Tiada guna perjuang tuntutan jika negara rugi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 reportTiada guna perjuang tuntutan jika negara rugi
SHAH ALAM – Tuntutan Sarawak berhubung hak petroleum tidak seharusnya diperjuangkan sehingga menjejaskan kepentingan nasional Malaysia, khususnya jika berisiko melemahkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas).Penganalisis dari Akademi Nusantara for Strategic Research, Azmi Hassan berkata, pertikaian berkenaan tidak seharusnya dijadikan medan perebutan hak negeri sehingga mengorbankan kedudukan syarikat minyak negara itu.Menurutnya, kekuatan kewangan dan daya maju komersial Petronas penting kepada seluruh persekutuan, termasuk Sarawak.Beliau berkata, kenyataan beberapa ahli politik Sarawak kebelakangan ini berisiko menggambarkan Petronas seolah-olah hanya bertindak berdasarkan pertimbangan komersial dan kewangan."Dalam pertikaian ini, Petronas bukan sekadar menjaga kepentingan komersialnya sendiri atau kepentingan Semenanjung."Ia bertindak berdasarkan apa yang dipercayainya sebagai kepentingan nasional dan kerangka undang-undang yang diwujudkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974," katanya.Azmi berkata, pertikaian itu tidak seharusnya disederhanakan sebagai satu pihak menuntut hak undang-undang, manakala pihak lain mempertahankan keuntungan, terutama ketika asas perundangan bagi tuntutan masing-masing masih dipertikaikan."Kita tidak patut meletakkannya dalam kerangka begitu."Kedua-dua pihak bertindak berdasarkan apa yang mereka percaya dibenarkan undang-undang. Pertikaian sebenar ialah tafsiran siapa terhadap undang-undang itu yang betul," katanya.Beliau berkata, gambaran bahawa Petronas hanya mempertahankan kepentingan komersial berisiko mengaburkan implikasi lebih luas terhadap Malaysia."Ia bukan soal kepentingan komersial dan wang semata-mata," katanya sambil menambah daya maju komersial Petronas turut memberi kesan kepada negeri lain dalam persekutuan.Sementara itu, Penasihat kepada Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Abd Halim Husin berkata, kesan daripada tindakan melemahkan Petronas akan melangkaui syarikat itu sendiri.Menurutnya, kekuatan kewangan Petronas menyokong tanggungjawab nasional yang lebih luas, termasuk sumbangannya kepada kerajaan Persekutuan yang memberi manfaat kepada rakyat di seluruh negara.Katanya, Petronas juga tidak boleh dilihat semata-mata sebagai sumber dana kerana syarikat itu perlu bersaing dengan syarikat tenaga global, membuat pelaburan besar dalam rizab baharu serta memastikan bekalan tenaga mencukupi untuk rakyat."Kita perlu berhati-hati supaya tekanan daripada pelbagai pihak tidak akhirnya menjadikan Petronas semakin kecil," katanya.Halim memberi amaran, usaha memenuhi tuntutan petroleum yang bersaing sehingga melemahkan Petronas boleh menyebabkan seluruh negara, termasuk Sarawak, menanggung kerugian."Petronas membantu Malaysia melalui banyak tempoh sukar."Tanggungjawab kita sekarang ialah memastikan Petronas kekal kukuh supaya ketika negara berdepan keperluan strategik, terutama berkaitan keselamatan tenaga, Petronas masih mempunyai keupayaan untuk membantu Malaysia," katanya.Beliau berkata, kepentingan negara secara keseluruhan perlu menjadi pertimbangan utama dalam sebarang penyelesaian kerana kekuatan Petronas akhirnya turut memanfaatkan semua negeri, termasuk Sarawak."Sarawak sebahagian daripada Malaysia. Petronas yang kukuh bukan hanya memberi manfaat kepada Putrajaya, tetapi kepada Sabah, Sarawak dan seluruh persekutuan," katanya.Mahkamah tentukan tuntutan bertindihPendengaran Mahkamah Persekutuan berhubung pertikaian antara Sarawak dengan Petronas dijadualkan berlangsung pada Januari 2027, dengan asas undang-undang bagi tuntutan petroleum yang bertindih itu masih belum dimuktamadkan.Petronas memfailkan prosiding pada Januari 2026 bagi mendapatkan kejelasan mengenai kerangka undang-undang yang terpakai terhadap operasi petroleumnya di Sarawak selepas rundingan sejak 2024 masih meninggalkan beberapa isu belum selesai.Pada Februari 2026, Sarawak memfailkan tindakan balas bagi mencabar keperlembagaan tiga undang-undang Persekutuan, iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Perlombongan Petroleum 1966 dan Akta Pelantar Benua 1966.Halim berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan berpotensi memberikan kejelasan penting berhubung bidang kuasa serta kerangka kawal selia operasi petroleum di Sarawak."Bagi pelabur, kepastian undang-undang itu penting," katanya.Bagaimanapun, beliau berkata, penyelesaian terbaik untuk Malaysia tidak boleh bergantung kepada mahkamah semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen politik daripada kedua-dua kerajaan."Kita perlukan kemahuan politik yang kuat daripada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak untuk mencari penyelesaian," katanya.Menurutnya, prosiding mahkamah berpotensi berlarutan, manakala pertikaian lanjut mengenai pelaksanaan, tafsiran atau isu lain masih boleh timbul walaupun selepas keputusan dibuat.Beliau memberi amaran, pertikaian berpanjangan boleh menghabiskan masa dan sumber yang sepatutnya dimanfaatkan untuk membangunkan sumber petroleum Malaysia serta memperkukuh industri tenaga negara."Sarawak mempunyai hak dan kepentingan yang mesti dihormati. Petronas pula mempunyai mandat dan tanggungjawab nasional."Pada pandangan saya, undang-undang boleh menentukan sempadan hak itu, tetapi politik dan rundingan mesti menentukan bagaimana kita hidup dan bergerak bersama selepas itu," katanya.Halim berkata, Malaysia memerlukan penyelesaian yang melindungi kepentingan sah semua pihak tanpa melemahkan Petronas atau merosakkan hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.Katanya, kemenangan undang-undang oleh mana-mana pihak tidak membawa banyak makna sekiranya industri petroleum dan ekonomi negara akhirnya terjejas.Beliau turut menggesa semua pihak melihat pertikaian itu dalam persekitaran tenaga global yang semakin mencabar, dengan daya saing Petronas perlu terus dipelihara."Dalam keadaan seperti ini, kita tidak boleh terlalu sibuk membahagikan kek yang ada sehingga lupa memastikan kek itu terus membesar."Semua kepentingan ini, sama ada Putrajaya, Sarawak atau Sabah, adalah sah. Tetapi mesti ada satu titik pertemuan, iaitu kepentingan Malaysia," katanya.
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.