam, selepas berita mengenai lelaki itu tersebar, beberapa pekerja lain enggan masuk terlalu jauh ke dalam kebunnya.

Ada yang mendakwa terasa seperti diperhatikan ketika bekerja. Ada pula yang mendengar bunyi ranting patah dan daun bergeser, walaupun ketika itu mereka bekerja seorang diri.

Adam semakin tidak sedap hati, tetapi masih belum terfikir untuk menjual tanah tersebut. Sehinggalah dia sendiri mengalami sesuatu yang sukar dijelaskan.

Cerita Adam, pada suatu malam, dia bermimpi berada di kebun berkenaan. Dalam mimpi itu, suasana sangat gelap.

“Saya berjalan di antara pokok sebelum ternampak sebuah rumah lama yang tidak pernah saya lihat ketika berada di tanah tersebut. Di hadapan rumah itu berdiri satu susuk tubuh yang tidak dikenali.

“Wajahnya tidak dapat saya lihat dengan jelas. Namun, lelaki itu mengangkat tangan dan memberi satu pesanan pendek supaya kebun tersebut jangan disentuh,” kongsinya.

Adam terjaga dalam keadaan berpeluh dan jantung berdegup kencang. Dia cuba menganggapnya sekadar mimpi akibat terlalu memikirkan masalah kebun.

Namun, mimpi yang sama berulang pada malam berikutnya, dengan pesan yang hampir serupa.

Disebabkan itu, Adam mula mencari maklumat sejarah tanah berkenaan daripada penduduk lama di kampung berkenaan.

Menurut cerita disampaikan daripada satu generasi ke satu generasi, terdapat entiti yang ‘menunggu’ kawasan tersebut.

Tidak ramai orang kampung sanggup memasuki bahagian tertentu di kebun itu, terutama selepas waktu senja.

Cerita itu membuatkan Adam terdiam. Lebih mengganggu fikirannya, beberapa kejadian yang berlaku kepada pekerja sebelum ini seakan-akan mempunyai kaitan dengan entiti itu.

“Saya akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan rancangan membina rumah persaraan di situ.

“Selepas berbincang dengan keluarga, tanah berkenaan dijual semula.

“Keputusan itu bermakna dia terpaksa melupakan rumah impian yang sudah lama dirancang,” jelasnya.

Tidak lama kemudian, Adam membeli sebidang tanah lain di lokasi berbeza.

Kali ini, sebelum membuat keputusan, dia terlebih dahulu bertanya kepada penduduk sekitar mengenai sejarah kawasan tersebut.

Baginya, pengalaman di kebun sebelum ini sudah cukup menjadi pengajaran.

Sehingga kini, Adam tidak pernah mengetahui secara pasti apa yang berlaku di tanah itu.

Mesin rosak mungkin mempunyai penjelasan teknikal, pekerja demam mungkin disebabkan faktor kesihatan dan mimpi pula boleh datang daripada tekanan fikiran.

Namun, ada satu perkara yang masih sukar dilupakannya. Setiap kali teringat kebun tersebut, Adam terbayangkan semula susuk dalam mimpinya yang berdiri di antara pokok sambil mengulangi pesanan: “Jangan usik tempat ini.”

The post Sesal beli kebun dihuni penunggu misteri appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:0012:00
Latest 12:54 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
11 Oct, 10:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    10:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Sesal beli kebun dihuni penunggu misteri · Malaysian Attention Engine