Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : New White House Press Secretary Katie Zacharia Steps Down46Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut45Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial44Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau42Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu35Bukit Aman probing Filipino, Bangsamoro links in Laos meth bust35Polis buru suspek curi kabel MRT34‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan34PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewConfirmedupdated 37 min ago

Tiga premis warga asing di Puncak Alam diarah ditutup, 18 kompaun dikeluar

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
22
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 09:45 MYTLatest activity 17 Oct, 10:14BMconfidence 80%

What happened

KUALA SELANGOR: Tiga premis perniagaan diarahkan tutup, manakala 18 kompaun dikeluarkan dalam operasi bersepadu membabitkan premis warga asing di Pusat Niaga Astana Alam, Bandar Puncak Alam, kelmarin. (Berita Harian, 09:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Tiga premis warga asing di Puncak Alam diarah ditutup, 18 kompaun dikeluar

By Amirul Aiman Hamsuddin · 17 Oct, 09:45 MYT

KUALA SELANGOR: Tiga premis perniagaan diarahkan tutup, manakala 18 kompaun dikeluarkan dalam operasi bersepadu membabitkan premis warga asing di Pusat Niaga Astana Alam, Bandar Puncak Alam, kelmarin.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) turut mengeluarkan empat notis dan empat tindakan sitaan serta rampasan hasil pemeriksaan ke atas tujuh premis.

Operasi bersepadu 40 anggota membabitkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Selangor, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Selangor serta Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran dan Jabatan Pelesenan MPKS.

MPKS dalam kenyataan, berkata operasi dijalankan susulan aduan awam dan hasil pemantauan yang mendapati wujud premis beroperasi tanpa lesen sah serta gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.

"Pemeriksaan ke atas kedai runcit, kedai produk kesihatan dan pusat cuci kenderaan mendapati pelbagai kesalahan membabitkan pelesenan, kebersihan, halangan di tempat awam serta pematuhan peraturan perniagaan.

"Antara kesalahan yang dikenakan kompaun termasuk beroperasi tanpa lesen, mempamerkan iklan tanpa lesen dan melanggar syarat lesen kerana gagal menyediakan pekerja warga tempatan," katanya.

MPKS berkata, kompaun turut dikenakan atas kesalahan membuang sisa ke dalam longkang, gagal menjaga kebersihan premis serta meletakkan barangan di kaki lima atau tempat awam tanpa kebenaran.

Sementara itu, SSM Selangor mengenakan tindakan terhadap premis yang gagal mempamerkan papan tanda nama serta nombor pendaftaran perniagaan, selain tidak mencatatkan maklumat pendaftaran pada dokumen berkaitan.

KPDN Kuala Selangor pula mengambil tindakan berhubung penggunaan alat timbang yang tidak ditentusahkan, manakala JKDM Selangor merampas rokok disyaki seludup serta menahan seorang orang yang disyaki (OYDS) untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, MPKS turut menyita pelbagai peralatan perniagaan daripada dua pusat cuci kenderaan tanpa lesen, antaranya pam angin, pam air, mesin vakum, tangki buih, mesin kompresor, mesin sabun, mesin fogging dan mesin detailing.

MPKS menegaskan operasi penguatkuasaan bersepadu akan terus dipergiatkan bagi memastikan semua aktiviti perniagaan di daerah Kuala Selangor mematuhi undang-undang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow10:00
Latest 10:50 MYT
22New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 09:45 MYT
Origin confidence 90% · 29 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Tiga premis warga asing ditutup
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Tiga premis warga asing di Puncak Alam diarah ditutup, 18 kompaun dikeluar · Malaysian Attention Engine