Malaysian Attention Engine
Live wire
59Pegawai kerajaan maut ditikam suami51Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat51Tiada syarikat ladang sawit Malaysia terbabit aktiviti pembakaran di Indonesia49General : Helicopter Crash: Sarawak Contributes RM00,000 To Victims' Families48General : China Agrees In Principle With Malaysia's Proposal For World TVET Council - Ahmad Zahid42Jerebu: KJ tuntut kerajaan tegas dengan Indonesia41Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202541Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu40JPJ Negeri Sembilan berduka, Mohd. Azrul ‘pergi’ ketika bertugas40N Sembilan assembly delay raises questions of ‘one-man show’ govt, DAP rep says40World : AFC President Says Asian Cup Could Be Postponed To 202836BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Tekong cilik tak gentar lawan abang-abang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 14:05 MYTLatest activity 16 Oct, 14:05BMconfidence 60%

What happened

Tekong cilik tak gentar lawan abang-abang (Harian Metro, 14:05)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Tekong cilik tak gentar lawan abang-abang

16 Oct, 14:05 MYT

sukan@hmetro.com.my

Sungai Petani: Usianya baru 13 tahun, namun semangat dan keberaniannya beraksi di gelanggang sepak takraw nyata tidak mengenal batas usia apabila sanggup mencabar pemain yang jauh lebih berpengalaman.

Muhammad Amirul Arif Mohd Najib, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, antara peserta termuda yang mencuri tumpuan pada saingan Zon Utara Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 di Arena of Sport, di sini, hari ini.

Meskipun regu yang diwakilinya, Tartar, tewas kepada NSTDP Kedah A, aksi bersahaja pemain muda itu ketika bertindak sebagai tekong membuktikan dia tidak gentar berdepan lawan yang berusia sekitar 15 hingga 16 tahun.

Kelincahan dan keberaniannya mengatur permainan turut menarik perhatian penonton, sekali gus mencetuskan harapan bahawa bakat muda itu mampu pergi lebih jauh sekiranya terus diasah menerusi latihan dan pendedahan pertandingan kompetitif.

" Sebenarnya saya tidak gugup atau gentar berhadapan dengan lawan yang lebih berusia kerana apa yang difikirkan adalah untuk beraksi lebih baik.

"Jika diikutkan, ini adalah kali pertama menyertai kejohanan menentang pemain yang lebih berusia. Saya cukup teruja dan berharap akan dapat mewakili negara pada masa akan datang.

"Saya mula bermain takraw ketika berusia 10 tahun kerana melihat ayah kerap bermain dan ketika itu timbul minat untuk terbabit secara serius," katanya.

Pada aksi pusingan pertama, Tartar terpaksa akur dengan kehebatan NSTDP Kedah A selepas tewas 9-15, 15-10, 14-17 dalam pertarungan tiga set yang menyaksikan regu muda itu tetap memberikan tentangan sengit.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak memadamkan semangat Muhammad Amirul untuk terus menimba pengalaman, malah peluang berentap dengan pemain lebih berusia menjadi medan terbaik buatnya menguji kemampuan dan memperbaiki kelemahan.

Sebagai anak bongsu daripada empat beradik, Muhammad Amirul kini membawa impian besar untuk mengembangkan bakat dalam sukan itu, dengan harapan suatu hari nanti mampu menyarung jersi negara dan mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 14:24 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 14:05 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    14:05

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Tekong cilik tak gentar lawan abang-abang
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.