
'Taman kami kini dah jadi milik Rohingya'
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LANGAT: Kehadiran etnik Rohingya yang semakin bertambah di Taman Jalan Utama, di sini, sejak dua tahun lalu mencetuskan keresahan penduduk tempatan apabila kawasan perumahan mereka didakwa makin dicemari isu kebersihan selain monopoli kemudahan awam. (Berita Harian, 12:52)
Read the reporting
1 report
'Taman kami kini dah jadi milik Rohingya'
KUALA LANGAT: Kehadiran etnik Rohingya yang semakin bertambah di Taman Jalan Utama, di sini, sejak dua tahun lalu mencetuskan keresahan penduduk tempatan apabila kawasan perumahan mereka didakwa makin dicemari isu kebersihan selain monopoli kemudahan awam.
Penduduk kini rimas dan kurang senang dengan keadaan itu serta mendakwa terdapat puluhan keluarga etnik berkenaan di kawasan perumahan itu.
Seorang penduduk, T Thambhy, 55, berkata terdapat dua taman permainan kanak-kanak di taman perumahan itu namun kini seolah-olah ditakluki warga asing berkenaan yang menjadikannya sebagai gelanggang bola sepak dan sepak takraw.
"Kanak-kanak pun takut nak pergi taman kerana kehadiran warga asing yang terlalu ramai. Akibatnya, kita warga tempatan memang tak dapat nak gunakan fasiliti berkenaan.
"Lebih mengecewakan, difahamkan ada dalam kalangan warga asing itu sanggup datang dari jauh seperti Pulau Carey dan Banting semata-mata untuk berkumpul dan bermain di kawasan ini.
"Setakat ini memang tiada sebarang operasi dijalankan pihak berkuasa dan penduduk sudah mula rimas," katanya.
Thambhy berkata, populasi etnik Rohingya di kawasan itu bermula dengan hanya satu keluarga, namun kini semakin bertambah sehingga menimbulkan ketidakselesaan penduduk.
"Warga asing berkenaan pernah buat majlis kahwin di sini dan memasang enam khemah hingga menutup laluan penduduk," katanya.
Sementara itu, M Tharma, 38, berkata punca utama lambakan etnik Rohingya di taman perumahan itu adalah disebabkan sikap segelintir pemilik rumah mengaut keuntungan dengan memberi sewa tinggi kepada mereka.
"Untuk warga tempatan sewa sekitar RM800 hingga RM900 sebulan tetapi ada pemilik yang sewakan kepada warga asing antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.
"Saya pelik, mereka tidak bekerja, tetapi macam mana mereka dapat wang untuk bayar sewa semahal itu?" katanya.
Tharma turut membangkitkan masalah sosial dan kebersihan yang dibawa oleh komuniti tersebut.
"Walaupun mereka ada yang minum arak dan mabuk, setakat ini mereka tidak mengganggu warga tempatan secara fizikal. Namun, mereka mengotorkan kawasan ini dengan membuang botol arak merata-rata dan sering meludah di tempat awam.
"Kawasan sini dulu tidak begini. Sejak mereka datang dua tahun lalu, suasana berubah sehingga kanak-kanak pun berasa takut untuk keluar bermain di taman," katanya.
Penduduk berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi penguatkuasaan berkaitan segera turun padang memantau situasi sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.