
LKIM sedia 1,600 tan stok penimbal ikan hadapi MTL
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BALIK PULAU: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan hampir 1,600 tan metrik stok penimbal ikan untuk memastikan bekalan makanan itu mencukupi dan tidak terputus ketika Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan. (Berita Harian, 13:11)
Read the reporting
1 report
LKIM sedia 1,600 tan stok penimbal ikan hadapi MTL
BALIK PULAU: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan hampir 1,600 tan metrik stok penimbal ikan untuk memastikan bekalan makanan itu mencukupi dan tidak terputus ketika Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.
Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil, berkata persediaan itu turut disokong organisasi swasta menerusi memorandum persefahaman (MoU) bagi memastikan bekalan ikan dapat diteruskan jika berlaku kelewatan atau kekurangan bekalan dalam pasaran.
"Selain itu, kita juga ada lebih 2,000 peniaga terbabit dengan ikan import yang menjadi antara mekanisme membantu menjamin kesinambungan bekalan sepanjang tempoh berkenaan.
"Alhamdulillah, seperti tahun-tahun lalu, bekalan ikan sentiasa ada dan kita akan mengekalkan momentum itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rahmah Mesra MADANI Pengerusi LKIM Bersama-sama Nelayan di Teluk Bahang, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan tiga gelombang hujan diramalkan berlaku sepanjang tempoh MTL dari November hingga Mac tahun depan di Pantai Timur, dengan fasa peralihan monsun dijangka berakhir pada hujung bulan ini sebelum musim tengkujuh bermula bulan depan.
Muhammad Faiz berkata, stok simpanan ikan berkenaan ditempatkan di kompleks LKIM yang ada kemudahan bilik sejuk atau bilik penyimpanan sebelum diuruskan oleh persatuan nelayan terbabit.
Beliau berkata, stok ikan berkenaan tidak disimpan terlalu lama bagi memastikan kesegaran serta kualitinya terpelihara, dan bekalan akan ditambah secara berterusan.
"Antara persatuan terbabit ialah Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah serta Persatuan Nelayan di Besut, Kemaman dan Kuantan," katanya.
Muhammad Faiz berkata, LKIM turut menyediakan peruntukan pembangunan bagi membina dan membaik pulih jeti pendaratan ikan yang uzur, untuk memastikan kemudahan itu terus dapat digunakan oleh nelayan.
Beliau berkata, lebih RM2 juta diperuntukkan tahun ini bagi pembinaan empat jeti, dengan kos setiap satu dianggarkan lebih RM500,000.
Pada majlis hari ini, LKIM turut menyalurkan peruntukan RM943,000 bagi tiga program dan inisiatif pembangunan untuk manfaat komuniti nelayan bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Teluk Bahang di mana daripada jumlah itu, RM693,000 diperuntukkan bagi elaun sara hidup bagi tempoh Januari hingga September.
Sebanyak RM200,000 pula diperuntukkan bagi projek membina dan menaik taraf infrastruktur pusat agropelancongan PNK Teluk Bahang, manakala RM50,000 disediakan melalui Program Peningkatan Produktiviti Nelayan B40 PNK Teluk Bahang.
Seramai 31 orang daripada PNK Teluk Bahang turut menerima pelbagai bantuan termasuk enjin bot, pukat dan tong insulasi.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian13:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.