Malaysian Attention Engine
Live wire
55Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera52Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut51Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda47Muslim man nabbed for allegedly participating in non-Islamic ritual43General : Refugees Who Entered Malaysia After January 2023 Not Eligible For DPP - Saifuddin Nasution42Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak41Business : Young People Recorded 65.9 Million BNPL Transactions Worth RM5.4 Bln In First Half Of 202640Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes39World : F1 To Return To Africa For First Time Since 1993 With Race In Rwanda37Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Aaron-Wooi Yik benam Hoki-Kobayashi37BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Skuad boling buru emas berganda Piala Dunia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 08:00 MYTLatest activity 14 Oct, 08:00BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Skuad tenpin boling negara menggalas misi mempertahankan emas berpasukan lelaki dan memburu kejuaraan lebih besar pada Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Munich, Jerman yang berlangsung pada hari ini. (Utusan Malaysia, 08:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Skuad boling buru emas berganda Piala Dunia

By AMINNUDIN LOKMAN HAKIM · 14 Oct, 08:00 MYT

PETALING JAYA: Skuad tenpin boling negara menggalas misi mempertahankan emas berpasukan lelaki dan memburu kejuaraan lebih besar pada Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Munich, Jerman yang berlangsung pada hari ini.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok berkata, Malaysia mempertaruhkan barisan pemain yang mencipta sejarah pada edisi lalu bagi meneruskan momentum kejayaan di pentas dunia.

“Peluang untuk mempertahankan kejuaraan berpasukan lelaki pastinya menjadi cabaran besar buat negara, lebih-lebih lagi apabila kita berdepan saingan daripada pasukan terbaik dunia.

“Kita berharap pemain dapat mengekalkan konsistensi, memberikan persembahan terbaik dan membuktikan Malaysia mampu terus bersaing di peringkat tertinggi,” katanya.

Malaysia mengekalkan empat pemain yang menghadiahkan emas berpasukan lelaki pada edisi lalu, iaitu Muhammad Rafiq Ismail, Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fisho dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam, dengan misi mempertahankan kejuaraan berkenaan.

Dalam acara wanita, juara bertahan perseorangan, Nur Natasha Mohd Roslan akan mengetuai cabaran bersama Sin Li Jane serta dua pemain muda, Adelia Nur Irwan Syazalee dan Nur Hazirah Ramli.

Skuad wanita turut bertekad memperbaiki pencapaian selepas meraih perak berpasukan pada edisi lalu di belakang Amerika Syarikat (AS).

Menurut Maradona, cabaran kali ini dijangka lebih sengit apabila kejohanan berkenaan menghimpunkan 44 pasukan lelaki dan 26 pasukan wanita, sekali gus menjadikannya antara edisi terbesar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Format pertandingan yang mencabar menuntut pemain mengekalkan fokus dan prestasi sepanjang kejohanan. Setiap perlawanan penting, jadi pemain perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi saingan,” katanya.

Malaysia berharap gabungan pengalaman pemain senior dan tenaga muda mampu membantu negara memburu kejayaan di Munich, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai antara kuasa utama boling dunia. – UTUSAN

The post Skuad boling buru emas berganda Piala Dunia appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow09:0010:00
Latest 10:36 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
14 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    08:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Skuad boling buru emas berganda Piala Dunia
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.