Malaysian Attention Engine
Live wire
47Pesara guru rugi RM1.1 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud47Malaysia condemns attack on Riyadh’s King Khalid International Airport that killed civilians, injured hundreds45Isteri Shuib bersuara, nafi kenal waktu Sarah masih hidup42General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar42RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202740Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202740General : 'We Are Not Building A Nation For One Fiscal Year, But For A Generation' - Anwar40Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM39Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202736Bomba FC cipta sejarah juarai Piala Emas Raja-Raja35Proses naturalisasi Gallifuoco kini tunggu lampu hijau FAM35RM130 juta perkasa industri kreatif tempatan
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Terjun wanita perlukan pelan peralihan baharu

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 09:45 MYTLatest activity 11 Oct, 09:45BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Kegagalan skuad terjun Malaysia meraih sebarang pingat individu pada Sukan Asia Aichi-Nagoya perlu menjadi titik penilaian buat pengarah teknikal Akuatik Malaysia (MAS), Yeoh Ken Nee, khususnya dalam merangka hala tuju skuad wanita yang masih bergelut menyaingi kuasa besar Asia. (Utusan Malaysia, 09:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Terjun wanita perlukan pelan peralihan baharu

By .KHAIRUL IDHAM MOHAMED ZARAAI · 11 Oct, 09:45 MYT

PETALING JAYA: Kegagalan skuad terjun Malaysia meraih sebarang pingat individu pada Sukan Asia Aichi-Nagoya perlu menjadi titik penilaian buat pengarah teknikal Akuatik Malaysia (MAS), Yeoh Ken Nee, khususnya dalam merangka hala tuju skuad wanita yang masih bergelut menyaingi kuasa besar Asia.

Lebih membimbangkan, Malaysia kini berdepan persoalan mengenai kesinambungan prestasi apabila penerjun berpengalaman seperti Datuk Pandelela Rinong masih belum mampu memberikan impak yang diharapkan, sedangkan pelapis wanita perlu dipersiapkan lebih pantas untuk mengambil alih tanggungjawab di pentas antarabangsa.

Pada Sukan Asia baru-baru ini, Pandelela dan Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj berdepan permulaan sukar dalam acara platform 10 meter (m) seirama sebelum kedua-duanya gagal menembusi kelompok pemenang pingat dalam acara individu, sekali gus memperlihatkan cabaran yang masih perlu ditangani skuad wanita negara.

Ken Nee mengakui prestasi kedua-dua penerjun itu belum mencapai tahap yang diharapkan, selain menegaskan bahawa standard acara platform wanita sangat tinggi dan menuntut peningkatan dari segi konsistensi serta pelaksanaan terjunan.

Beliau berkata, pasukan perlu terus memperbaiki konsistensi dan pelaksanaan terjunan, selain melihat acara seirama sebagai peluang untuk bersaing merebut pingat sekiranya atlet mampu mengurangkan kesilapan ketika melakukan terjunan.

“Bagi Eilisha dan Pandelela, mereka menghadapi sedikit kesukaran pada permulaan acara seirama. Dalam acara individu, mereka juga sudah memberikan yang terbaik, tetapi standard platform wanita sangat tinggi, terutama pada tahap pertandingan seperti ini.

“Secara keseluruhan, saya percaya kita mempunyai peluang dalam acara seirama. Apabila penerjun dapat melakukan terjunan secara konsisten dengan kesilapan minimum, kita mampu bersaing dan mencabar kedudukan pingat,” kata Ken Nee kepada Utusan Malaysia.

Namun, persoalan lebih besar ialah bagaimana Malaysia mahu memperkukuh kedalaman skuad wanita supaya peluang meraih pingat tidak terlalu bergantung kepada beberapa penerjun yang sudah lama berada dalam program kebangsaan, sedangkan pembangunan pelapis memerlukan perancangan jangka panjang.

Ong Ker Ying memberikan petanda positif apabila meraih gangsa bersama Lee Yiat Qing dalam acara papan anjal 3m seirama selepas pulih daripada kecederaan dan mencatat prestasi terbaik peribadinya, tetapi kejayaan itu belum cukup untuk menutup kelemahan Malaysia dalam acara individu. – UTUSAN

The post Terjun wanita perlukan pelan peralihan baharu appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:0011:0012:00
Latest 12:54 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
11 Oct, 09:45 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Terjun wanita perlukan pelan peralihan baharu
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Terjun wanita perlukan pelan peralihan baharu · Malaysian Attention Engine