Malaysian Attention Engine
Live wire
55Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM12548Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46Boleh kritik tapi biar beradab, bertanggungjawab - MCMC46Tiga lelaki ditahan, curi motosikal44Isu derma Najib: Jangan buli mahasiswa kerana berani bersuara – Wan Fauzuldin44Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara38Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif36Zahid nasihat ADUN BN jangan campur tangan urusan DKU, institusi diraja35Perjalanan pulang terakhir... 2 beranak maut kenderaan dihempap kontena35Agong berkenan terima watikah pelantikan 18 ketua perwakilan asing ke Malaysia35World : 550,000 Take Part France Protests, 400 Arrested: Minister
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Syazmimi cabar diri jaga anak lembu

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 09:01 MYTLatest activity 19 Oct, 09:01BMconfidence 60%

What happened

PENDIDIkAN dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus membuktikan keupayaannya dalam membuka peluang kerjaya kepada golongan muda. (Kosmo!, 09:01)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Syazmimi cabar diri jaga anak lembu

By NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI · 19 Oct, 09:01 MYT

PENDIDIkAN dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus membuktikan keupayaannya dalam membuka peluang kerjaya kepada golongan muda.

Ia dibuktikan graduan Diploma Agroteknologi Politeknik Jeli Kelantan (PJK), Syazmimi Samsul Bahari yang kini membina kerjaya dalam industri agro dengan pendapatan bulanan dianggarkan antara RM2,500 hingga RM4,000.

Anak muda yang berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan lepasan Sesi 2 2024/2025 itu kini berkhidmat sebagai Calf Rearing Assistant di F&N Agrivalley, Gemas dengan tanggungjawab mengurus pembiakan serta penjagaan anak lembu berusia antara sifar hingga 120 hari.

Syazmimi memberitahu, skop kerjayanya melibatkan pengurusan makanan haiwan ruminan, penyusuan anak lembu serta aspek kebersihan dan kesihatan ternakan.

Menurutnya, pengalaman selama tiga tahun menuntut ilmu di PJK banyak membentuk disiplin, kemahiran kerja berpasukan dan keyakinan diri yang kini dapat diaplikasikan dalam alam pekerjaan.

“Sepanjang belajar di PJK, saya banyak belajar tentang disiplin, kerja berpasukan dan kemahiran praktikal yang terus digunakan di tempat kerja.

“Pensyarah juga banyak membimbing dan memberi galakan kepada saya untuk mencuba perkara baharu,” katanya kepada K-Kampus.

Akuinya, pengalaman menjalani latihan industri dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum membantu membentuk keyakinan diri, khususnya dalam berhadapan dengan orang baharu serta menyuarakan pandangan.

Syazmimi berkata, bidang agroteknologi mempunyai ruang kerjaya yang luas dan graduan perlu bersedia untuk mempelajari perkara baharu kerana keperluan industri sentiasa berkembang.

Dia turut mencadangkan agar kerjasama antara institusi dan industri terus diperkukuh, khususnya melalui peningkatan peluang latihan hands-on di ladang dan lapangan, selain pendedahan kepada teknologi pertanian terkini seperti pertanian pintar dan pemasaran digital.

Bagi anak keempat daripada lima beradik yang mendapat Anugerah Ketua Jabatan ketika konvokesyen, TVET bukan sekadar memberi kelayakan akademik, malah menyediakan pelajar dengan kemahiran praktikal dan pengalaman industri yang diperlukan oleh majikan.

Pengalaman pembelajaran di PJK, khususnya melalui latihan industri, aktiviti amali dan kokurikulum menjadi antara elemen penting dalam mempersiap graduan menghadapi alam pekerjaan sebenar.

“Bagi saya bidang agroteknologi mempunyai potensi kerjaya yang luas, bukan sahaja dalam sektor tanaman, malah merangkumi pengurusan ternakan, industri agro, pengeluaran makanan, teknologi pertanian dan pengurusan ladang.

“Saya berharap pelajar PJK sentiasa menghargai peluang belajar, jangan takut mencuba dan bina networking dengan baik.

“Gunakan segala kemudahan yang ada di PJK sebaik mungkin kerana diploma hanyalah asas.

“Kita perlu terus meningkatkan kemahiran dan jangan berhenti belajar,” katanya mengakhiri kisah.

The post Syazmimi cabar diri jaga anak lembu appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 09:35 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
19 Oct, 09:01 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    09:01

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.