
Projek tebatan banjir Sungai Pinang siap September 2027
Only social or community posts, or a single source.
What happened
THE Sungai Pinang flood mitigation project in Jelutong, Penang, is expected to be completed by September 2027, with physical progress reaching 50.86% as of September this year. Energy Transition and Water Transformation (PETRA) Deputy Minister Datuk ... (The Vibes, 11:07)
Read the reporting
2 reports
Projek tebatan banjir Sungai Pinang siap September 2027
KUALA LUMPUR: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang, Pulau Pinang Fasa 1 yang bertujuan mengurangkan risiko banjir di kawasan Jelutong dan sekitarnya dijangka siap pada September 2027.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek berkenaan mencatat kemajuan fizikal sebanyak 50.86 peratus setakat September 2026.
Beliau berkata, projek yang dilaksanakan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu merangkumi beberapa komponen utama bagi meningkatkan kapasiti aliran sungai serta sistem saliran sedia ada.
“Projek ini melibatkan beberapa komponen utama, antaranya pelebaran dan pendalaman Sungai Pinang, pembinaan saliran dan struktur weir , menaik taraf sistem saluran keluar (drainage outfall ), pembinaan jambatan dan rumah pam serta pengambilan tanah .
“Sehingga September 2026, projek ini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 50.86 peratus dan berdasarkan perancangan semasa, projek ini dijangka siap pada September 2027.
“Projek ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti aliran Sungai Pinang dan sistem saliran sedia ada serta mengurangkan risiko banjir di kawasan Lembangan Sungai Pinang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (PH- Jelutong) yang meminta kerajaan menyatakan bilakah Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang, Jelutong, Pulau Pinang dijangka sempurna disiapkan.
Abdul Rahman berkata, kerajaan turut melaksanakan langkah mitigasi jangka pendek sementara menunggu projek utama itu disiapkan.
Katanya, usaha berkenaan dilaksanakan menerusi Projek Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir, termasuk kerja pengaluran sungai, penstabilan tebing serta menaik taraf saluran dan struktur berkaitan.
“Sementara projek siap, PETRA melalui JPS turut melaksanakan kerja mitigasi jangka pendek di bawah Projek Pemuliharaan Sungai untuk Mengurangkan Risiko Banjir , termasuk pengaluran sungai, penstabilan tebing, serta naik taraf saluran dan struktur berkaitan.
“Pada tahun 2026, sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi program ini di Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, RM450 ribu diperuntukkan bagi kerja yang diluluskan di kawasan Parlimen Jelutong yang dijangka siap pada Disember 2026.
“Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan projek RTB ini serta melaksanakan langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian sementara projek disiapkan bagi memastikan usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan terlibat dapat dilaksanakan secara berkesan,” katanya. – UTUSAN
The post Projek tebatan banjir Sungai Pinang siap September 2027 appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (The Vibes) source
Where it started
How it spread
- Step 1NewsThe Vibes11:07
Internet reaction
- Sungai Pinang flood mitigation project to be completed by September 2027u/The Vibes · The Vibes · 11:07 · EN
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No established news outlet has reported this yet; details come from social or community posts
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.