
Suami ego, tak pernah mengaku salah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PERKATAAN ‘maaf’ mungkin kedengaran mudah, tetapi bagi sesetengah pasangan, ungkapan itulah paling sukar dilafazkan. (Kosmo!, 11:03)
Read the reporting
1 report
Suami ego, tak pernah mengaku salah
PERKATAAN ‘maaf’ mungkin kedengaran mudah, tetapi bagi sesetengah pasangan, ungkapan itulah paling sukar dilafazkan.
Sikap enggan mengakui kesalahan sendiri boleh menghakis kepercayaan dan merenggangkan hubungan pasangan suami isteri.
Itulah yang dialami oleh Farah (bukan nama sebenar) selepas perkahwinannya selama 12 tahun musnah.
Berkongsi dengan K-Wanita, kerani di sebuah syarikat swasta itu berkata, dia bukan meminta suaminya supaya sentiasa mengalah setiap kali berlaku pertengkaran antara mereka.
Sebaliknya, dia hanya mahu Hafiz (bukan nama sebenar) mengakui kesilapan dan meminta maaf sekira ada mengeluarkan kata-kata kasar atau melukakan hatinya.
“Setiap kali berlaku pertengkaran, Hafiz memilih untuk berdiam diri. Kami sering bertengkar jika berlaku perbalahan.
“Ada kalanya, dia meneruskan rutin seperti biasa tanpa ada perbincangan mengenai perselisihan atau cuba meminta maaf. Dia membiarkan masa yang menghapuskan segala luka di hati saya.
“Saya bukan mahu dia mengalah setiap kali kami bergaduh. Saya cuma mahu dia tahu dan sedar bahawa perasaan saya juga penting,” katanya.
Rentetan itu, ibu kepada dua cahaya mata tersebut semakin jarang meluahkan perasaan kepada suaminya, sebaliknya dia memilih untuk memendam rasa.
“Saya sering bertanya, apa silap saya dan sebab apa suami tiba-tiba jadi begitu ego. Bila jadi pertengkaran, saya sahaja yang mengalah.
“Sesekali, saya cuma mahu dia pandang muka saya, mengaku salah dan cakap maaf. Tetapi perkara semudah itu pun susah untuk dilakukannya,” ujarnya.
Bagi wanita berusia 45 tahun itu, detik paling menyedihkan bukanlah ketika mereka bertengkar, tetapi apabila dia menangis sendirian, sedangkan suaminya langsung tidak mengendahkannya.
Farah sama sekali tidak mengharapkan hadiah mahal atau kejutan romantik daripada suaminya.
Sebaliknya, cukuplah sekadar Hafiz bertanyakan keadaannya, mendengar penjelasan dan mengakui jika terdapat perkara yang perlu diperbaiki dalam hubungan mereka.
Selepas beberapa tahun menjalani hidup bersama suaminya, Farah nekad menuntut cerai di Mahkamah Syariah kerana berasa tidak sehaluan dengan suaminya.
“Hubungan kami hanya bertahan selama 12 tahun, sebelum kami bercerai. Disebabkan kami selalu bergaduh, banyak pertikaian yang tidak diselesaikan.
“Ini membuatkan saya mula tawar hati hingga menuntut cerai di mahkamah. Tidak apa yang saya sesalkan atas tindakan itu,“ katanya.
Selepas bercerai, Farah mengakui sering teringat kenangan ketika mereka baru berkahwin dahulu. Namun, kerinduan itu hadir bersama penyesalan kerana terlalu lama berharap keadaan akan berubah dengan sendirinya.
Dia akhirnya memahami bahawa kasih sayang sahaja tidak mencukupi jika kedua-dua pihak gagal menyelesaikan setiap konflik yang timbul.
Bagi Farah, komunikasi dua hala dan mengungkap perkataan maaf jika ada membuat kesalahan memainkan peranan penting dalam hubungan suami misteri.
Hal itu kerana, maaf bukan sekadar pengakhiran kepada pertengkaran, namun apabila disertai keikhlasan, ungkapan itu boleh menjadi permulaan untuk memperbaiki hubungan sebagai pasangan suami isteri.
The post Suami ego, tak pernah mengaku salah appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.