
Shell V-Power bawa peminat Malaysia dekati Hamilton, Leclerc
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Shell V-Power bawa peminat Malaysia dekati Hamilton, Leclerc (Harian Metro, 14:22)
Read the reporting
1 report
Shell V-Power bawa peminat Malaysia dekati Hamilton, Leclerc
lizamridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Shell V-Power membawa peminat sukan permotoran Malaysia mendekati pasukan Scuderia Ferrari HP menerusi pengalaman eksklusif Shell Motorsport Experience sempena Grand Prix (GP) Bahrain.
Program itu memberi peluang kepada pelanggan terpilih menyaksikan sendiri suasana di sebalik tabir perlumbaan, termasuk Pit Lane Walk, lawatan ke garaj pasukan Ferrari dan kawasan paddock.
Peserta turut melawat Shell Trackside Laboratory, makmal bergerak yang membolehkan saintis Shell menguji serta menganalisis bahan api perlumbaan dan teknologi pelincir secara masa nyata sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Pengalaman itu turut diserikan dengan kemunculan pemandu Scuderia Ferrari HP, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, sebelum peserta menyaksikan aksi perlumbaan dari tempat duduk penonton.
Pengurus Besar Shell Mobiliti dan Kemudahan Malaysia, Zairi Dzuljastri berkata, kepulangan perlumbaan ke Sepang selepas sembilan tahun membuka peluang kepada syarikat itu mendekatkan pelanggan dengan dunia Ferrari.
"Hubungan jangka panjang kami membolehkan Shell mewujudkan pengalaman melangkaui apa yang biasanya dapat dilihat peminat dari tempat duduk penonton, sekali gus mendekatkan mereka dengan semangat dan prestasi di sebalik pasukan itu," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kerjasama Shell dengan Scuderia Ferrari HP turut mendorong pembangunan teknologi bahan api dan pelincir yang digunakan untuk meningkatkan prestasi di litar serta memberi manfaat kepada pengguna jalan raya.
Dalam perkembangan berkaitan, Shell V-Power turut meraikan sokongan peminat tempatan menerusi penghasilan karya berinspirasikan batik yang menggabungkan lebih 500 mesej dan ucapan daripada peminat Malaysia kepada Hamilton dan Leclerc.
Karya berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Negara Shell Malaysia, Siti Sulaiman dan Zairi kepada kedua-dua pemandu Ferrari dalam acara tertutup di Shell KLIA Sepang, sekali gus menggabungkan elemen budaya tempatan dengan semangat sukan permotoran antarabangsa.
Menurutnya, teknologi peningkatan prestasi dalam bahan api Shell V-Power yang digunakan di jalan raya turut digunakan oleh Scuderia Ferrari HP di litar, manakala formulanya membantu membersihkan sehingga 100 peratus bahagian enjin kritikal.
Pengalaman eksklusif itu merupakan sebahagian daripada kempen Feel the Fuel Shell Malaysia yang berlangsung dari 24 Ogos hingga 20 September 2026, dengan pelanggan berpeluang menyertai peraduan menerusi aplikasi Shell.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.