Malaysian Attention Engine
Live wire
56General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November54Politics : Ahmad Zahid Urges N. Sembilan Reps To Prioritise People's Welfare48'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M46Cedera digigit kucing peliharaan dilindungi skim LINDUNG 24 Jam46Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City45Business : Malaysia Must Plan Data Centre Growth To Attract Quality Investments - Anwar45Scammer impersonates Raja Muda’s bodyguard to dupe public over luxury car, land deals: Selangor Palace45DBKL senarai hitam warga tempatan beri lesen perniagaan kepada warga asing - Hannah41Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Sindiket guna laut seludup diesel, petrol bernilai RM14.94 juta

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 12:21 MYTLatest activity 19 Oct, 12:21BMconfidence 60%

What happened

Sindiket guna laut seludup diesel, petrol bernilai RM14.94 juta (Harian Metro, 12:21)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Sindiket guna laut seludup diesel, petrol bernilai RM14.94 juta

By Muhaamad Hafis Nawawi · 19 Oct, 12:21 MYT

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Sindiket penyeludupan diesel dan petrol dilihat aktif menjadikan laut sebagai 'jalan tikus' untuk menyeludup keluar bahan berkenaan dari negara.

Berbekalkan bot gentian kaca, enjin berkuasa tinggi serta beroperasi pada waktu malam, mereka bergerak pantas mengelak radar dan rondaan penguat kuasa demi mengaut keuntungan daripada setiap liter bahan api yang berjaya diseludup.

Dalam tempoh 2023 hingga Ogos lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya merampas diesel dan petrol yang cuba diseludup bernilai RM14.94 juta sekali gus mendedahkan skala kegiatan yang masih cuba mencari ruang di sebalik kawalan ketat pihak berkuasa.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, sindiket kini jarang menggunakan kapal besar, sebaliknya beroperasi menerusi bot gentian kaca, enjin berkuasa tinggi yang bergerak pantas pada waktu malam atau menyamar sebagai bot nelayan tempatan bagi mengelak dikesan oleh radar atau aset rondaan penguat kuasa.

"Setiap liter minyak yang diseludup keluar adalah ketirisan subsidi dan kehilangan hasil negara.

"Kesedaran masyarakat dan ketegasan penguatkuasaan adalah benteng utama bagi memastikan hasil bumi Malaysia kekal untuk kemakmuran rakyat," katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Mohd Rosli berkata, APMM tidak pernah memandang ringan isu ini.

"Sepanjang tahun, operasi khas seperti Operasi Tiris diperkasakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta agensi keselamatan lain bagi membanteras rantaian sindiket dari pangkalan haram hingga ke laut lepas.

"Penubuhan Pasukan Khas Ops Tiris 4.0 adalah pendekatan operasi bersepadu yang mempertingkatkan koordinasi antara agensi di peringkat Persekutuan dan negeri sekali gus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim negara secara menyeluruh.

"APMM akan terus memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara tegas, terancang dan bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain bagi menutup sebarang ruang ketirisan yang boleh menjejaskan kepentingan negara," katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh dari 2023 hingga Ogos lalu, jumlah rampasan petrol adalah sebanyak RM6,720,143.29 manakala diesel bagi tempoh sama, RM8,227,162.90 dengan jumlah keseluruhan RM14,947,306.19.

"Meskipun kawalan ketat telah mengehadkan ruang gerak penjenayah, taktik mereka yang sentiasa berubah membuktikan aktiviti ini masih aktif.

"Aktiviti ini bukan sahaja menjejaskan hasil negara dan mengakibatkan ketirisan subsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia, malah ia turut melibatkan isu keselamatan sempadan," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan meningkatkan pemantauan strategik termasuk penggunaan teknologi satelit, kerjasama serantau, mempergiatkan rondaan dan risikan di kawasan panas yang dikenal pasti sebagai laluan utama bagi mengekang aktiviti penyeludupan melalui laut yang boleh menjejaskan keselamatan perairan negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:40 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 12:21 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    12:21

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.