
‘Syaitan sudah mati’, Tanushree mahu hidup kembali pulih
Only social or community posts, or a single source.
What happened
IBARAT dendam sampai kiamat, pelakon senior Bollywood, Tanushree Dutta mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan kematian aktor veteran, Nana Patekar, sebagai satu perkembangan positif dalam kehidupannya, susulan konflik yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu. (Kosmo!, 10:00)
Read the reporting
1 report
‘Syaitan sudah mati’, Tanushree mahu hidup kembali pulih
IBARAT dendam sampai kiamat, pelakon senior Bollywood, Tanushree Dutta mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan kematian aktor veteran, Nana Patekar, sebagai satu perkembangan positif dalam kehidupannya, susulan konflik yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.
Tanushree, 42, menerusi perkongsian dalam media sosial, meluahkan perasaan terhadap pemergian Nana yang meninggal dunia pada 8 Oktober lalu pada usia 75 tahun akibat serangan jantung di kediamannya di Goa, India.
Pelakon filem Aashiq Banaya Aapne itu menyifatkan Nana sebagai individu yang membawa pengalaman pahit dalam kehidupannya, terutama selepas dia tampil membuat tuduhan gangguan seksual terhadap aktor berkenaan pada 2018.
“Syaitan sudah mati dan semoga kehidupan saya kembali ke landasan yang lebih baik,” demikian antara luahan Tanushree yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Tambahnya, kematian seseorang tidak seharusnya memadamkan pengalaman buruk yang didakwa pernah dilalui oleh individu lain.
“Pemergian seseorang tidak bermaksud segala kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya perlu dilupakan begitu sahaja, apatah lagi jika masih ada pihak yang mendakwa menjadi mangsa,” ujarnya.
Dia juga mempersoalkan desakan segelintir pihak yang memintanya memaafkan Nana sedangkan aktor itu tidak pernah memohon maaf kepadanya.
“Apabila seseorang meninggal dunia, adakah segala kesalahan yang pernah dilakukannya terus terhapus? Bagaimana pula dengan mereka yang mendakwa pernah diganggu atau menjadi mangsa?” katanya.
Tanushree turut mendakwa kehidupannya berubah selepas tampil bersuara ketika gerakan #MeToo melanda industri hiburan India pada 2018.
Dia mendakwa berdepan pelbagai kesukaran dan tekanan selepas membuat pendedahan berkenaan, malah menyifatkan pengalaman yang dilaluinya sebagai sesuatu yang meninggalkan kesan mendalam terhadap kehidupannya.
Untuk rekod, Tanushree pernah mendakwa mengalami gangguan seksual ketika menjalani penggambaran lagu khas bagi filem Horn ‘Ok’ Pleassss pada 2008.
Dakwaan kembali mendapat perhatian umum sedekad kemudian apabila dia tampil bersuara secara terbuka, sekali gus mencetuskan perbincangan meluas mengenai isu gangguan seksual dan penyalahgunaan kuasa dalam industri perfileman Bollywood.
Bagaimanapun, Nana secara konsisten menafikan dakwaan berkenaan. Kes berkenaan kemudiannya ditutup pihak polis pada 2019 kerana ketiadaan bukti yang mencukupi.
Tidak sensitif
Prosiding jenayah berkaitan aduan tersebut juga dilaporkan ditolak mahkamah pada 2025 atas alasan aduan berkenaan dikemukakan selepas tempoh had undang-undang.
Susulan kenyataan terbaharunya, Tanushree turut menerima kritikan daripada beberapa pihak yang menganggap reaksinya terhadap kematian Nana sebagai tidak sensitif.
Namun, bekas ratu cantik itu mempertahankan pendiriannya dengan meminta orang ramai melihat situasi berkenaan daripada perspektif seseorang pernah melalui pengalaman menyakitkan.
Selain kenyataan Tanushree yang menjadi sorotan, ketiadaan bintang-bintang besar Bollywood pada majlis pengebumian Nana turut menjadi perhatian ramai sehingga mencetuskan perdebatan mengenai hubungan sesama penggiat industri perfileman India.
Situasi tersebut mendapat perhatian pengarah dan pelakon Marathi, Pravin Tarde, yang secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap kehadiran yang disifatkannya tidak memberangsangkan daripada rakan-rakan industri Bollywood.
Pravin menjangkakan lebih ramai rakan seperjuangan Nana akan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir, khususnya mereka yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan pelakon berkenaan.
“Saya memang terkilan. Orang Bollywood sepatutnya hadir ke pengebumian Nana. Mereka yang dianggap sahabatnya sepatutnya berada di sana,” katanya.
Meskipun tidak ramai yang hadir, pengebumian Nana tetap menyaksikan kemunculan beberapa selebriti, antaranya Jackie Shroff dan Sajid Nadiadwala.
The post ‘Syaitan sudah mati’, Tanushree mahu hidup kembali pulih appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.